"Salah ke menjadi "racist" saya hendak bertanya kepada Nazri Aziz? Perlu malu ke menjadi seoarang yang bersifat "perkauman Melayu"? Tun Dr Mahatir.
Setuju dengan pendapat Tun. Mengapa kita sesama bangsa terutama Melayu sentiasa KONTRAVERSI sesama sendiri bermula dari akar umbi sehingga ke peringkat Menteri. Kalau bangsa sendiri menghina sesama bangsa sendiri apatah lagi bangsa lain. Lihatlah M.Kula dengan isu ke TUANAN MELAYU. Pada dewasa ini semua telah mula BIADAB terhadap MELAYU, semua menyerang MELAYU.. Sedangkan orang lain akan terus dengan VISI dan MISI nya dan Agenda tersembunyinya..Bacalah artikal ini, khasnya untuk Nazri, anak-anaknya dan juga kita semua Warga Melayu.
*****
Para pemimpin,terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang ,salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.
Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.
DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.
Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina . Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu. Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah.
Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.
Rancangan Lee Kuan Yew ini amat berjaya, kerana selepas itu tidak seorang pun orang Melayu yang boleh bertanding mewakili penduduk Melayu, kerana mereka sudah dipisahkan dalam kelompok yang amat kecil ketempat-tempat berjauhan.
Rancangan Lim Guan Eng adalah 100% mengikut jejak Lee Kuan Yew. Saya mempunyai bukti , bahawa Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang.
Lim Guan Eng pernah terkeluar cakap kepada orang-orangnya di Pulau Pinang mengenai apa yang dituturkan oleh Lee Kuan Yew kepadanya semasa mengadap Sifu Agungnya di Singapura itu.Katanya Lee Kuan Yew berkata kepadanya..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…ertinya ,jangan bimbang saya akan ajar kamu selangkah demi selangkah (bagaimana hendak menghancurkan pengaruh dan politik kaum Melayu di Pulau Pinang).
Hubaya..hubaya para pemimpin UMNO..awas dan waspadalah dan atasilah !!!
(Sumber http://yazidothman.com/content/view/171/12/)
Adakah ini bendera baru....INGATLAH..wahai anak bangsaKu..Siapakah lebih RACIST dan mempunyai agenda lebih mengguris hati dan perasaan kita. Jangan kecewakan Bangsa dan Agama. Bersatulah kita.. BYm69
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment