Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Wednesday 11 November 2009

Dun Semarang Anjur Klinik Sepak Takraw Pada 2010


Ayer Hitam 11 November - Aktivis Sepak Takraw di Dun Semarang setuju akan menganjurkan Klinik Sepak Takraw di Pekan Ayer Hitam pada awal tahun 2010.persetujuan Ini di buat oleh Aktivis Sepak Takraw di hadapan YB Datuk Samsol Bari Jamali Adun Kawasan Semarang di pejabatnya Ayer Hitam hari ini.Sdr. Hazali Bin Yusof, Sdr. Abdul Halim Johar dan Tuan Haji Idris Abdullah dalam pertemuannya dengan YB Datuk Adun Semarang bersepakat untuk memajukan Sukan Sepak Takraw di Dun Semarang yang meliputi dua Mukim Iaitu Mukim Seri Gading dan Mukim Tg Semberong. Menurut Sdr. Hazali Yusof, Klinik tersebut akan memberikan pendedahan kepada peserta secara teori dan praktikal yang meliputi ilmu kepengadilan, kejurulatihan, persediaan mental serta pengurusan pemain dan etika permainan.Dalam pertemuan singkat Itu YB Datuk Samsol Bari Jamali juga membayangkan akan menganjurkan pertandingan Sepak Takaw yang lebih besar di Peringkat Negeri dan berpusat di Ayer Hitam.
(Sumber Oleh Sub_Halid) By M69

0 comments: