Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Wednesday 25 November 2009

Manfaatkan masa di musim cuti sekolah.


Batu 8 Jalan Kluang 24 Nov -Semua ibu bapa di anjurkan memfaatkan masa dimusim cuti sekolah semaksima mungkin untuk mendedahkan anak-anak kepada ilmu pengetahuan dan menambah pengalaman di bidang pengetahuan am.Melawat ke pameran atau expo yang dianjurkan oleh agensi kerajaan merupakan satu cara menambah ilmu pengetahuan dan boleh membangkitkan dorongan dalam diri untuk lebih terus maju. Seruan demikian dilahirkan oleh Encik Mohamad Norpi Abu Hassan Pengarah LKIM Johor semasa memberikan ucapan di majlis penyampaian hadiah sukaneka 1 Malaysia di Tapak Expo Agro di Pusat Pertanian Modern Ayer Hitam.Sukaneka 1 Malaysia di anjurkan secara bersama oleh LKIM, UMNO Bahagian Ayer Hitam serta UMNO Cawangan Zon Seri Lalang. Menurut Sdr. Rashid Alias Penyelaras program, penyertaan dari ibu, bapa dan anak-anak sangat menggalakkan termasuk penyertaan dua buah tabika iaitu Tabika Seri Perwira ,Taman Seri Lalang dan Tabika Batu 8 Institut Haiwan.Turut sama menyampaikan hadiah ialah Sdr Mohd Kamal Harun Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam dan Pengarah Pertanian Modern Ayer Hitam.(Sumber oleh sub_halid) By M69

0 comments: