Lawatan YAB Dato Menteri Besar ke Gerai MDYP Ayer HitamAyer Hitam 8 April – Lawatan kerja YAB Dato Hj Abdul Ghani Othman Menteri Besar Johor ke DUN Semarang di sambut meriah apabila YAB MBJ sudi meluangkan masa untuk melawat gerai MDYP Ayer Hitam dan seterusnya beramah mesra dengan peniaga gerai serta rakyat di Parlimen Ayer Hitam. Pada lawatan tersebut YAB MBJ sempat menjamah beberapa jenis masakan yang dijual di gerai tersebut. YAB MBJ menimbang secara serius dengan cadangan para peniaga supaya kawasan niaga tersebut dinaik taraf pada masa akan datang. Projek naik taraf ini membolehkan pekan Ayer Hitam lebih dikenali sebagai pekan pelancongan yang nyaman untuk dikunjungi dan menawarkan perkhidmatan yang tinggi mutunya. Pada lawatan kerja ke DUN Semarang, YAB MBJ meninijau lima venue utama projek pembangunan iaitu Taman UPC ( tapak pembinaan dewan terbuka ) Kg Seri Paya ( Tapak pembinaan semula masjid ) Kg Parit Bingan ( Tapak pembinaan Sekolah Agama ) Masjid Sultan Ibrahim Ayer Hitam ( Projek pembesaran masjid ) dan Bandar Baru Ayer Hitam ( Projek pulangan kepada kerajaan – Bus terminal dan 150 gerai )(SUB Halid Saat)
Perjuangan Islam Akhir Zaman (Part II)
1 year ago
0 comments:
Post a Comment