Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Thursday, 1 April 2010

Ziarah Kasih Dun Semarang

(Datuk SamsolBari melawat Taman Kelesa Jaya Pt Raja).
UMNO Bhg Ayer Hitam.Padat dengan aktiviti harian, namun Datuk SamsolBari Bin Jamali, tetap meluangkan masa setiap minggu melawat, menziarahi dan berkunjung kasih pada warga emas dan penduduk di DUN Smarang.
Beliau tetap menghargai jasa dan budi mereka walaupun sudah berusia, dan sering memberi peringatan pada generasi Muda agar sentiasa menghargai, menghormati dan menghayati perjuangan mereka untuk anak bangsa dan tanah air. Kemewahan dan kemakmoran yang kita rasai pada hari ini adalah hasil pengorbanan orang terdahulu yang sentiasa memikir masa hadapan anak cucu mereka.(Melawat tapak projek gotong royong membina rumah warga Emas)
Semangat kerjasama. gotong royong adalah amalan hidup masyarakat Melayu sejak zaman dahulu. Amalan ini hendaklah dikekalkan pada generasi masa kini demi menghadapi cabaran yang lebih global semuga kejayaan dan kegemilangan terus diungguli.
By M69(Photo by s/u Halid)

0 comments: