Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Saturday 14 November 2009

Utamakan Tugas Dan Tanggung Jawab.


Ayer Hitam 13 November - Kepimpinan Organisasi dinasihatkan supaya mengutamakan tugas dan tanggung jawab bagi memastikan matlamat organisasi tercapai dan memenuhi hasrat atau kehendak ahli. kepimpinan yang berkesan biasanya mampu menggerakkan pengikutnya mencapai matlamat yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi tersebut. Nasihat demikian disampaikan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Ayer Hitam kepada ahli jawatankuasa Parti PPP yang berkunjung ke pejabat beliau hari ini. Turut bersama diperjumpaan tersebut ialah Sdr. Mohd Kamal Harun, Timbalan Ketua Umno Bahagian Ayer Hitam dan Hajah Rahemah Idris Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagin Ayer Hitam. katanya lagi semua kepimpinan mestilah lebih fokus dalam hal menjalankan tugas untuk menentukan keberhasilan yang tinggi. Encik Sugumaran Pengerusi PPP Bahagian Ayer Hitam berkata, beliau dan rakan-rakan sangat gembira kerana YB Datuk Samsol Bari Jamali sudi meluangkan masa untuk mereka dan memberikan nasihat yang berguna untuk memimpin organisasi. (Sumber Oleh sub_halid)By M69

0 comments: