Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Thursday 5 November 2009

Nur Hafizah peserta tunggal Perempuan Mini Bike DUN Semarang.


Pertandingan Mini Bike 2009 DUN Semarang telah memaparkan seorang peserta tunggal perempuan yang gigih dan tidak mudah mengalah. Walaupun tidak merangkul sebarang gelaran tetapi beliau memberikan saingan sengit di peringkat akhir kejohanan Mini Bike 2009 DUN Semarang. Adik Siti Nurhafizah berumur 14 tahun dan pelajar Sekolah Men. Kelapa Sawit, Kulai Johor mula bergiat dalam perlumbaan Mini Bike sejak berumur 9 tahun. Kegigihan adik Nur Hafizah wajar dicontohi oleh pelajar-pelajar lain kerana kegiatan ini telah menanam kesedaran berjuang untuk kehidupan ( survival ) yang mana akhirnya boleh membina modal insan yang tinggi nilainya. Pertandingan mini bike 2009 DUN Semarang di adakan pada 31 Oktober di litar minibike Bandar Baru Ayer Hitam dan dirasmikan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang / Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam.
(Sumber Oleh sub_halid)by M69

0 comments: