Ayer Hitam 18 Disember – Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ayer Hitam dan Gerakan Belia 4B kawasan Ayer Hitam memenuhi tanggung jawab sosial mereka dengan bergotong royong membersihkan tanah perkuburan Pekan Ayer Hitam. Program ini di atur dengan kerjasama penduduk setempat khususnya penduduk Taman UPC dan JKK Kawasan Kota Dalam. Fokus gotong royong kali ini ialah membaik pulih dua buah bangunan wakaf tanah kubur dan aktiviti pembersihan seperti merumput, meracun dan membuang anak kayu. SM Zainudin Ketua Balai Polis Ayer Hitam yang turut serta dalam aktiviti gotong royong ini berpendapat daya usaha yang diambil oleh pemuda untuk bergotong royong sangat baik dan boleh merapatkan hubungan golongan dewasa dan golongan muda. Katanya lagi, usaha membaik pulih dan membersihkan bangunan wakaf tanah. (Sumber oleh sub_halid) ByM69
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment