Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Monday, 9 November 2009

"1 Malaysia Kemakmuran Bersama"


Setiausaha Umno Bahagian Ayer Hitam, Encik Abdull Halid Bin Saat Menyeru Semua Ahli Umno Dan Rakyat Di Parlimen Ayer Hitam Menghayati Motto Bajet 2010 yang dibentangkan Oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Oktober lang lalu. Motto "1 Malaysia Kemakmoran Bersama" sangat relevan dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ini membuktikan YAB Perdana Menteri dan Barisan Kabinetnya bersungguh-sungguh berkerja untuk melonjakkan Ekonomi Negara demi kemakmoran semua golongan rakyat. Sdr Abdull Halid Saat berkata demikian semasa menyampaikan Ucapan Di Majlis Mesra Sempena Eidulfitri 1430h di Dewan Terbuka Taman Suria, Ayer Hitam Pada 24 Oktoer 2009. Katanya lagi, rakyat memerlukan Tiga Situasi Asas untuk membolehkan maju dan bahagia iaitu Situasi Selamat, Aman serta Makmor. Majlis mesra Sempena Eidulfitri tersebut dianjurkan oleh Krt Taman Suria yang dihadiri oleh semua penduduk di Taman Suria dan Taman Ros. Dimajlis tersebut juga disampaikan saguhati kepada penduduk yang rumah mereka Menyemarakkan Jalur Gemilang semasa menyambut Bulan Kemerdekaan oleh Pengerusi Krt Iaitu Encik Ishak Abu Bakar. (Sumber : Oleh Zainudin Mohidin)By M 69

0 comments: