Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Friday, 25 December 2009

Kalah Di Arena Cyber, Blog Pro- Anwar Godam Blog Pro Kerajaan

Thursday, December 24, 2009 by Unit Media Baru PPUM ·
Filed under: Anwar Bengong, PKR Bengong

Sumber oleh Beruang Sakti http://unitmediabaru.blogspot.com/

Semenjak kebelakangan ini blog pro kerajaan seperti cendawan tumbuh selepas hujan..ini adalah satu perkara baik dalam menghebahkan kepincangan Pakatan Haprak yang baru sepenggal memerintah beberapa negeri di Semenanjung. Di Selangor, sumber dalaman memberitahu KGC bahawa Anwar telah membawa masuk 7 orang pakar dalam bidang IT dalam memantau dan juga melaksanakan beberapa sistem yang boleh dijadikan senjata dalam menangani hati rakyat. Ini adalah bukti sistem IT yang digunakan oleh AL-Juburi yang terbukti dihantar daripada negara Yahudi Amerika Syarikat.Beliau menggunakan sistem Email Blaster yang diselia oleh Election Email.
Ini adalah email yang dihantar terus ke Inbox kita.
Dibawah email tersebut dinyatakan email dihantar daripada Pejabat AL_Juburi di Petaling Jaya tetapi cuba korang subscribe di laman web Election email. Sistem ini hanya boleh diguna pakai oleh parti2 politik di US sahaja.Persoalan sekarang..bagaimana AL-Juburi ini boleh menggunakan sistem ini.Aku yakin beberapa kes blog prokerajaan di godam didalangi oleh mereka-mereka ini selepas mendapat arahan daripada AL-Juburi.Tidak boleh dinafikan bahawa blog prokerajaan akan terus digodam apabila PRU ke 13 bakal menjelang..Mereka menggunakan strategi melaga-lagakan di antara blogger prokerajaan dalam memastikan nama mereka bersih daripada sebarang kesalahan.Blog yang menjadi mangsa ialah blog analisisringan.blogspot.com yang dikendalikan oleh Kumbang dijadikan sebagai tapak dalam mengerakkan strategi mereka ini.Aku suka mengingatkan rakan blogger terutama di Selangor supaya lebih berhati-hati.

Kita sebagai blogger prokerajaan tidak harus mendiamkan diri dalam memastikan peperangan alam siber ini nanti dikuasai oleh mereka.Kepada mereka yang pakar dalam bidang IT, bangkitlah membantu mereka yang teraniaya ini. Aku seru rakan-rakan didalam IT hubungi teman2 kita yang teraniaya bantu mereka dan sama-sama berjuang demi agama, bangsa dan negara(Sumber oleh Beruang Sakti http://unitmediabaru.blogspot.com/) ByM69 Ajey Suggeh Group
Mereka sentiasa bersedia dan memulainya, kita bila?....
Oleh itu wahai rakan-rakan KU sekelian, sumbangkan lah Idea dan ceburi lak arena IT untuk sesama menyumbang demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air Melayu ini. Mungkin kita tidak mampu menyumbang dengan cara yang lebih Dominan, namun cukuplah sekadar yang kita mampu melalui IT. Buat masa ini Blog-Pro Kerajaan berjaya mengutarakan pendapat yang amat digeruni oleh kebanyakan blog-Pro Pembangkang.Semuga kita semua dapat meningkatkan kualiti mentaliti kita dalam bidang IT. By 69.

Thursday, 24 December 2009

Tahniah Pelajar PMR 2009 Parlimen Ayer Hitam. DSBJ


"Setinggi tinggi tahniah serta syabas saya ucapkan kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR dlm DUN semarang Dan Parlimaen Ayer Hitam... Kejayaan anda kebanggaan kami. Tahniah serta syabas juga kpd semua
'BERSATU TENAGA BERJAYA BERSAMA'
Tahniah Semarang!" Dari Datuk Samsol Bari Jamali. Adun Semarang
.
Bym69..

UMNO sila undur diri dari Pulau Pinang? SIAPA YANG PATUT UNDUR.....Rambut siapa yang LURUS?

(Foto Ikhsan dari http://manifestogwl.blogspot.com/)

Gerakan tidak mempunyai sebarang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang setelah tewas teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.

Cadangan supaya jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang diserahkan kepada UMNO, berasaskan realiti bahawa UMNO mempunyai 11 kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen di negeri itu.

Ahad lalu, Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menuntut jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu diserahkan kepada UMNO memandangkan Gerakan tidak mengadakan program menarik sokongan rakyat selepas kalah pada pilihan raya umum lalu.

Tegas beliau, tuntutan itu telah lama dibuat tetapi baru diumumkan setelah pihaknya mendapati Gerakan masih tidak melakukan apa-apa program sepatutnya.

Bagaimanapun, Presiden Gerakan, koH tsU kooN menolak permintaan pemimpin UMNO negeri itu sambil menyifatkan ia tidak perlu dibangkitkan semula kerana jelas sebarang perubahan tidak akan dipersetujui Gerakan.(Sumber Utusan Melayu)

Apa kataKu.
JELAS DAN NYATA, siapa sebenarnya SETIA KAWAN di Batu Kawan, Siapa Batu, Siapa Kawan. Mana KPI..The Key Performance Indicator (KPI). Kata orang kampungKu Wak Sariff Bekas KC Lapis Semarang "Bikin tak serupa Cakap"
M69.* Segala pendapat sila hantar melalui e-mail M69 dan kami akan up-load. Berani kerana benar. Ada orang berani walau pun tak benar,fitnah, fakta yang dah nyata.

Wednesday, 23 December 2009

UMNO sila undur diri dari Pulau Pinang? Siapa patut undur...


GEORGETOWN- UMNO Pulau Pinang diminta mengundur diri daripada Barisan Nasional (BN) jika tidak berpuas hati dengan kepimpinan Gerakan yang telah lama menjalankan amanah rakyat di negeri ini


Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng berkata, isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana UMNO dan Gerakan adalah pengasas kepada BN negeri yang sudah lama bekerjasama dalam memastikan tanggungjawab kepada rakyat dijalankan dengan baik.


“Tindakan UMNO (meminta jawatan Pengerusi BN negeri diserah kepada parti itu) dianggap keterlaluan, boleh menjejaskan hubungan baik yang sudah lama terjalin. Di mana hilangnya semangat setiakawan kita?,” katanya.

Rujuk Apa kata Orang Lain.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini berbeza dengan PP daripada DAP dan UMNO yang begitu agresif dalam urusan berkenaan.

‘‘Di Pulau Pinang, UMNO berjaya mendaftarkan 80 pengundi baru, DAP (60), Pas (30), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan MCA masing-masing 20 manakala Gerakan dan MIC kosong.

‘‘Di Selangor pada Oktober lalu juga, UMNO dan DAP masing-masing berjaya mendaftarkan 5,000 pengundi baru, Pas (1,000), PKR (300), MCA (250) sementara Gerakan hanya 40 orang dan MIC kosong.


Apa KataKu.
Eh!..Siapa yang patut,Sesuai. bertanggungjawab berundur. Kita semua tahu UMNO masih Kukuh dan terlalu akrif di P.Pinang(PP), masih boleh mempertahankan PP. Tapi mana Gerakan, dan yang lain-lain. Mana KPI anda.Lagi sekali MANA KPI ANDA? Kalau betul berwibawa kenapa satu Kerusi pun tak dapat. Syabas UMNO PP dan Melayu PP. Siapa lebih rakus dan ingin mengekalkan kuasa, tiada semangat setiakawan. Siapa yang tidak aktif dan hanya menanti keuntungan dari titik peluh orang lain, mungkin Gerkan hanya rasa hormat Pada DAP dan rakan SEKUPUNYA sahaja, dan tidak sanggup untuk mencari para pendaftar baru dan pengundi Baru. Jika telah boleh mentadbir 35 tahun , mana bukti, kesan positif dari Gerakan, malahan terus kecundang dan kehilangan PP. Apakah Agenda sebenar GERAKAN, kita tidak perlu tunggu dan lihat, kita sudah tahu dan jelas.
Kalau di Negara lain terutama Melayu..kita boleh fikir sendiri. Ini di Tanah Melayu pun ada manusia yang tidak mengenang Budi dan tak tahu di untung. Jadikan lah iktibar wahai anak-anak Melayu, jika orang lain mendapat sedikit Kuasa..apatah lagi kalau terus berkuasa, itulah keadaan gambaran yang akan dan pasti terjadi. Bersatulah kita, teguhkan iman, teguhkan ekonomi, teguhkan ilmu supaya Melayu terus hidup. By M69.

Kejamkah Komunis?..


DITANGKAP dan disembelih hidup-hidup, darah menyembur keluar dari leher yang hampir putus, tubuh terangkat ke atas dan menggelepar menahan seksa sakratulmaut. Bunyi geruh menarik nafas akhir amat gerun dan memilukan. Tidak cukup dengan itu, walaupun batang tubuh sudah tidak bergerak dan basah bermandi darah, dagingnya ditakik pula sebelum dibakar dan dihumban ke dalam lubang sedalam paras paha.

Perbuatan kejam dan di luar peri kemanusiaan itu adalah gambaran kekejaman komunis yang bermaharajalela ketika era darurat dari 1948 sehingga 1960.

Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom pada 6 Ogos 1945. Sebaik mendapat khabar, komunis keluar daripada tempat persembunyian di hutan dan menunjukkan kekuatan dengan membunuh sesiapa saja yang di anggap memusuhinya.
Hubungan antara kaum ibarat paku berselirat. Mereka terlalu berhati-hati baik dalam pergaulan mahupun percakapan kerana takutkan musuh dalam selimut.
Si penjual sayur yang berjaja setiap pagi menjadi pembelot pada malam hari apabila membawa PKM mengepung kediaman penduduk yang lancang mengkritik komunis. Disebabkan tidak mahu ditimpa kesusahan, masyarakat ketika itu rela bergelap dan berkurung di rumah biarpun Maghrib belum menjelang. Adakah kita rela sejarah ini berulang dengan lebih dasyat dan kejam. Kita juga telah nampak bayangan KOMUNIS berwajah BARU. Berhati-hatilah kita wahai anak-anak Melayu, Bersatulah pada Agama dan Bangsa.Kuatkan tekad untuk membina Agama, Bangsa dan Negara.. ByM69.

Sunday, 20 December 2009

Syabas Dan Tahniah..UMNO Cahaya PUTERA..


Ucapan Tahniah dan syabas selayaknya diberikan kepada UMNO Cahaya PUTERA. Ketua Cawangan dan Semua AJKnya yang bergitu perihatin terhadap masyarakat sekitarnya. Walaupun ada yang mengatakan itu perkara terpencil, tetapi kalau tidak dimulai dari yang kecil, bila akan menjelmanya yang besar. Oleh itu janganlah mencaci, mencela UMNO dan Melayu. Mana pergi yang lainnya. Mungkin Pn. Yalliamah tidak kaya, bukan peguam, orang Estate mungkin tiada makna di hati mereka yang pudar sejarah yang tidak sayangkan Tanah Melayu. Pergilah ke Estate tersebut wahai rakan-rakan yang selalu mencela Kami Melayu dan UMNO..lihatla!.
Syabas untuk Tuan Zainuddin KC Cahaya PUTERA. Berita lanjut.http://umnocahayaputera.blogspot.com/
BY M69.

Saturday, 19 December 2009

Kelab Sepak takraw Ayer Hitam Dun Semarang.

Juara Team Campuran Tai Ayer Hitam.
Ayer Hitam 19 Disember – Kelab Sepak takraw Ayer Hitam akan menjalin kerjasama dengan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan-Cawangan untuk menyemarakkan semula kemeriahan sukan sepak takraw di DUN Semarang dan Parlimen Ayer Hitam amnya.Jurucakap kelab, Saudara Halim berkata selain untuk menyemarakkan sukan ini tujuan lain ialah untuk mencungkil bakat baru dan memberi pendedahan kepada remaja yang berminat untuk membangunkan sukan sepak takraw di kawasan Ayer Hitam. Kata beliau lagi, InsyaAllah pada 3 Januari 2010 akan di anjurkan pertandingan sepak takraw di Cawangan Pt. Siraj sebagai kesinambungan siri pertandingan yang di adakan sebelum ini. Pada 13 Disember 2009 yang lalu telah diadakan pertandingan sepak takraw di Gelanggang Parit Sonto yang melahirkan juara baru dari team campuran Tai Ayer Hitam. Penyampaian hadiah di sempurnakan oleh Sdr. Setiausaha UMNO Bahagian Ayer Hitam.(Sumber Oleh Sub_halid)Bym69

Pemuda Penuhi Tanggung Jawab Sosial.


Ayer Hitam 18 Disember – Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ayer Hitam dan Gerakan Belia 4B kawasan Ayer Hitam memenuhi tanggung jawab sosial mereka dengan bergotong royong membersihkan tanah perkuburan Pekan Ayer Hitam. Program ini di atur dengan kerjasama penduduk setempat khususnya penduduk Taman UPC dan JKK Kawasan Kota Dalam. Fokus gotong royong kali ini ialah membaik pulih dua buah bangunan wakaf tanah kubur dan aktiviti pembersihan seperti merumput, meracun dan membuang anak kayu. SM Zainudin Ketua Balai Polis Ayer Hitam yang turut serta dalam aktiviti gotong royong ini berpendapat daya usaha yang diambil oleh pemuda untuk bergotong royong sangat baik dan boleh merapatkan hubungan golongan dewasa dan golongan muda. Katanya lagi, usaha membaik pulih dan membersihkan bangunan wakaf tanah. (Sumber oleh sub_halid) ByM69

HIDUP UTUSAN MELAYU/MALAYSIA.

Tuduhan Setiausaha Agung DAP,Guan Eng semalam mendakwa akhbar ini bersikap perkauman, menyebarkan fitnah dan mempengaruhi media massa lain, Lim Guan Eng mendakwa bahawa Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi, menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu berpura-pura tidak tahu peranan akhbar vernakular di negara ini

"Apa yang peliknya apabila Utusan perjuangkan kepentingan Melayu seperti China Press memperjuangkan nasib Cina manakala Tamil Nesan mengutarakan isu-isu kaum Tamil?

Profesor Dr. Teo Kok Seong "Tapi persoalannya mengapa Guan Eng hanya memfokus kepada Utusan Malaysia? Dia pasti sedar peranan akhbar lain yang berasaskan kaum. Ini yang dikatakan ahli politik, pura-pura tak tahu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

"Lagipun, mengapa Utusan digelar sebegitu (penjahat) sedangkan semua orang yang banyak membaca tahu peranan akhbar itu memperjuangkan nasib kaum Melayu sejak sebelum merdeka lagi, ia bukan perkauman," tegasnya

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pula berkata, Guan Eng patut mencermin diri dahulu sebelum melabelkan pihak lain dengan gelaran negatif seperti penjahat.

"Guan Eng merupakan Ketua Menteri pertama dalam sejarah Malaysia yang memijak atau melangkah gambar pemimpin Melayu baru-baru ini, jadi tanya dia siapa lagi jahat dan perkauman," soalnya.(Sumber utusan Malaysia/MELAYU/Poloitik)

Apa Kata Ku.
Apakah yang sebenarnya tersirat pada hati beliau, benci akhbar berbahasa Melayu atau Racist dan tidak gemar akan Melayu hidup sempurna di Bumi bertuah bernama Tanah Melayu. Hanya inilah akhbar yang di panggil Utusan Melayu/Malaysia. Ini sahaja bahagian yang tinggal untuk Melayu..yang lain mana ada. Berfikiran waras lah sebagai Rakyat dan warganegara di Tanah Melayu ini. Aku ingin bertanya siapakah kaum paling Malang dan Rugi di Tanah Melayu ini?...kaum aku tidak silap tapi banyak diekaploitasi dan di putar belit. Aku tetap sokong UTUSAN MELAYU/Malaysia. Aku tetap sokong tulisan CUIT di Utusan. ByM69.

Friday, 18 December 2009

sIAPA mEREKA?


Semasa ditemuramah wakil2 Hindraf terdiri daripada Sdr Manogaran, S Jayathas dan Manikavasagam telah menegaskan perkara2 berikut:-

a. Hindraf tidak memusuhi orang Melayu tetapi UMNO
b. UMNO dituduh sebagai penyebab kemunduran kaum India di Malaysia. UMNO dikatakan telah menindas semua kaum2 minoriti di Malaysia termasuk lah kaum2 minoriti di Sabah dan Sarawak.
c. Mereka akan berjuang untuk mengesahkan pendaftaran Hindraf di Malaysia. Hindraf telahpun di daftarkan di London.
d. Kaum India seluruh Malaysia sedang mengadakan upacara yang sama seperti di Batu Caves dan kebangkitan Makkal Sakti akan berlaku dalam masa terdekat.
e. Pihak pengurusan Batu Caves juga didakwa tidak mengambil berat dan sensitif terhadap pergerakan Hindraf.


Apa Kata Rakan-rakan...

Setahu saye, UMNO itu org MELAYU, ckp je korang memang memusuhi org MELAYU, wat pe nak berkias2. Mundur tidaknye seseorang/sesuatu bangsa terletak pd daya usaha sendiri, dah korang yg tak nak berusaha nak salahkan org lain pulak. Dah dapat duduk kat BUMI MELAYU ni pun dh patut berterimakasih. Untuk pengikut HINDRAF & BANGSA2 LAIN di Tanah Melayu ni, pegi kaji ilmu sejarah dulu baru bole tanye korang ada tak hak nak meminta2 yg bukan hak korang & mempertikai kan hak Org Melayu yg sememangnye HAK.....Dan untuk semua Melayu, jgn hanye berdiam bile org lain cube memijak kepala kita sebagai tuan rumah di rumah kite sendiri....
Posted by:orgprk

Minta hindraf jangan lupa pada sejarah.Umno itu terlalu besar jasanya pada bangsa lain di malaysia ini.Umno telah membawa segala manfaat pada semua kaum terutama kaum india.Kalau ada kelapangan minta rakan-rakan dalam hindraf bacalah dan taakullah sejarah bagaimana kita rakyat malaysia boleh aman dan damai sehingga hari ini.Umno akan tetap unggul dan berjaya kerana "track record" dan jasanya pada rakyat malaysia.Hidup UMNO.
Posted by:PRO-KEDAMAIAN

Memang la dia orang ni tak mengenang budi. Yang buat silap tu pemimpin dia orang. Ni nak escape cari jalan bahaya, pi salahkan Melayu dan UMNO... pilih jalan konfrontasi. Siap kan diri korang semua wahai mat kicap.... akan kami belasah kamu sampai lunyai
Posted by:ali_majid

Apa Kata Ku.
Biasalah, kALAU Istilah Melayu dan UMNO pun tak tahu, tak faham ini membuktikan yang sesuatu kelompok itu melambangkan kedunguan DIRI dan kita tahu niat sebenar mereka, maka HUBAYA-HUBAYALAH bila KADUK NAIK jUNJUNG. HIDUP MELAYU. HIDUP UMNO. by m69.

(Sumber dan terima kasih ihsan dari http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1740359) BYM69 Ajey Suggeh Group.

Siapa LEBIH RACIST..Jangan ungkit.


Mereka Mahu "Kaum" Mengekang Mereka ?

Adakah suatu hari nanti akan ada Liga Peguam Tamil di negara ini bagi mengukuhkan pepecahan kaum yang mula disemarakkan oleh kaum Tamil di Malaysia?

Tidak dapat ditolak dari fakta bahawa keengganan kerajaan Malaysia mengiktiraf pengganas Tamil Eelam di Sri Lanka telah memberi bekas kepada negara ini. Sejak dari itu, golongan Tamil berpendidikan tinggi di negara ini yang menyertai DAP untuk berpolitik, semakin vokal 'membalas' layanan negara terhadap suku sakat mereka di Sri Lanka.

Lebih-lebih lagi apabila Malaysia memuji usaha Sri Lanka menghapuskan kumpulan gerila yang diisytiharkan lebih berbahaya dari Al-Qaeda.

Fakta tidak dapat disangkal dengan dakwaan ramai veteran dalam masyarakat bahawa kebanyakan pekerja Tamil yang masuk melalui Sistem Kangany yang diurus British, akan pulang ke Tamil Nadu setelah tamat kontrak di Malaya. KECUALI TAMIL SRI LANKA.

Hari ini, 'kudis lapuk Malaya' ini telah menjangkiti Australia dengan sentimen anti Tamil semakin berleluasa di negara tersebut sejak pelarian Tamil dari Sri Lanka )pasca kemusnahan LTTE) sanggup menaiki bot untuk meyertai saudara-mara mereka yang telah mendapat manfaat dari sistem negara kebajikan Australia.

Malaya adalah sebuah negara 'baik hati' dengan perlaksanaan dasar-dasar yang tidak radikal dan hanya sesuai dengan zaman tersebut.

Akibatnya hari ini, pihak fundamentalis Tamil memutar perlembagaan dengan menggunakan kesusahan dan kemurungan rakyat 'sebangsa' mereka atas nama hak, untuk menghentam kerajaan yang memerintah hanya kerana ia bertunjangkan sebuah parti Melayu.

Malah, fundamentalis Tamil dengan berbangga menyebut mereka berjuang menentang Melayu di negara ini yang disifatkan tidak adil kerana mempertahankan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan justeru, mempertahankan sebarang perlaksanaan hukum yang mementingkan Islam.
(Sumber IHSAN dan Terima Kasih http://ipohmalay.blogspot.com/2009/11/mereka-mahu-kaum-mengekang-mereka_23.html) BYM69.

Wednesday, 16 December 2009

Betulkah apa yang saya JUMPA?..

INI APA? APA NAMA?
Cuit 'mogok menulis' minggu ini...
EKORAN pojok Cuit minggu lalu bertajuk India di India, India di Malaysia tiga laporan polis telah dibuat ke atas kolumnis Zaini Hassan dan Utusan Malaysia

****Laporan Polis I

Pada 10 Disember lalu satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sentul Kuala Lumpur oleh ahli Pemuda MIC, T. Padmanathan.

Pengadu mendakwa artikel itu mengandungi unsur-unsur berupa komen dan cemuhan terhadap masyarakat kaum India dan memburuk-burukkan sikap mereka. Pengadu mendakwa artikel tersebut berunsur fitnah melalui kenyataan:

''India tetap India. Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.

"Namun, kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama. Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam dan kini menjadi ahli politik. Di Malaysia hanya orang India yang pandai-pandai sahaja yang sering buat bising. Mereka menguasai Majlis Peguam dan kini mereka sudah ramai di Parlimen, bukan mewakili MIC, tapi mewakili DAP dan PKR.

"Kerana mereka lantang dan suka buat haru-biru, suara mereka sering kedengaran.''

Laporan Polis III

13 Disember, seramai 15 lelaki India hadir membuat laporan polis di IPD Klang berhubung artikel yang sama. Akhbar Utusan Malaysia turut dibakar.

Untuk lebih lanjut sila baca ruangan CUIT Utusan Malaysia. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm&arc=hive

Apa kataKu: Aku haraf agar kolumnis Zaini Hassan, teruskan apa yang dilihat dengan fakta yang nyata, kalau sesuatu itu benar apa perlu di risaukan. Orang Melayu lagi hebat di keritik di Negeri sendiri tiada pun seorang dari kaum lain di Negeri kita ini membuat lapuran POLIS bila isu KETUANAN MELAYU di ungkit, hanya kita sahaja yang berusaha... Bacalah artikael sampai akhir, buat rujukan dan menilai diri sendiri..kalau silap buat perubahan diri..jangan marah kena CUIT sikit..oleh itu jangan suka CUIT orang lain.
"Pergilah melawat ke India, dan hayatilah erti kehidupan di sana, hayatilah erti kasta dan darjat, miskin dan kaya, seperti yang saya alami minggu lalu." Kata Zaini Hassan

Seburuk-buruk Malaysia, inilah tanah tumpah darah kita
CuBLAH KITA JENGOK..akhbar lain..
Jangan MOGOK...Tahniah dan syabas Saudara kolumnis Zaini Hassan. CUIT Lah..
By69.

Tuesday, 15 December 2009

UMNO Caw Cahaya Putera menganjurkan Pertandingan Karaoke.

UMNO cawangan Cahaya Putera akan menganjurkan pertandingan KARA-OKE suka-suka sempena sambutan tahun baru 2010.
Pertandingan ini akan diadakan dengan kerjasama ROHA CAFE Yong Peng.
Pertandingan akan dilangsungkan pada 25 dan 26 Disember 2009 ini bertempat di
ROHA CAFE Yong Peng (Tepian Sungai Sedi berhampiran Tol Yong Peng Selatan):untuk keterangan lebihb lanjut layari http://umnocahayaputera.blogspot.com/ Post ByM69.

Betulkah apa yang saya JUMPA?

Klik Gambar untuk lebih jelas.
Wahai rakan-rakan Ku, jika benar kisah di atas maka tahulah kita sekalian bahawa siapa TUAN bila mendapat kuasa. Islam, Melayu dan UMNO...
Apakah pandangan jauh di sudut hati Mu wahai rakan-rakan. BY69

Monday, 14 December 2009

INGAT..mengINGATI...apa orang buat pada MELAYU.

The scout team leading the procession at the traffic light juction in front of Lot 10 shopping complex in Jalan Bukit Bintang, KL. Mana pergi Bahasa Malaysia?/Melayu. Ini di mana?(Gambar ihsan dari mytomyam.blogspot.com/)

Bangsa lain megungkit Hak Melayu untuk menjadi juara bangsanya,mencela, menghina Melayu dan Agama Islam untuk kesenambungan bangsanya. Memuji dan mengingati bangsanya sendiri,komunis laknat ingin di bawa pulang, perarakan dijalanan membawa photo gandhi..mana perginya Melayu yang dikatakan Tuan.Bahasa Melayu telah lama dipinggirkan cuba di ganti bahasa penjajah, bukan kah lebih berani berterus terang ingin Hapuskan Terus Bahasa Melayu. Melayu*$#** mencerca bangsanya sendiri untuk menjadi juara orang lain.Ketuanan Melayu dan Islam dibangkitkan semula untuk menagih simpati dan sentimen orang bukan Melayu agar tidak lupa menyokong mereka.

Apakah tuntutan dan desakan yang dikemukakan selama ini tidak melambangkan ketuanan bangsa? Sekurang-kurangnya orang Melayu yang melaungkan ketuanan Melayu itu berterus-terang, membuka ruang kepada pandangan dan kritikan. Berbeza dengan bangsa lain di Tanah Melayu, lantang mengkritik, tapi bekerja senyap-senyap, sedar-sedar dah jadi. Mula-mula ditutup-tutup, bila tiba-tiba dibuka,hah! besarnya patung yang didirikan. Licik sungguh strategi mereka. Melayu, Jawa, Banjar, Bugis,Bumiputera dan Islam bila lagi? Takkan asyik berterus-terang dan ikhlas ..ingat orang tidak pernah menghargai Melayu dan UMNO. Andainya kerja berjalan bagus juga, tetapi antara kita termasuk saya(semuga Tidak)cakap banyak, kerja tidak berjalan. Orang lain, bangsa lain mencerca kita, bangsa kita. Agama kita. kita hanya... tunggu dan lihat, Jangan sesekali mencerca agama dan bangsa sendiri, ibarat MELUDAH Ke Langit.
Perhatikan, Nilaikan,Hipotesiskan,buatlah inferen dan Variable strategi mereka, ketuanan Melayu dipertikaikan diikuti selepas itu dengan mempersoalkan penggunaan dana kerajaan terhadap perkembangan syiar Islam seperti pembinaan masjid. Persoalan AKU Blogger Dun Semarang, apakah kerajaan negeri dan persekutuan tidak membantu pembinaan rumah ibadat bukan Islam? Jangan asyik menyatakan orang, tanpa mensyukuri toleransi yang berlaku. Inilah belang orang/bangsa yang memusuhi Melayu atas nama UMNO yang sebenar, pepat di luar rencong di dalam.
Lihatlah bagaimana bersatunya mereka ketika pembukaan rasmi bangunan Kek Lok Si dan patung Kuan Yin yang begitu besar di negeri ***** baru-baru ini. Ini tidak termasuk pandangan di Batu Caves. Wajarkah ia dibina dalam sebuah negara Islam sehingga menenggelamkan kedudukan bangsa dan agama Islam sebagai bangsa majoriti dan agama persekutuan? Adakah kebebasan ini diberikan kepada umat Islam di negeri China dan India mahupun Switzerland?Alangkah sedihnya melihat masjid babri yang dimusnah dan diganti dengan kuil Hindu. Adakah di Tanah Melayu seperti ini, berapa kuil yang dirobohkan untuk bina masjid? BERAPA..BERAPA..BERAPAAAAA..kita sering di fitnah merobohkan kuil. Kalau kuil di bina tanah milik orang...
Aku masih ingat semasa aku menuntut Di sebuah intitiusi Pengajian Tinggi di Pulau Pinang tahun 79 dan 80an, dalam satu kuliah di Makmal Fizik, satu sessi pembelaran,mereka pelajar cina dan india bersatu mengatakan bahawa Islam bukan agama rasmi di Malaysia termasuk pensyarahnya sekali. Akulah orang paling lantang menentangnya dan akhirnya aku ????? tapi aku puas memperjuangkan AgamaKu dan Akan AKU INGAT untuk keperturunkan pada anak bangsa dan agamaKu.
Maka Marilah kita Anak-anak Melayu, Jawa. Bugis, Banjar, Kampar,Bumiputera bersatu dan berHIJRAH. Hidup Melayu dan UMNO. Catatan ikhlas dari M69.