Program ziarah kasih merupakan aktiviti yang paling aktif di sepanjang tahun 2009. Ia dikelolakan oleh Biro Kebajikan UMNO Bahagian Ayer Hitam dan Pengerusikan oleh Tuan Haji Ismail Khairon ( Sekarang sedang menunaikah ibadah haji di Mekah ). Menurut Sdr Abd Rashid Abd Hamid ( Setiausaha Biro Kebajikan ) orang ramai dipersilakan menyertai program ini untuk sama-sama membangunkan golongan tidak bernasib baik disamping untuk bertaqarrub kepada Allah SWT. Kepada yang berminat sila hubungi pejabat UMNO Bahagian Ayer Hitam Telefon 07 7581444 Fax 7583805. Sekian salam hormat, drpd Halid Saat S/U UMNO Bhg Ayer Hitam.ByM69
MARI SYAHADAH
Sunday, 29 November 2009
Program Ziarah Kasih 2009
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Sunday, November 29, 2009 0 comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang
Teringat Banjir 2007 (Imbas kembali)
Pt Khalid Tg Semberong 12.12.2006
YB Datuk Mustapa Mohamed.Melawat mangsa banjir SK Sri Bandan.
Parit Raja 26 Nov - Assalamualaikum kepada semua warga DUN Semarang khususnya dan warga Parlimen Ayer Hitam amnya. Alhamdulillah dengan limpah kurnia Allah SWT kita semua dapat hidup aman dan boleh merancang masa hadapan kita dan keluarga dengan teratur.Sekarang ini musim cuti sekolah dan rasanya setiap keluarga ada merancang untuk mengisi musim cuti ini untuk berjalan-jalan atau melawat sanak saudara yang mengadakan kenduri kendara. Tetapi dalam kita bersuka ria tu pada masa yang sama kita juga perlu beringat. Pada masa musim hujan ni rancanganlah perlalanan dengan baik. Periksalah dulu kenderaan sebelum memandu. Sekiranya ada yang perlu dibaiki hantarlah dulu kereta ke bengkel untuk diperbaiki.Semasa memandu pula hendaklah berhati-hati terutama semasa memandu dikala hujan.Teringat saya pada Disember 2006 dan Jan 2007 dimana semua daerah di negeri johor dilanda hujan berterusan dan banjir.Lebih 30 pusat perpindahan banjir diwujudkan. Ramai pemimpin nasional yang hadir menjenguk kita di DUN Semarang dan di antaranya ialah YB Datuk Mustapa Mohamed. Beliau melawat Pusat Perpindahan Mangsa Banjir pada 8 Januari 2007 di SK Seri Bandan Mk 7 Batu Pahat. Disamping menyampaikan sumbangan beliau bermesra dengan rakyat dan adik-adik pelajar sekolah yang menjadi mangsa banjir.Nukilan rasa Halid Saat.(Sumber oleh sub_halid)Post By M69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Sunday, November 29, 2009 0 comments
Labels: Imbas kembali
Tahniah Pelajar UPSR 2009 Parlimen Ayer Hitam.
"Setinggi tinggi tahniah serta syabas saya ucapkan kpd pelajar2 cemerlang UPSR dlm DUN semarang n Par A hitam... Kejayaan anda kebanggaan kami. Tahniah serta syabas juga kpd semua ibubapa,guru serta semua pihak yg tlh menyumbang kepada kejayaan anak2 ini... 'BERSATU TENAGA BERJAYA BERSAMA' tahniah Semarang!" Dari Datuk Samsol Bari Jamali. Adun Semarang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Sunday, November 29, 2009 0 comments
Labels: Ucapan
Thursday, 26 November 2009
Selamat Hari Raya QURBAN
Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada semua warga muslim UMNO Parlimen Ayer Hitam dan Dun Semarang. Semuga pengorbanan kita terhadap Agama dan Bangsa sentiasa di rahmati Allah SWT. Kami mohon ampun dan maaf sebarang kesilapan yang berlaku sepanjang mengendalikan blog ini.Dari Kumpulan Ajey Suggeh Group.
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Thursday, November 26, 2009 0 comments
Labels: Ucapan
Wednesday, 25 November 2009
Terlebih NIRA jadi...
Nov 25, 2009 11:16 am PERTUBUHAN Hindraf mengadakan mogok lapar untuk mendapatkan 18 tuntutan masyarakat India daripada Perdana Menteri di pekarangan KLCC, hari ini. - (Sumber BH Foto Abdullah Yusof)BY M Suggeh Group 69
Apa lagi yang kurang pada mereka ini, hormatlah sikit perasaan orang lain. Asyik tuntut kepentingan kaum sendiri apa pula halnya kaum Lain. Kalau lah orang seperti ini menjadi wakil dan pemerintah, kita semua sudah tahu jawapannya. Cuba lah sedar diri sedikit dan pandanglah ditempat lain.Buat apa tuntut 18...tuntutlah sekali Tanah Melayu jadi Negeri sendiri lagi senang..tak payah mogok lapar..dan selama ini pun agaknya memang selalu lapar. Mengapa minta pada Perdana Menteri..mintalah pada orang yang mereka sanjung?Perhatikan lah ayat di atas...ini rakyat mana...Langsung tiada Ayat dan tulisan Bahasa Melayu...hina sangat kami orang Melayu. Dimana semangat setia pada Negara. Mana prinsip Rukun Negara.
Cuba baca artikal ini....
Di negeri mana di dalam dunia ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.
Pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.
“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.
“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka dengan mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.
Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.
“Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini......”(Berita Harian: 25.6. 19650) Siapakah yang berkata demikian...carilah sendiri jangan asyik MABUK....Dia memusuhi UMNO,semuga UMNO terus HIDUP dan UMNO itu siapa?
BY M69.
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Wednesday, November 25, 2009 0 comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO
Apa ada pada MAAF?...
Pahlawan Bangsa menjadi mangsa kekejaman kOmuniS
Lihat lah..
Ke Tepi?
PUTRAJAYA 24 Nov. – “Tiada maaf bagimu Chin Peng”. Itulah jawapan kerajaan terhadap permohonan maaf bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu atas keganasan PKM kepada rakyat dan pejuang negara suatu ketika dahulu.
Malah, tegas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pendirian kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pulang ke tanah air sebelum ini adalah muktamad.
‘‘Pendirian kerajaan tidak membenarkannya pulang kekal.
‘‘Tiada maaf bagimu (Chin Peng),” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Ketujuh di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri mengulas laporan eksklusif akhbar The Star kelmarin. Muhyiddin berkata, kerajaan malah rakyat yang pernah menghadapi musibah semasa keganasan PKM dahulu pasti tidak akan melupakan kekejaman komunis.
‘‘Sebagai kerajaan yang prihatin terhadap sentimen (kemarahan) yang masih membara ini, kita putuskan tidak akan terima kepulangannya,” kata beliau.
Dalam tempoh PKM mengganas antara 1948 hinggalah mereka meletakkan senjata pada 1989, kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terkorban.(Utusan Melayu) ByM69
Tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan serta Tan Sri Muhyiddin Yassin atas ketegasan. Wahai anak anak KU..janganlah kau mudah lupa, bersatulah demi agama,bangsa dan Tanah Melayu ini. Kau lihatlah ...photo yang dipaparkan. Siapakah mereka dan bolehkah ianya menjadi rakan SEJATI, semua kita tahu dan janganlah tutp mata dan telinga, semuga UMNO terus HIDUP dan UMNO itu siapa? kita sentiasa di LUKAI oleh anak buah kOmuniS hingga saat ini. ByM69.
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Wednesday, November 25, 2009 0 comments
Labels: Komunis
Manfaatkan masa di musim cuti sekolah.
Batu 8 Jalan Kluang 24 Nov -Semua ibu bapa di anjurkan memfaatkan masa dimusim cuti sekolah semaksima mungkin untuk mendedahkan anak-anak kepada ilmu pengetahuan dan menambah pengalaman di bidang pengetahuan am.Melawat ke pameran atau expo yang dianjurkan oleh agensi kerajaan merupakan satu cara menambah ilmu pengetahuan dan boleh membangkitkan dorongan dalam diri untuk lebih terus maju. Seruan demikian dilahirkan oleh Encik Mohamad Norpi Abu Hassan Pengarah LKIM Johor semasa memberikan ucapan di majlis penyampaian hadiah sukaneka 1 Malaysia di Tapak Expo Agro di Pusat Pertanian Modern Ayer Hitam.Sukaneka 1 Malaysia di anjurkan secara bersama oleh LKIM, UMNO Bahagian Ayer Hitam serta UMNO Cawangan Zon Seri Lalang. Menurut Sdr. Rashid Alias Penyelaras program, penyertaan dari ibu, bapa dan anak-anak sangat menggalakkan termasuk penyertaan dua buah tabika iaitu Tabika Seri Perwira ,Taman Seri Lalang dan Tabika Batu 8 Institut Haiwan.Turut sama menyampaikan hadiah ialah Sdr Mohd Kamal Harun Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam dan Pengarah Pertanian Modern Ayer Hitam.(Sumber oleh sub_halid) By M69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Wednesday, November 25, 2009 0 comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang
Kompang Seri Mekar Aktif Serikan Majlis Pengantin.
Pt. Haji Ali Laut 24 Nov - Sempena musim cuti sekolah kumpulan Kompang Seri Mekar tidak ketinggalan memainkan peranannya memeriahkan aktiviti masyarakat dengan melibatkan diri dalam majlis perkahwinan. Mereka diminta meraikan kehadiaran pengantin dengan paluan kompang salawat Nabi SAW di samping lagu-lagu ciptaan kumpulan mereka sendiri. Pengerak kumpulan kompang Seri Mekar, Sdr Zaid Ghazali berkata kumpulannya sedia memberikan khidmat bukan sahaja di kawasan Seri Mekar malah di kawasan-kawasan lain yang memerlukan. Beliau melahirkan terimakasih kepada YB Datuk Samsol Bari jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam yang sentiasa memberikan galakan dan bermurah hati memberikan peruntukan untuk pakaian seragam kompang Seri Mekar.(Sumber oleh sub_halid)By M69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Wednesday, November 25, 2009 0 comments
Labels: Umum
Tuesday, 24 November 2009
Selamat Hari Raya Qurban
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Tuesday, November 24, 2009 0 comments
Labels: Ucapan
Monday, 23 November 2009
Tahniah Wartawan MELAYU.
Apabila senario politik di Negeri Cik Siti Wan Kembang menjadi kacau bilau dengan ura-ura Exco Kelantan, Dato' Husam Musa akan meletakkan jawatan dan meninggalkan parti, Menteri Besar Kelantan pantas mengeluarkan kenyataan menafikannya. Seperti biasa, untuk dijadikan kambing hitam, media massa yang selalu menjadi sasarannya. Kali ini umpan kambing hitam agak pelik. Beliau secara terbuka menyalahkan wartawan-wartawan Melayu dan memuji wartawan-wartawan berbangsa lain. Beliau ketika diwawancara oleh Haprakdaily dipetik berkata:
“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan. Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita. Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita.”
Kelu lidah saya apabila Menteri Besar Kelantan berkata, wartawan Cina lebih pandai dari wartawan Melayu. Saya dapat merasakan betapa sebak tokoh-tokoh wartawan Melayu seperti Dato' A Kadir Jasin dan lain-lain apabila mendengar komen Menteri Besar Kelantan ini.(Sumber http://khairulryezal.blogspot.com//Cucu Tok SelampiT)
Itulah kata-kata seorang Menteri Besar Kelantan, seorang Tuk Guru, termasuk di dalam orang-orang yang maksum. Kalau dah sesama Bangsa dan agama boleh berkata sedemikian rupa..APATAH lagi orang lain terutama yang ingin membawa pulang Pejuang Komunis @Pejuang Kemerdekaan (kononnya). Tidak hairanlah suatu hari nanti akan ada yang memperkatakan Pejuang Kemerdekaan Melayu/UMNO tidak pandai..tidak seperti****88$$88$$8 yang lebih pandai. Apa sahaja kesilapan dan masalah semuanya wajib dituju, dihunus, dituding, dijolok pada UMNO dan siapa UMNO tu...
Apa nak buat kita kena akui sajalah?????.. kalau banjir besar yang melanda JOHOR tahun 2006/07 dikatakan Bala dari Allah SWT sebab majoritinya UMNO, apahal pulak bila banjir melanda tempat sendiri..oh! itu cubaan dan dugaan dari Allah SWT.
Wahai anak bangsa Ku...HUBAYA hubayalah masa depan NegaraMu...Tahniah Wartwan Melayu pejuang BangsaKU.
(Nukilan Lombok By M69)
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Monday, November 23, 2009 0 comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO
Friday, 20 November 2009
SK Sri Bandan Capai keputusan Cemerlang.
Gambar : Wakil rasmi YB ADUN Semarang menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang SK Seri bandan ( Adik Nur Ezzaty Elyeany Mohd Yasin, pencapaian 5A dan cemerlang dalam kelima-lima subjek yang di ambil peperiksaan)
Kg Hj Talib 19 November - Kejayaan lapan orang murid Sk Seri Bandan meraih keputusan 5A dan enam orang meraih 4 B menjadikan sekolah ini antara sekolah luar bandar yang cemerlang di daerah Batu Pahat. Guru Besarnya Tuan Hj Saadan Bin Tarmin berkata kejayaan ini adalah hasil adunan kerjasama semua pihak iaitu ibu bapa, guru dan pemimpin masyarakat di kawasan Kg Hj Talib yang memberikan komitmen secara berterusan di sepanjang tahun 2009. Katanya lagi, pencapaian sk seri Bandan meningkat tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2007 sebanyak 67%, tahun 2008 sebanyak 81.4 % dan tada 2009 sebanyak 90%. Lebih membanggakan lagi katanya ialah pencapaian subjek bahasa Inggeris iaitu dengan pencapaian 99%.Sementara itu YDP SK Seri Bandan Sdr Othman Kosni berkata pihaknya akan sentiasa memberikan kerjasama erat kepada guru untuk menwujudkan satu suasana yang kondusif supaya kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.Kejayaan sekolah ini diterjemahkan dalam satu majlis Hari Kualiti SK Seri Bandan yang disempurnakan perasmiannya oleh Sdr Abdull Halid Saat Setiausaha UMNO Bahagian Ayer Hitam mewakili YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang yang juga Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam.
(Oleh sub_halid)By M69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Friday, November 20, 2009 0 comments
Labels: Pendidikan
SYABAS DAN TAHNIAH UPSR , DSBJ
"Setinggi tinggi tahniah serta syabas saya ucapkan kpd pelajar2 cemerlang UPSR dlm DUN semarang n Par A hitam... Kejayaan anda kebanggaan kami. Tahniah serta syabas juga kpd semua ibubapa,guru serta semua pihak yg tlh menyumbang kepada kejayaan anak2 ini... 'BERSATU TENAGA BERJAYA BERSAMA' tahniah Semarang!" Dari Datuk Samsol Bari Jamali. Adun Semarang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Friday, November 20, 2009 0 comments
Labels: Ucapan
Tuesday, 17 November 2009
YB ADUN SEMARANG MERIAHKAN HARI PERSANDINGAN KETUA PUTERIA BAHAGIAN
Parit Sikon 15 november – Cik Nuriyati binti Ithnin Ketua Puteri Umno Bahagian Ayer Hitam, mengakhiri zaman bujangnya apabila diijabkabulkan pada 14 November 2009 di rumah beliau, Lorong Asni,Parit Sikon Laut Parit Raja mukim 8. Nuriyati Ithnin dan pasangannya Sdr Ali bin Abu Bakar di sandingkan pada 15 november dengan dihadiri oleh sanak saudara, rakan-rakan Puteri dan para jemputan. YB Datuk Samsol Bari Jamali Ketua Umno Bahagian Ayer Hitam / Adun Semarang dan Datin hadir kira-kira jam 2.00 petang dan menyempurnakan majlis menginai kepada kedua mempelai. (sumber oleh sub_halid@yahoo.com.my)by m69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Tuesday, November 17, 2009 0 comments
Labels: Umum
Sunday, 15 November 2009
SELAMAT PENGANTIN BARU KP PUTERI UBAH... ,PUAN NURIYATI
Kami blogger dan Warga UMNO Ayer Hitam, mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam, CIK NURIYATI BINTI MD ITHNIN dengan pasangannya EN. ALI BIN ABU BAKAR yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada hari Ahad, 15 November 2009 bersamaan 27 Zulkaidah 1430H di kediamannya yang beralamat No.7, Lorong Sri Asni, Kg. Pt. Sikun Laut, Mukim 8, 86400 Pt. Raja Batu Pahat, Johor. Terima kasih di atas layanan yang baik dan kerjasama RELA untuk mengawal lalu lintas,
Semuga sentiasa di Rahmati oleh Allah SWT. (By M69)
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Sunday, November 15, 2009 0 comments
Labels: Umum
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) By Ajey
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 – Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005.
Penubuhan RELA membolehkan rakyat jelata untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.
Di bawah Seksyen 2, Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964, Yang Di Pertuan Agong telah perkenan meluluskan pindaan Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005 yang berkuatkuasa mulai 01 Februari 2005. Peraturan ini telah memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada Pegawai RELA di dalam menangani PATI.
Permohonan Anggota RELA
Syarat - Syarat Am Untuk menjadi Ahli RELA:
Warganegara Malaysia.
Umur 16 tahun ke atas bagi kaum wanita dan 17 tahun ke atas bagi kaum lelaki.
Sihat tubuh badan
Peranan
Pertahanan kawasan mengikut konsep mengikut konsep yang digunapakai oleh pasukan Home Guard, iaitu memelihara keselamatan dan keamanan setempat sehingga diambil alih oleh pasukan keselamatan.
"AYUH!, sambutlah seruan negara.. sertai RELA dan jadi insan dan warganegara yang bersedia mempertahan watan..." Datuk SamsolBari Jamali (By M69 Ajey)
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Sunday, November 15, 2009 0 comments
Labels: Rela/SRS
Saturday, 14 November 2009
Utamakan Tugas Dan Tanggung Jawab.
Ayer Hitam 13 November - Kepimpinan Organisasi dinasihatkan supaya mengutamakan tugas dan tanggung jawab bagi memastikan matlamat organisasi tercapai dan memenuhi hasrat atau kehendak ahli. kepimpinan yang berkesan biasanya mampu menggerakkan pengikutnya mencapai matlamat yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi tersebut. Nasihat demikian disampaikan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Ayer Hitam kepada ahli jawatankuasa Parti PPP yang berkunjung ke pejabat beliau hari ini. Turut bersama diperjumpaan tersebut ialah Sdr. Mohd Kamal Harun, Timbalan Ketua Umno Bahagian Ayer Hitam dan Hajah Rahemah Idris Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagin Ayer Hitam. katanya lagi semua kepimpinan mestilah lebih fokus dalam hal menjalankan tugas untuk menentukan keberhasilan yang tinggi. Encik Sugumaran Pengerusi PPP Bahagian Ayer Hitam berkata, beliau dan rakan-rakan sangat gembira kerana YB Datuk Samsol Bari Jamali sudi meluangkan masa untuk mereka dan memberikan nasihat yang berguna untuk memimpin organisasi. (Sumber Oleh sub_halid)By M69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Saturday, November 14, 2009 0 comments
Labels: Umum
Wednesday, 11 November 2009
Dun Semarang Anjur Klinik Sepak Takraw Pada 2010
Ayer Hitam 11 November - Aktivis Sepak Takraw di Dun Semarang setuju akan menganjurkan Klinik Sepak Takraw di Pekan Ayer Hitam pada awal tahun 2010.persetujuan Ini di buat oleh Aktivis Sepak Takraw di hadapan YB Datuk Samsol Bari Jamali Adun Kawasan Semarang di pejabatnya Ayer Hitam hari ini.Sdr. Hazali Bin Yusof, Sdr. Abdul Halim Johar dan Tuan Haji Idris Abdullah dalam pertemuannya dengan YB Datuk Adun Semarang bersepakat untuk memajukan Sukan Sepak Takraw di Dun Semarang yang meliputi dua Mukim Iaitu Mukim Seri Gading dan Mukim Tg Semberong. Menurut Sdr. Hazali Yusof, Klinik tersebut akan memberikan pendedahan kepada peserta secara teori dan praktikal yang meliputi ilmu kepengadilan, kejurulatihan, persediaan mental serta pengurusan pemain dan etika permainan.Dalam pertemuan singkat Itu YB Datuk Samsol Bari Jamali juga membayangkan akan menganjurkan pertandingan Sepak Takaw yang lebih besar di Peringkat Negeri dan berpusat di Ayer Hitam.
