Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 15 November 2009

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) By Ajey



Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 – Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005.

Penubuhan RELA membolehkan rakyat jelata untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.

Di bawah Seksyen 2, Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964, Yang Di Pertuan Agong telah perkenan meluluskan pindaan Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005 yang berkuatkuasa mulai 01 Februari 2005. Peraturan ini telah memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada Pegawai RELA di dalam menangani PATI.

Permohonan Anggota RELA

Syarat - Syarat Am Untuk menjadi Ahli RELA:
Warganegara Malaysia.
Umur 16 tahun ke atas bagi kaum wanita dan 17 tahun ke atas bagi kaum lelaki.
Sihat tubuh badan
Peranan

Pertahanan kawasan mengikut konsep mengikut konsep yang digunapakai oleh pasukan Home Guard, iaitu memelihara keselamatan dan keamanan setempat sehingga diambil alih oleh pasukan keselamatan.

"AYUH!, sambutlah seruan negara.. sertai RELA dan jadi insan dan warganegara yang bersedia mempertahan watan..." Datuk SamsolBari Jamali (By M69 Ajey)

0 comments: