Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Friday, 22 October 2010

Peringatan kepada..siapa...MCA MIC DAP PKR PPP

TAHNIAH! Datuk Sri Najib Tun Razak, kami ahli UMNO Dun Semarang amat menyokong penuh saranan, peringatan dan ketegasan yang diucapkan. semuga kita semua dapat menjalankan peranan masing-masing dan tidak perlu mengusik, mengherdik dan menggugut Melayu. Majoriti kami UMNO di Dun Semarang amat kecewa dengan wakil MP kami yang sering mempertikai hak Melayu, kuota Melayu, Raja Melayu dan hampir semua mengenai Melayu.. selepas ini kami TIDAK MAHU lagi kedengaran tentang isu mengenai HAK ISTIMEWA MELAYU di pertikai oleh mereka yang BUTA TAWARIKH. Kami ada perasaan dan maruah diri, walaupun kami hanya ahli akar umbi dikawasan kampung. INGAT TU..PRU 13.

"Presiden UMNO dalam ucapan dasarnya menerangkan secara panjang lebar mengenai teras kontrak sosial nasional yang telah dimuafakati oleh bapa-bapa pengasas mewakili semua kaum di ambang kemerdekaan negara.

Menurut beliau, perkara-perkara yang dimuafakati itu termaktub jelas dalam artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 152 tentang bahasa kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi soal rizab kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

“Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran majlis yang dianggotai sembilan orang raja Melayu.

“Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit-pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini".
(By M69)

0 comments: