Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Wednesday 29 July 2009

KELAB ANSOR

Pasukan Persatuan Imam-Imam Daerah Batu Pahat.



Pada 10 Febuqri 2008
Jam 10. 30 pagi
Bertempat di Perkarangan Masjid Bukit Kuari KELAB ANSOR peringkat Parlimen Ayer Hitam telah dilancarkan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang / Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam. Sempena pelancaran tersebut satu perhimpunan dan perbarisan di adakan. Peserta yang mengambil bahagian antara lain ialah ahli rakan muda masjid-masjid, ahli jkkk, persatuan belia, pelajar-pelajar sekolah agama, ahli kelab ansor dan ahli-ahli persatuan imam-amam daerah Batu Pahat. Kelab Ansor ini ditubuhkan untuk menyuburkan semangat kesukarelaan dalam masyarakat, mebangkitkan kesedaran keperluan amal jariah, memartabatkan kembali amalan gotong royong dan tolong menolong dan membina semangat kejiaran antara masjid-masjid serta menjaga kepentingan umat Islam sejagat. Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Zalil baron Pengarah jabatan Agama Islam Negeri Johor, Pegawai Pendidkan Agama Daerah Batu pahat dan pemimpin masyarakat di Parlimen Ayer Hitam.
(Sumber S/U UMNO Bhg Ayer Hitam. Halid Saat)By M

1 comments:

Anonymous said...

Adakah kelab ini masih aktif lagi?