Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Wednesday 25 November 2009

Apa ada pada MAAF?...

Pahlawan Bangsa menjadi mangsa kekejaman kOmuniS
Lihat lah..
Ke Tepi?

PUTRAJAYA 24 Nov. – “Tiada maaf bagimu Chin Peng”. Itulah jawapan kerajaan terhadap permohonan maaf bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu atas keganasan PKM kepada rakyat dan pejuang negara suatu ketika dahulu.
Malah, tegas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pendirian kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pulang ke tanah air sebelum ini adalah muktamad.
‘‘Pendirian kerajaan tidak membenarkannya pulang kekal.
‘‘Tiada maaf bagimu (Chin Peng),” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Ketujuh di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri mengulas laporan eksklusif akhbar The Star kelmarin. Muhyiddin berkata, kerajaan malah rakyat yang pernah menghadapi musibah semasa keganasan PKM dahulu pasti tidak akan melupakan kekejaman komunis.
‘‘Sebagai kerajaan yang prihatin terhadap sentimen (kemarahan) yang masih membara ini, kita putuskan tidak akan terima kepulangannya,” kata beliau.
Dalam tempoh PKM mengganas antara 1948 hinggalah mereka meletakkan senjata pada 1989, kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terkorban.(Utusan Melayu) ByM69
Tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan serta Tan Sri Muhyiddin Yassin atas ketegasan. Wahai anak anak KU..janganlah kau mudah lupa, bersatulah demi agama,bangsa dan Tanah Melayu ini. Kau lihatlah ...photo yang dipaparkan. Siapakah mereka dan bolehkah ianya menjadi rakan SEJATI, semua kita tahu dan janganlah tutp mata dan telinga, semuga UMNO terus HIDUP dan UMNO itu siapa? kita sentiasa di LUKAI oleh anak buah kOmuniS hingga saat ini. ByM69.

0 comments: