Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 29 November 2009

Program Ziarah Kasih 2009


Program ziarah kasih merupakan aktiviti yang paling aktif di sepanjang tahun 2009. Ia dikelolakan oleh Biro Kebajikan UMNO Bahagian Ayer Hitam dan Pengerusikan oleh Tuan Haji Ismail Khairon ( Sekarang sedang menunaikah ibadah haji di Mekah ). Menurut Sdr Abd Rashid Abd Hamid ( Setiausaha Biro Kebajikan ) orang ramai dipersilakan menyertai program ini untuk sama-sama membangunkan golongan tidak bernasib baik disamping untuk bertaqarrub kepada Allah SWT. Kepada yang berminat sila hubungi pejabat UMNO Bahagian Ayer Hitam Telefon 07 7581444 Fax 7583805. Sekian salam hormat, drpd Halid Saat S/U UMNO Bhg Ayer Hitam.ByM69

0 comments: