Apa yang diucapkan adalah benar dan kini MIC pula cuba mengugut UMNO untuk keluar BN dan menunjukan sikap bertambah BIADAB. ByM69.
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
3 years ago
Mahkamah putuskan majalah Katolik Herald boleh guna perkataan ‘Allah’ KUALA LUMPUR- Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini. Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah". Dalam keputusannya, Hakim Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan itu.-Sumber Bernama
***************
Aku seorang MUSLIM dengan rasa kecewa dan amat marah, tidak rela nama ALLAH diguna pakai untuk orang lain, meneliti nama yang memutuskan sahaja kita sudah tahu, mungkin adanya unsur RACIST dan kebencian pada umat Islam dan Melayu. Tetapi adakah kita sedar akan hal tersebut. Kalau perlembagaan..mengapa Ketuanan Melayu di ungkit...mana pergi KONTRAK SOSIAL dan yang tinggal hanya KONTRAK so SIAL sahaja.Namun sebagai umat Islam yang mana bangsa Melayu juga berhak menyuarakan pendapat dalam hal sebegini. Isu penggunaan nama Allah oleh Akhbar milik Gereja Kristian ini pada kiraan KITA SEMUA adalah satu bentuk DAKWAH oleh pihak gereja kepada umat Islam khususnya bangsa Melayu.
Apakah?..kata mereka jika Kalimah ALLAH diserapkan namaNya dan mesti d gunakan kepada Tuhan Hindu, Buddha dan lainnya dan dicadangkan oleh orang MELAYU, UMNO. atau lainnya. Anda boleh fikir dengan waras..sudahg pasti kita semua akan di heret ke Mahkamah dan mendapat tentangan yang hebat, tetapi apabila Nama ALLAH ini di utarakan oleh orang lain bukan kelompok MElayu UMNO...???????????....
Apa kata kalau RUKUN NEGARA di ubah, saya ingin juga lihat apakah respon mereka.
KEPERCAYAAN KEPADA tuhan.
KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T.
ByM69
Lihat..lah wahai anak Bangsa Ku..betapa hinanya kita PribumiNusantara pada mata mereka yang BUTA Sejarah dan rendah maruah. Oleh itu ingat lah..kalau leka mereka akan terus memijak Kita, Raja Kita, Negara Kita dan memuja Raja Kolonial. Ingatlah betapa seronoknya negara kita kalau itu semua tidak ada. Oleh itu bersatulah padah wadah pembela bangsa dan agama. HIDUP UMNO. HIDUP MELAYU ByM69
Melayu dikhianati?
KEPERCAYAAN KEPADA tuhan.
KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T.
Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka.
MARI MENGUCAP. ByM69
Apa yang diucapkan adalah benar dan kini MIC pula cuba mengugut UMNO untuk keluar BN dan menunjukan sikap bertambah BIADAB. ByM69.
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Friday, May 28, 2010
Labels: i-Tube
"Orang Melayu sekarang tidak lagi boleh mempertahankan diri mereka sendiri; jika mereka bertemu dan bercakap (untuk mempertahankan diri mereka), mereka akan dicop sebagai rasis." - Dr. Mahathir Mohamad (Ahad, 22 Mac 2009)
"Orang Melayu sekarang tidak lagi boleh mempertahankan diri mereka sendiri; jika mereka bertemu dan bercakap (untuk mempertahankan diri mereka), mereka akan dicop sebagai rasis." - Dr. Mahathir Mohamad (Ahad, 22 Mac 2009)
Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea - negeri orang Korea, negeri China - negeri orang Cina, negeri India - negeri orang India. Tetapi negeri Melayu - bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu.Maka, orang Melayu yang bercakap mengenainya akan diasak secukup-cukupnya oleh pihak-pihak tertentu - malah sehingga akan disaman. Seorang rakan blogger terkenal pernah diasak 'separuh mati' oleh kumpulan apa disifatkannya sebagai cyber-troopers apabila dia cuba mempertahankan sebuah institusi Melayu.Mengapa jadi begitu? Apakah kerana ada kumpulan oportunis sudah melihat orang Melayu yang satu ketika dulu kebal, kini sudah layu? Benarkah orang Melayu sekarang sudah gagal bersatu dan sudah mulai berpecah? Apakah orang Melayu sudah terkeliru dengan asal usul mereka sendiri, sehinggakan membuka ruang dan peluang kepada kumpulan itu untuk mengadu-domba (memporak-peranda) mereka? Secara kasar, orang Melayu sekarang sudah terdiri daripada beberapa pecahan golongan. Mereka yang dulunya majoriti, sudah menjadi minoriti. Cuba lihat senario ini. By M69
Tidak membantah kenyataan menghina Islam oleh segelintir pemimpin DAP kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam, hanyalah semata-mata untuk menjaga hubungan, hati dan perasaan antara kedua-dua parti pembangkang yang berkaitan demi kerberuntungan duniawi semata-mata.Ajaran Islam tidak sekalipun membenarkan agama dan Rasulnya dihina dan dicaci melainkan akan segera dijawab dan ditangkis oleh Allah melalui firman-Nya dalam al-Quran. Malah kepercayaan bangsa yang bertamadun tidak mengizinkan orang lain memperkotak-katikkan ajaran dan amalan bangsa lain. Begitu juga anak yang bermaruah tidak sekali-kali membiarkan tohmahan dan kata nista kepada ibu bapanya. Oleh itu bangsa yang bermaruah tidak sekali-kali membiarkan tohmahan dan kata nista kepada Bangsa dan agama ibu bapanya. Namun, demi menjamin kestabilan dan keselamatan negara, setiap warga negara perlu akur kepada konsep 'ketuanan Melayu'. Hal ini bermakna kaum peribumi khususnya orang Melayu mendapat beberapa hak istimewa yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Perkara 160 ceraian 2 mentakrifkan Melayu itu seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap Melayu, dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam hal ini pemerintahan atas nama bangsa Melayu tidak sekali-kali memperalatkan agama untuk mencapai cita-cita politik. Sekali gus, pengasingan agenda politik dan eksploitasi hukum hakam agama dengan ajaran sebenar agama daripada aspek ibadat, syariat dan akidah umat Islam. Adaptasi By M
Kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu
Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.
Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.(Sumber ordemelayubaru.blogspot).
Jadikan pedoman wahai anak-anak muda,
jangan mencerca Bangsa sendiri,
jangan mencerca Kumpulan Sendiri,
Jangan mencerca orang Tua hari ini
Budi dan jasanya tiada galang ganti,
Bila PENYAPU menaiki lori,
Menyesal tidak berguna lagi.
By M.
TUJUH PERKARA ITU ADALAH:
Pertama:
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).
Kedua:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ketiga:
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Keempat:
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
Kelima:
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.
Keenam:
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh:
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM- KAUM LAIN.
*****INILAH TANAH MELAYU
Ganti sahaja Malaysia kepada Negara Tanah Melayu...setuju, selama ini kita diam sahaja, mangkin melampau pulak dia orang.(By Ga Plex /M)
Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.
Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.
Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November
1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?
Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.
Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.
Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.
Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.
Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang
(benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?
Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.
Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.
Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?
Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.
Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.
Tapi saya masih ingat..semasa saya menuntut di Penang Tahun 80an, bila seorang pensyarah mengatakan islam bukan agama rasmi..saya cuba bangun menjelaskan..namun secara sepontan rakan sekuliah dari kaum lain berpadu tenaga membela pensyarah tersebut sebab dari kaum yang sama..dan pensyarah tersebut hanya tersenyum sinis..hingga hari ini masih terasa sakitnya dalam hati ini...banyak iktibar saya dapati dari peristiwa tersebut. Itu hanya segelintir peristiwa..By Ga Plexs/M
0 comments:
Post a Comment