Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Tuesday 3 November 2009

Ziarah kasih di Kangkar Baru (Imbas Kembali)


Pada 26 Jun 2009 Biro Kebajikan UMNO Bahagian Ayer Hitam berjaya sekali lagi memanjangkan kegiatan Ziarah Kasih ke Zon Kangkar Baru Yong Peng. Distinasi kali ini ialah di Kampung Melayu Kangkar Baru, Yong Peng dan berjaya menziarahi lapan buah rumah golongan tidak bernasib baik. Ziarah kali ini diketuai oleh Sdr. Mohd Kamal Harun Timbalan Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam dan Hj Ismail Khairon selaku Pengerusi Biro Kebajikan. Turut serta ialah Puan Hajjah Sunarti Salim, bonda kepada YB Datuk Samsol Bari Jamali dan ahli jawatankuasa Biro Kebajikan UMNO Bahagian Ayer Hitam.
(Sumber Oleh sub_halid) By m69

0 comments: