Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Monday 23 November 2009

Tahniah Wartawan MELAYU.


Apabila senario politik di Negeri Cik Siti Wan Kembang menjadi kacau bilau dengan ura-ura Exco Kelantan, Dato' Husam Musa akan meletakkan jawatan dan meninggalkan parti, Menteri Besar Kelantan pantas mengeluarkan kenyataan menafikannya. Seperti biasa, untuk dijadikan kambing hitam, media massa yang selalu menjadi sasarannya. Kali ini umpan kambing hitam agak pelik. Beliau secara terbuka menyalahkan wartawan-wartawan Melayu dan memuji wartawan-wartawan berbangsa lain. Beliau ketika diwawancara oleh Haprakdaily dipetik berkata:

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan. Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita. Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita.”

Kelu lidah saya apabila Menteri Besar Kelantan berkata, wartawan Cina lebih pandai dari wartawan Melayu. Saya dapat merasakan betapa sebak tokoh-tokoh wartawan Melayu seperti Dato' A Kadir Jasin dan lain-lain apabila mendengar komen Menteri Besar Kelantan ini.(Sumber http://khairulryezal.blogspot.com//Cucu Tok SelampiT)

Itulah kata-kata seorang Menteri Besar Kelantan, seorang Tuk Guru, termasuk di dalam orang-orang yang maksum. Kalau dah sesama Bangsa dan agama boleh berkata sedemikian rupa..APATAH lagi orang lain terutama yang ingin membawa pulang Pejuang Komunis @Pejuang Kemerdekaan (kononnya). Tidak hairanlah suatu hari nanti akan ada yang memperkatakan Pejuang Kemerdekaan Melayu/UMNO tidak pandai..tidak seperti****88$$88$$8 yang lebih pandai. Apa sahaja kesilapan dan masalah semuanya wajib dituju, dihunus, dituding, dijolok pada UMNO dan siapa UMNO tu...
Apa nak buat kita kena akui sajalah?????.. kalau banjir besar yang melanda JOHOR tahun 2006/07 dikatakan Bala dari Allah SWT sebab majoritinya UMNO, apahal pulak bila banjir melanda tempat sendiri..oh! itu cubaan dan dugaan dari Allah SWT.
Wahai anak bangsa Ku...HUBAYA hubayalah masa depan NegaraMu...Tahniah Wartwan Melayu pejuang BangsaKU.
(Nukilan Lombok By M69)

0 comments: