Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 29 November 2009

Teringat Banjir 2007 (Imbas kembali)

Pt Khalid Tg Semberong 12.12.2006
YB Datuk Mustapa Mohamed.Melawat mangsa banjir SK Sri Bandan.

Parit Raja 26 Nov - Assalamualaikum kepada semua warga DUN Semarang khususnya dan warga Parlimen Ayer Hitam amnya. Alhamdulillah dengan limpah kurnia Allah SWT kita semua dapat hidup aman dan boleh merancang masa hadapan kita dan keluarga dengan teratur.Sekarang ini musim cuti sekolah dan rasanya setiap keluarga ada merancang untuk mengisi musim cuti ini untuk berjalan-jalan atau melawat sanak saudara yang mengadakan kenduri kendara. Tetapi dalam kita bersuka ria tu pada masa yang sama kita juga perlu beringat. Pada masa musim hujan ni rancanganlah perlalanan dengan baik. Periksalah dulu kenderaan sebelum memandu. Sekiranya ada yang perlu dibaiki hantarlah dulu kereta ke bengkel untuk diperbaiki.Semasa memandu pula hendaklah berhati-hati terutama semasa memandu dikala hujan.Teringat saya pada Disember 2006 dan Jan 2007 dimana semua daerah di negeri johor dilanda hujan berterusan dan banjir.Lebih 30 pusat perpindahan banjir diwujudkan. Ramai pemimpin nasional yang hadir menjenguk kita di DUN Semarang dan di antaranya ialah YB Datuk Mustapa Mohamed. Beliau melawat Pusat Perpindahan Mangsa Banjir pada 8 Januari 2007 di SK Seri Bandan Mk 7 Batu Pahat. Disamping menyampaikan sumbangan beliau bermesra dengan rakyat dan adik-adik pelajar sekolah yang menjadi mangsa banjir.Nukilan rasa Halid Saat.(Sumber oleh sub_halid)Post By M69

0 comments: