Perjuangan Islam Akhir Zaman (Part II)
1 year ago
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Tuesday, October 05, 2010
kenyataan menghina Islam oleh segelintir pemimpin DAP kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam, hanyalah semata-mata untuk menjaga hubungan, hati dan perasaan antara kedua-dua parti pembangkang yang berkaitan demi kerberuntungan duniawi semata-mata.Ajaran Islam tidak sekalipun membenarkan agama dan Rasulnya dihina dan dicaci melainkan akan segera dijawab dan ditangkis oleh Allah melalui firman-Nya dalam al-Quran. Malah kepercayaan bangsa yang bertamadun tidak mengizinkan orang lain memperkotak-katikkan ajaran dan amalan bangsa lain. Begitu juga anak yang bermaruah tidak sekali-kali membiarkan tohmahan dan kata nista kepada ibu bapanya. Oleh itu bangsa yang bermaruah tidak sekali-kali membiarkan tohmahan dan kata nista kepada Bangsa dan agama ibu bapanya. Namun, demi menjamin kestabilan dan keselamatan negara, setiap warga negara perlu akur kepada konsep 'ketuanan Melayu'. Hal ini bermakna kaum peribumi khususnya orang Melayu mendapat beberapa hak istimewa yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Perkara 160 ceraian 2 mentakrifkan Melayu itu seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap Melayu, dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam hal ini pemerintahan atas nama bangsa Melayu tidak sekali-kali memperalatkan agama untuk mencapai cita-cita politik. Sekali gus, pengasingan agenda politik dan eksploitasi hukum hakam agama dengan ajaran sebenar agama daripada aspek ibadat, syariat dan akidah umat Islam. Adaptasi By M
0 comments:
Post a Comment