(Sumber Oleh Sub_Halid) By M69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Wednesday, November 11, 2009 0 comments
Labels: Sukan
Beca warisan oleh Halid Saat
Hari ini kita melihat betapa majunya sistem penganguktan awam di Malaysia. Lebuhraya merentas dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Tanjung Puteri.di Kuala Lumpur rakyat sudah biasa dengan LRT dan Mono Rail. Kereta berpuluh jenis dan nama. Proton, Gen2, Naza lekat dibibir rakyat malaysia, tapi janganlah lupa warisan kita. Kereta lembu, Beca, Basikal antara perkara yang perlu kita ingat semula. Kalau tidak ada "dahulu" maka tidak adalah "sekarang". Sejarah penting bagi kita semua.di situ terdapat kisah dan tauladan dan semoga kita tidak tesilap jalan (oleh sub-halid) by m 69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Wednesday, November 11, 2009 0 comments
Labels: Umum
Tuesday, 10 November 2009
Gotong Royong di PASUDA (PArit SUrau DArat)
Pada 8hb November 2009 YB Datuk Samsol Bari Jamali membuat lawatan singkat ke Tapak Taman Rekreasi PASUDA ( Parit Surau Darat ) untuk meninjau kerja membersih kawasan dan penyediaan tapak membina gelanggang futsal. Bagi menjayakan projek ini kerajaan telah menyediakan bajet RM 20,000.00. Pada masa yang sama satu gotong royong membina mercu tanda taman rekreasi PASUDA di adakan oleh penduduk Parit Surau di tapak tersebut. Menurut YB Datuk Samsol Bari Jamali, kerajaan tidak akan lupa jasa penduduk kampung yang aktif serta menyokong kerajaan BN. Sebagai balasannya kerajaan akan memastikan masyarakat mendapat faedah supaya terus maju dan hidup harmoni erpanjangan.(Sumber Oleh su_halid) BY M69 Ga Plexs Studio
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Tuesday, November 10, 2009 0 comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang
Monday, 9 November 2009
"1 Malaysia Kemakmuran Bersama"
Setiausaha Umno Bahagian Ayer Hitam, Encik Abdull Halid Bin Saat Menyeru Semua Ahli Umno Dan Rakyat Di Parlimen Ayer Hitam Menghayati Motto Bajet 2010 yang dibentangkan Oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Oktober lang lalu. Motto "1 Malaysia Kemakmoran Bersama" sangat relevan dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ini membuktikan YAB Perdana Menteri dan Barisan Kabinetnya bersungguh-sungguh berkerja untuk melonjakkan Ekonomi Negara demi kemakmoran semua golongan rakyat. Sdr Abdull Halid Saat berkata demikian semasa menyampaikan Ucapan Di Majlis Mesra Sempena Eidulfitri 1430h di Dewan Terbuka Taman Suria, Ayer Hitam Pada 24 Oktoer 2009. Katanya lagi, rakyat memerlukan Tiga Situasi Asas untuk membolehkan maju dan bahagia iaitu Situasi Selamat, Aman serta Makmor. Majlis mesra Sempena Eidulfitri tersebut dianjurkan oleh Krt Taman Suria yang dihadiri oleh semua penduduk di Taman Suria dan Taman Ros. Dimajlis tersebut juga disampaikan saguhati kepada penduduk yang rumah mereka Menyemarakkan Jalur Gemilang semasa menyambut Bulan Kemerdekaan oleh Pengerusi Krt Iaitu Encik Ishak Abu Bakar. (Sumber : Oleh Zainudin Mohidin)By M 69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Monday, November 09, 2009 0 comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang
Sunday, 8 November 2009
Persatuan Belia Pt. Surau kempen masuk ahli RELA
Pt. Surau 8 November 2009 – Seramai tiga puluh orang belia Pt Surau telah menyertai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia ( RELA ) dalam satu gerak kerja khas Parit Surau yang di adakan di Tapak Rekreasi Parit Surau Darat, Parit Raja di sini. Kemasukan mereka menjadi ahli RELA itu diraikan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang yang juga Kolonel Kehormat RELA. Pada masa yang sama YB ADUN Kwasan Semarang menyerahkan kad ahli RELA kepada sembilan belas orang penduduk Pt. Surau yang telah mendaftar ahli RELA sebelum ini. Dalam ucap utama, YB Datuk Samsol Bari Jamali menyeru supaya lebih ramai lagi penduduk Pt Surau menyertai RELA kerana terlalu banyak kebaikan yang terdapat di dalam pertubuhan tersebut. Beliau sangat berminat dengan skim insuran yang diadakan dalam perkihidmatan RELA dan meminta supaya rakyat di DUN Semarang mengambil peluang ini untuk berkhidmat kepada Negara melalui RELA.
(Oleh Sub_halid) By M69 Ga Plexs Studio
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Sunday, November 08, 2009 1 comments
Labels: Rela/SRS
Kursus Bina Negara Mantapkan Perjuangan....... (Imbas Kembali)
Peserta dikenakan denda kerana melanggar etika semasa aktiviti kerja berkumpulan.
Bermula 27 Febuari 2009 hingga 1 Mac 2009 para Pegawai dan Ahli JawatanKuasa UMNO Bahagian Ayer Hitam termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri Bahagian menyertai kursus Bina Negara kelolaan bersama BTN dan UMNO Bahagian Ayer Hitam. Kursus tersebut di adakan di Savanah Hill Ulu Tiram dan diatur sepenuhnya secara perkongsian bijak antara Biro Tata Negara dan UMNO Bahagian Ayer Hitam. Tujuan kursus tersebut antara lain ialah untuk membina team building dan menanam nilai kebersamaan di kalangan peserta untuk memantapkan perjuangan. Kursus ditutp secara rasmi oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam / ADUN Semarang.
(Sumber Oleh sub_halid) By m69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Sunday, November 08, 2009 0 comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang
Saturday, 7 November 2009
Pemuda jumpa Jin"S di Perhimpunan Agong UMNO (Imbas Kembali)
Perhimpunan Agong UMNO 2009 yang bermula dari 13 Oktober hingga 16 September telah meninggalkan banyak kenangan manis. Antara kenangan manis yang dapat dirakamkan apabila AJK Pemuda Bahagian Ayer Hitam dapat berintraksi dengan Dato Jin Shamsudin seorang actor dan juga aktivis UMNO yang terus menerus setia dengan parti keramat ini. Dalam pertemuan singkat itu Dato Jin Shamsudin melahirkan rasa bimbang akan nasib untung generasi muda akan datang dan meminta Pemuda hari ini secara habis-habisan berjuang sebagai usaha kesinambungan wawasan kepimpinan terdahulu.
(Sumber Oleh sub_halid) By M69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Saturday, November 07, 2009 0 comments
Labels: Umum
Thursday, 5 November 2009
Nur Hafizah peserta tunggal Perempuan Mini Bike DUN Semarang.
