Tapak PASAR RABU Ayer Hitam
28.October 2009. Ayer Hitam.
PASAR RABU Ayer Hitam menjadi salah satu imej baru di kawasan Dun Semarang.
Pasar Rabu menjadi tumpuan masayrakat sekitar Ayer Hitam dan sentiasa dinantikan oleh setiap pengunjung dari luar daerah terutama para peniaga dan pemborong. Pasar tersebut meyediakan pelbagai jenis barangan kegunaan harian terutama kain dan pakaian dengan harga mampu milik dan sangat berpatutan. Keistimewaan Pasar Rabu ini hampir semua barangan dijual pada harga ”BORONG” yang tidak terdapat di tempat lain.
Operasi Pasar Rabu bermula seawal 6.30 pagi sehingga 12.30 tengahari setiap hari Rabu. Peniaga yang datang dari daerah dan Negeri selain Johor telah mula membanjiri tapak perniagaan Pasar Rabu seawal jam 6.00 petang hari Selasa. Kawasan dan tapak Pasar Rabu amat mudah dikunjungi kerana ianya terletak di persimpangan utama jalan Ayer Hitam ke Johor Bahru, Kluang , Yong Peng dan Batu Pahat.
Kemudahan meletak kenderaan dan tapak perniagaan yang luas menjanjikan urusan jual beli yang selesa dan selamat.
(Sumber M69)
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment