Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Saturday 19 December 2009

Kelab Sepak takraw Ayer Hitam Dun Semarang.

Juara Team Campuran Tai Ayer Hitam.
Ayer Hitam 19 Disember – Kelab Sepak takraw Ayer Hitam akan menjalin kerjasama dengan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan-Cawangan untuk menyemarakkan semula kemeriahan sukan sepak takraw di DUN Semarang dan Parlimen Ayer Hitam amnya.Jurucakap kelab, Saudara Halim berkata selain untuk menyemarakkan sukan ini tujuan lain ialah untuk mencungkil bakat baru dan memberi pendedahan kepada remaja yang berminat untuk membangunkan sukan sepak takraw di kawasan Ayer Hitam. Kata beliau lagi, InsyaAllah pada 3 Januari 2010 akan di anjurkan pertandingan sepak takraw di Cawangan Pt. Siraj sebagai kesinambungan siri pertandingan yang di adakan sebelum ini. Pada 13 Disember 2009 yang lalu telah diadakan pertandingan sepak takraw di Gelanggang Parit Sonto yang melahirkan juara baru dari team campuran Tai Ayer Hitam. Penyampaian hadiah di sempurnakan oleh Sdr. Setiausaha UMNO Bahagian Ayer Hitam.(Sumber Oleh Sub_halid)Bym69

0 comments: