Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Saturday 19 June 2010

KOMUNIS dalam Ingatan...

BAPA KU di seksa dan dibunuh komunis Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden
dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).
'Ayah saya diseksa sebelum disembelih'
- "Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.

"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur
antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi
seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya."



Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang
dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian
dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat,Rengit,Batu Pahat Johor.

Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih
lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.

Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai
penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan
komunis.

"Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia
yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.

"Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada
hidup atau mati.

"Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan
rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.

"Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga
menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi
mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung
mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah
mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.

Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian
itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi
bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan
haram mereka, tetapi telah ditolak.

Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi
penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar
dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.

"Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung
kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi
sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah
berkenaan mati," katanya.

Dahulu dihujung hutan inilah tempat markas komunis dan sekarang telah bertukar menjadi Kawasan ladang Nanas.

Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih
awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan
dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura
pada masa itu.

0 comments: