Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Friday 20 November 2009

SK Sri Bandan Capai keputusan Cemerlang.

Gambar : Wakil rasmi YB ADUN Semarang menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang SK Seri bandan ( Adik Nur Ezzaty Elyeany Mohd Yasin, pencapaian 5A dan cemerlang dalam kelima-lima subjek yang di ambil peperiksaan)

Kg Hj Talib 19 November - Kejayaan lapan orang murid Sk Seri Bandan meraih keputusan 5A dan enam orang meraih 4 B menjadikan sekolah ini antara sekolah luar bandar yang cemerlang di daerah Batu Pahat. Guru Besarnya Tuan Hj Saadan Bin Tarmin berkata kejayaan ini adalah hasil adunan kerjasama semua pihak iaitu ibu bapa, guru dan pemimpin masyarakat di kawasan Kg Hj Talib yang memberikan komitmen secara berterusan di sepanjang tahun 2009. Katanya lagi, pencapaian sk seri Bandan meningkat tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2007 sebanyak 67%, tahun 2008 sebanyak 81.4 % dan tada 2009 sebanyak 90%. Lebih membanggakan lagi katanya ialah pencapaian subjek bahasa Inggeris iaitu dengan pencapaian 99%.Sementara itu YDP SK Seri Bandan Sdr Othman Kosni berkata pihaknya akan sentiasa memberikan kerjasama erat kepada guru untuk menwujudkan satu suasana yang kondusif supaya kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.Kejayaan sekolah ini diterjemahkan dalam satu majlis Hari Kualiti SK Seri Bandan yang disempurnakan perasmiannya oleh Sdr Abdull Halid Saat Setiausaha UMNO Bahagian Ayer Hitam mewakili YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang yang juga Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam.
(Oleh sub_halid)By M69

0 comments: