Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 6 June 2010

BINTANG 3 Generasi Lama & Baru. 1945 Jangan Ulangi LAGI, INGIN, membawa cHIN pEng pulang?



'Siapa majoriti Bintang Tiga. Yang Berkuasa Selama 14 hari di Tanah Melayu’

Di beberapa negeri, daerah dan bandar yang dikuasai oleh Bintang Tiga selama empat belas hari, ribuan rakyat khasnya orang Melayu telah menjadi mangsa keganasan dan kekejaman pengganas komunis. Tanpa bukti yang nyata serta memakai ‘Law Of The Jungle’ hukuman rimba, pengganas komunis Bintang Tiga di bawah kuasa Chin Peng, telah menyeksa mangsa dengan kejam sebelum mereka dibunuh samada ditembak atau ditikam dengan pisau atau benet. Mayat mereka rata-rata dibuang dalam sungai atau ditinggalkan dalam hutan dimakan binatang buas dan ramai mangsa yang diculik tidak dijumpai hingga hari ini.
Di Batu Pahat, pengganas komunis telah membunuh dan menyeksa ramai penduduk Melayu kerana membalas dendam. Mereka menuduh dan mencipta fitnah nmengatakan, penduduk Melayu bersubahat dengan tentera Jepun hingga ramai penduduk kaum Cina dibunuh oleh tentera Jepun(Rujuklah sejarah Perang China dan Jepun di Tanah Besar China) .Pengganas Bintang Tiga yang berpengkalan di hutan dekat Bukit Pasir telah bertindak kejam dengan membunuh Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail bin Dato’ Abdullah. Berbagai cerita menyayat hati hingga kini yang ku dengari masih segar dalam ingatan.Orang-orang Melayu majoritinya menjadi mangsa 'Bintang Tiga'. Mereka dibunuh, dirogol dan disiksa. Api kemarahan orang Melayu tidak boleh dibendung lagi.Akibat tindakan pengganas komunis penduduk Melayu Batu Pahat telah bangkit menentang pengganas komunis serta penyokong mereka iaitu kaum Cina. Pemimpin penduduk Melayu ketika itu ialah Kiai Salleh yang pernah menjadi Penghulu Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat.Bandar Batu Pahat,Jalan Rahmat.

Mereka(Melayu) bangkit mempertahankan maruah bangsa dan agama. Panglima Kiyai Salleh mengetuai tentera 'Selempang Merah'di Batu Pahat.Paglima Kiyai Salleh Batu Pahat.no 4 dari kanan.

Jikalau cHIN pENG,pejuang kemerdekaan apakah niat mereka membunuh orang-orang Melayu yang tidak mempunyai senjata moden seperti mereka. Orang-orang Melayu Batu Pahat,Sri Medan, Parit Raja, Pt Yaani, Semberong, Senggarang, Rengit, yang hanya bersenjatakan 'parang panjang' sahaja. Apa tujuan mereka? Mereka pejuang kemerdekaan untuk siapa?, Untuk Cina, India, atau Tanah Melayu atau Republik Malaya seperti Republik Singapore, Kalau mereka berjuang untuk kemerdekaan Malaya kenapa orang-orang Melayu di bunuh?Kejamnya Komunis terhadap Melayu.

Kenapa orang India tidak di bunuh, kenapa pilih hanya Melayu, jawa, kampar, Banjar, Bugis, Kalau marah kepada British kenapa membunuh orang-orang Melayu? Kenapa bakar rumah Melayu? Kenapa rebus orang Melayu hidup-hidup? Marahkan nyamuk habis kelambu dibakar. Kenapa tak bunuh semua British, sebab itulah hingga sekarang HINDRAF masih menyanjung queeN eLIZEBERT dan British, kerana terselamat dari seksaan Komunis...aku belum dengar cerita , Komunis membakar rumah India dan membunuhnya, kalau di Eastate itu pun yang kena bunuh HOME GUARD Melayu dan pegawai British.
Ingat bagaimana rumah orang Melayu di bakar. Orang Melayu di rebus di Pt Yaani, di Simpang Enam, Rengit.Belukar ladang Pinepple hujung Sg Dulang Darat, Merlong dan Jambi.Ladang Pinepple.

Imam di tangkap dan di gantung hidup-hidup di Jambatan simpang Pt Raja Darat. Mayat orang Tua Melayu di tanam Di Batas Keledek di Sungai Lurus, dan bemacam lagi. 7orang pemuda Melayu ditangkap setelah pulang menonton Fun Fair sebagai perangkap di Batu Pahat di kawasan Bukit Kelicap dan tidak pulang sehingga hari ini, warisnya masih boleh lagi bercerita kisah benar ini kepada Ku.

'Nyawa dan Darah Melayu membuktikan Chin Peng bukan Pejuang Kemerdekaan' Anak Batu Pahat tidak akan lupa, anak Melayu seperti Ku tidak akan lupa, begitu juga dengan orang-orang Melayu di tempat lain yang menerima nasib yang serupa.Home Guard, Semuanya Melayu.

Oleh itu ingatlah..jika ada yang mempertikai hak Melayu, Kesultanan Melayu dan Agama Islam di bumi bertuah ini. sebenarnya mereka ingin berundur semula ke zaman"Bintang Tiga" dalam bentuk generasi baru. Pada waktu tersebut siapa yang sebenarnya akan rugi BESAR. Ingatlah wahai anak bangsaKu yang ingin kedamaian dan Kehormatan Bangsa, Bersatulah kita di bawah satu Wadah..UMNO, Semuga ALLAH SWT melindingi kita. Selogan Perpaduan hanya kita Melayu sahaja yang sering meniup wiselnya. ByM69.

0 comments: