Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 26 July 2009

Sepanjang Jalan Kenangan by Halid Saat



Pada 29 Julai 2006 Jam 10.00 pagi YB DSBJ ADUN Semarang, telah menyempurnakan majlis pecah tanah sempena bermulanya pembinaan balairaya Kg Pt Khassan Jegol. Balairaya ini mendapat peruntukan drpd kementerian Luar Bandar dan Wilayah sebanyak RM 50,000.00. pembinaannya dilaksanakan dengan kaedah gotong royong. Majlis pecah tanah ini diadakan sempena minggu Gerak Tumpu Dun semarang yang di adakan pada bulan Julai 2006turut hadir pada majlis ini ialah sdr Mohd Kamal Harun Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Allahyarham Hj Abu bin Maana Naib Ketua Umno Bahagian, sdr Zainal Jalil Ketua UMNO cawangan Pt Khassan Jegol, Puan Kasmirah Tukimin Ahli Majlis Daerah Yong Peng dan pemimpin masyarakat di bahagian ayer hitam. Tapak bangunan balairaya ini didirikan bersebelahan dengan bangunan kelas tabika Kemas Kg Pt Khassan Jegol. Dalam ucapan perasmian, YB DSBJ mengharapkan supaya pembinaan balairaya ini menjadi lambang permuafakatan masyarakat lebih-lebih lagi ia dibina dengan kaedah gotong royong,(Sumber s/u UMNO Halid Saat)by M

0 comments: