Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 11 April 2010

Program Juara Rakyat (Umno Bhg Ayer Hitam)

RELA Zon Yong Peng giat aktiviti Bantu masyarakat
Kg Jalan Lama Yong Peng 11 April – Ikatan Relawan Rakyat Malaysia ( RELA ) Zon Yong Peng sentiasa peka dengan keadaan masyarakat sekeliling. Mereka sentiasa menjiwai hasrat masyarakat dan bersedia memberikan pertolongan atas dasar kemanusiaan dan tanggung jawab sebagai warga negara Malaysia. Pada 11 April 2010 seramai dua puluh anggota RELA Zon Yong Peng telah menjalin kerjasama dengan JKK Kg. Jalan Lama Yong Peng serta UMNO Bahagian Ayer Hitam menganjurkan Program Gotong Royong Juara Rakyat di Kg jalan Lama Yong Peng. Program tersebut ialah projek membaiki rumah pak cik Saad bin Katimin yang rosak teruk akibat ribut yang melanda pada 3 April 2010 yang lalu.Pak Cik Saad Katimin yang baru seminggu ditinggalkan isterinya ( meninggal dunia ) telah dilanda ribut yang mengakibatkan bumbung rumahnya tercabut dan rosak teruk kerana pukulan angin kencang. Menurut Encik Rashid Hidayat Ali Ketua Kampung Kawasan Kg Melayu Yong Peng, pihaknya amat berbangga dengan komitmen pasukan RELA kerana telah bersungguh-sungguh untuk menjayakan gotong royong tersebut. Menurut beliau lagi, pihaknya juga sangat terhutang budi kepada UMNO Bahagian Ayer Hitam kerana membantu mempercepatkan program bantuan ini dan sekali gus memudahkan pihak JKK dan UMNO cawangan menyalurkan khidmat kepada mangsa. Pada 3 April 2010 yang lalu sebanyak 8 buah rumah di kawasan Kg Melayu Yong Peng telah rosak kerana dilanda ribut dan angin kencang.(Oleh S/U Halid Saat) ByM69

0 comments: