Rakyat diingatkan jangan mempercayai dakwaan pembangkang bahawa Kerajaan Negeri akan muflis pada 2012 akibat menanggung beban hutang yang besar.
Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata tuduhan berkenaan dijaja pembangkang pada jelajah mereka bagi mempengaruhi dan menghilangkan keyakinan rakyat negeri ini terhadap kerajaan."Saya menafikan tuduhan berkenaan dan berharap rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan itu. Kedudukan kewangan kerajaan negeri tidaklah seperti yang didakwa.
"Kerajaan Negeri mempunyai sumber kewangan mencukupi menerusi aset seperti rizab dan hasil tahunan yang boleh digunakan sebagai perbelanjaan mengurus negeri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media semasa lawatan kerjanya ke Parlimen Ayer Hitam.
Hanya mereka yang berfikiran MUFLIS sahaja akan mempunyai daya kreativiti dan inovasi untuk senantiasa membuat fitnah dan thomahan. cuba kita renungkan beberpa isu yang telah dijelaskan oleh YB Datuk Samsolbari Bin Jamali. Adun Semarang dalam sesi ceramahnya berkaitan "ISU JOHOR MUFLIS.."
Isu yang dibangkitkan adalah nisbah kecairan tunai
"Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, Kecairan Tunai Semasa (Liquidity Ratio) kerajaan Negeri Johor adalah rendah iaitu hanyalah RM 201.53 juta (Tunai RM36.37 juta & Pelaburan RM165.16 juta) berbanding dengan Tanggungan Semasa berjumlah RM 943.54 juta. Dengan kata lain jumlah Aset Semasa (tunai dan pelaburan) tidak dapat menampung jumlah Tanggungan Semasa. Sebagai perbandingan jumlah Aset Semasa (tunai dan pelaburan) Negeri Selangor adalah RM 1,424.66 juta manakala Pulau Pinang adalah RM 1,025.89 juta. Jumlah ini jauh lebih banyak dari Negeri Johor. Keadaan ini menunjukkan bahawa urus tadbir kewangan Negeri Johor sangat lemah berbanding dengan negeri-negeri yang sebanding daripada segi ekonomi dan pembangunannya iaitu Selangor dan Pulau Pinang yang kebetulan ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR)"(http://johor.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=378:kenyataan-balas-terhadap-kenyataan-yab-menteri-besar-johor-berkaitan-isu-johor-muflis-2012&catid=35:berita-terkini)
UNTUK Makluman,aset semasa yang dilaporkan dalam laporan audit 2008 tersebut tidak mengambil kira Pelaburan Kerajaan Johor melalui Tabung Amanah Warisan Negeri Johor, yang berjumlah RM326.62 juta. Manakala kerajaan Selangor mengambil kira pelaburan dalam Tabng Warisan untuk menentukan Nisabah semasa tersebut. Sekiranya, pelaburan dalam Tabung Amanah Warisan Negeri Johor di ambil kira, maka aset semasa senarai Kerajaan Johor akan meningkat kepada RM528.1 juta. Seperti maklumat berikut.
a. Wang Tunai RM036.37 juta
b. Simpanan tetap RM165.16 juta
c. Tabung Amanah Warisan Johor RM326.62 juta
JUMLAH RM528.15 juta
Adalah jelas beberpa kekeliruan cuba dicipta untuk mengaibkan Kerajaan Negeri terutama UMNO.
Untuk lebih lanjut baca risalah penerangan dari DUN SEMARANG.
Sila Klik pada artikel untuk lebih jelas dan mudah dibaca.Sila Klik pada artikel untuk lebih jelas dan mudah dibaca
Sila Klik pada artikel untuk lebih jelas dan mudah dibaca
Sila Klik pada artikel untuk lebih jelas dan mudah dibaca
Sila Klik pada artikel untuk lebih jelas dan mudah dibaca
Sila Klik pada artikel untuk lebih jelas dan mudah dibaca
Sila Klik pada artikel untuk lebih jelas dan mudah dibaca
Wahai anak BangsaKu..jadikanlah iktibar pada diri mu, bersatulah kita demi Agama, Bangsa dan Tanah Air. By M69.
Perjuangan Islam Akhir Zaman (Part II)
1 year ago
0 comments:
Post a Comment