Ayer Hitam 3 Dis 2009 - Semua aktivis masyarakat diseru mengamalkan budaya kerja cergas dalam usaha memberikan khidmat yang lebih baik kepada masyarakat. Semua aktivis masyarakat hendaklah sentiasa mengemaskini ilmu pengatahuan am mereka supaya dapat memberikan informasi yang tepat kepada masyarakat dan sekali gus dapat menyelesaikan masalah rakyat hingga ketahap kepuasan yang dikehendaki oleh kumpulan sasar. Seruan ini di buat oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang di majlis Penutup Program Nur Bistari anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan keluarga ( MPWK ) bersama Wanita UMNO Bahagian Ayer Hitam. Teks ucapan YB Datuk Samsol Bari Jamali disampaikan oleh wakil rasminya iaitu Sdr Abdull halid bin Saat Setiausaha UMNO Bahagian Ayer Hitam dihadapan perserta yang terdiri dari sembilan puluh ketua wanita cawangan-cawangan dan tiga puluh orang pemimpin wanita MIC dan PPP. Menurut Puan Hjh Rahemah Idris Pengerusi MPWK Parlimen Ayer Hitam, program ini merupakan sesi khas mendedahkan aktivis masyarakat kepada jabatan-jabatn kerajaan yang terlibat secara terus dengan rakyat di bawah ( grass root ) supaya mereka mendapat input yang shahih dan dapat membantu kerajaan untuk melancarkan sistem penyampaian.(oleh sub_halid@yahoo.com.my)By M69
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment