Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Monday 26 October 2009

Tahniah!! Sahabat Haji Sabak Uni.


26.10.09 Ayer Hitam
MAJLIS PELANCARAN PERSATUAN SAHABAT HAJI SABAK UNI DAN MERAIKAN BAKAL-BAKAL HAJI TAHUN 1430 HIJRAH Selasa, 20 October 2009
Persatuan Sahabat Haji Sabak Uni telah mengadakan majlis Pelancaran Persatuan Sahabat Haji Sabak Uni dan Meraikan Bakal-Bakal Haji Tahun 1430 Hijrah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, program itu merangkumi berdakwah secara moden bersesuaian dengan perkembangan dan kehendak semasa
''Kita jangan hanya bergerak di sekitar masjid tetapi turut melaksanakan pendekatan lain dalam berdakwah seperti mengedarkan pelbagai risalah yang boleh mengukuhkan perpaduan sesama sendiri'' katanya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam berkata demikian ketika merasmikan Persatuan Sahabat Haji Sabak Uni di Masjid Jamek Sabak Uni di sini semalam.
Persatuan itu ditubuhkan pada 8 November tahun lalu dan kini mempunyai lebih 100 ahli.
Sempena majlis tersebut, Samsol turut melancarkan laman web persatuan tersebut www.sahabathaji.blogspot.com yang diwujudkan khusus untuk menyebarkan maklumat mengenai aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan.

Yang Berhormat Datuk Samsolbari Bin Jamali
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Semarang
(Sumber Utusan Melayu) ByM Ga Plexs/T Wull

0 comments: