29.04.10 Johor Bahru.Tahniah dan syabas kepada Penganjur dan AJK Agenda Bangsa.com yang telah menganjur perjumpaan MAJLIS RAMAH MESRA BLOGGERS NEGERI JOHOR. Dalam ucapan sempena majlis tersebut Saudara Nor Nekman Osman Pegawai Khas Timbalan Menteri. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, blog sebagai satu fenomena baru penyampaian maklumat secara terus. Terdapat satu kepercayaan baru dalam penulisan blog sebagai sumber maklumat dan para pembaca dapat meneliti, menilai dan membuat perbandingan. Hampir 35% sumber maklumat terkini adalah disampaikan oleh Bloggers dan menjadi sumber rujukan. Beliau juga mengingatkan para Bloggers supaya mematuhi ETIKA sebagai penulis blog, tidak membuat penghinaan yang keterlaluan,ada intergriti serta bertanggungjawab, ujar beliau.
Semuga visi dan misi Agenda Bangsa.com untuk memertabatkan bloggers Negeri Johor, berjaya mencapai matlamatnya demi Agama, Bangsa dan Tanah Ayer. ByM69
Perjuangan Islam Akhir Zaman (Part II)
1 year ago
0 comments:
Post a Comment