Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Wednesday 25 November 2009

Kompang Seri Mekar Aktif Serikan Majlis Pengantin.


Pt. Haji Ali Laut 24 Nov - Sempena musim cuti sekolah kumpulan Kompang Seri Mekar tidak ketinggalan memainkan peranannya memeriahkan aktiviti masyarakat dengan melibatkan diri dalam majlis perkahwinan. Mereka diminta meraikan kehadiaran pengantin dengan paluan kompang salawat Nabi SAW di samping lagu-lagu ciptaan kumpulan mereka sendiri. Pengerak kumpulan kompang Seri Mekar, Sdr Zaid Ghazali berkata kumpulannya sedia memberikan khidmat bukan sahaja di kawasan Seri Mekar malah di kawasan-kawasan lain yang memerlukan. Beliau melahirkan terimakasih kepada YB Datuk Samsol Bari jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam yang sentiasa memberikan galakan dan bermurah hati memberikan peruntukan untuk pakaian seragam kompang Seri Mekar.(Sumber oleh sub_halid)By M69

0 comments: