Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 8 November 2009

Persatuan Belia Pt. Surau kempen masuk ahli RELA


Pt. Surau 8 November 2009 – Seramai tiga puluh orang belia Pt Surau telah menyertai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia ( RELA ) dalam satu gerak kerja khas Parit Surau yang di adakan di Tapak Rekreasi Parit Surau Darat, Parit Raja di sini. Kemasukan mereka menjadi ahli RELA itu diraikan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang yang juga Kolonel Kehormat RELA. Pada masa yang sama YB ADUN Kwasan Semarang menyerahkan kad ahli RELA kepada sembilan belas orang penduduk Pt. Surau yang telah mendaftar ahli RELA sebelum ini. Dalam ucap utama, YB Datuk Samsol Bari Jamali menyeru supaya lebih ramai lagi penduduk Pt Surau menyertai RELA kerana terlalu banyak kebaikan yang terdapat di dalam pertubuhan tersebut. Beliau sangat berminat dengan skim insuran yang diadakan dalam perkihidmatan RELA dan meminta supaya rakyat di DUN Semarang mengambil peluang ini untuk berkhidmat kepada Negara melalui RELA.
(Oleh Sub_halid) By M69 Ga Plexs Studio

1 comments:

Anonymous said...

Satu langkah bijak..mengawal kampung dan semangat patriotik yg tinggi