Pertandingan Mini Bike 2009 DUN Semarang telah memaparkan seorang peserta tunggal perempuan yang gigih dan tidak mudah mengalah. Walaupun tidak merangkul sebarang gelaran tetapi beliau memberikan saingan sengit di peringkat akhir kejohanan Mini Bike 2009 DUN Semarang. Adik Siti Nurhafizah berumur 14 tahun dan pelajar Sekolah Men. Kelapa Sawit, Kulai Johor mula bergiat dalam perlumbaan Mini Bike sejak berumur 9 tahun. Kegigihan adik Nur Hafizah wajar dicontohi oleh pelajar-pelajar lain kerana kegiatan ini telah menanam kesedaran berjuang untuk kehidupan ( survival ) yang mana akhirnya boleh membina modal insan yang tinggi nilainya. Pertandingan mini bike 2009 DUN Semarang di adakan pada 31 Oktober di litar minibike Bandar Baru Ayer Hitam dan dirasmikan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang / Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam.
(Sumber Oleh sub_halid)by M69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Thursday, November 05, 2009 0 comments
Labels: Sukan
Tuesday, 3 November 2009
Ziarah kasih di Kangkar Baru (Imbas Kembali)
Pada 26 Jun 2009 Biro Kebajikan UMNO Bahagian Ayer Hitam berjaya sekali lagi memanjangkan kegiatan Ziarah Kasih ke Zon Kangkar Baru Yong Peng. Distinasi kali ini ialah di Kampung Melayu Kangkar Baru, Yong Peng dan berjaya menziarahi lapan buah rumah golongan tidak bernasib baik. Ziarah kali ini diketuai oleh Sdr. Mohd Kamal Harun Timbalan Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam dan Hj Ismail Khairon selaku Pengerusi Biro Kebajikan. Turut serta ialah Puan Hajjah Sunarti Salim, bonda kepada YB Datuk Samsol Bari Jamali dan ahli jawatankuasa Biro Kebajikan UMNO Bahagian Ayer Hitam.
(Sumber Oleh sub_halid) By m69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Tuesday, November 03, 2009 0 comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang
Monday, 2 November 2009
Tahniah! ADUN SEMARANG
"Tahniah dan Terima kasih kepada semua pihak atas segala khidmat dan komitmen sehingga berjayanya Karnival Sukan Permotoran JPMM Dun Semarang di AYer Hitam......" Datuk SamsolBari Bin Jamali(DSBJ).By M69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Monday, November 02, 2009 0 comments
Labels: Sukan
Ayer Hitam sebagai Hab Sukan Permotoran.....DSBJ
/>"... kita jadikan realiti Ayer Hitam sebagai Hab Sukan Permotoran.."
Datuk SamsolBari Jamali By M69Aksi CubCross Karnival Permotoran Dun Semarang. ByM
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Monday, November 02, 2009 0 comments
Labels: Sukan
Sunday, 1 November 2009
"Orang Melayu sekarang tidak lagi boleh mempertahankan diri mereka sendiri; jika mereka bertemu dan bercakap (untuk mempertahankan diri mereka), mereka akan dicop sebagai rasis." - Dr. Mahathir Mohamad (Ahad, 22 Mac 2009)
Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea - negeri orang Korea, negeri China - negeri orang Cina, negeri India - negeri orang India. Tetapi negeri Melayu - bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu.Maka, orang Melayu yang bercakap mengenainya akan diasak secukup-cukupnya oleh pihak-pihak tertentu - malah sehingga akan disaman. Seorang rakan blogger terkenal pernah diasak 'separuh mati' oleh kumpulan apa disifatkannya sebagai cyber-troopers apabila dia cuba mempertahankan sebuah institusi Melayu.Mengapa jadi begitu? Apakah kerana ada kumpulan oportunis sudah melihat orang Melayu yang satu ketika dulu kebal, kini sudah layu? Benarkah orang Melayu sekarang sudah gagal bersatu dan sudah mulai berpecah? Apakah orang Melayu sudah terkeliru dengan asal usul mereka sendiri, sehinggakan membuka ruang dan peluang kepada kumpulan itu untuk mengadu-domba (memporak-peranda) mereka? Secara kasar, orang Melayu sekarang sudah terdiri daripada beberapa pecahan golongan. Mereka yang dulunya majoriti, sudah menjadi minoriti. Cuba lihat senario ini
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Sunday, November 01, 2009 0 comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO