Pematauan Anugerah Desa Cemerlang
Lokasi :Kg Pt Haji Ali
Tarikh :21.07.2009
Jam : 9.00 pagi
Parit Haji Ali terletak kira-kira 20 km dari Bandar Batu Pahat,7km dari Pekan Ayer Hitam dan 60 km dari Pontian Kecil. Manakala pekan terdekat ialah Pekan Parit Raja. Sebaik sahaja memasuki perkarangan kampungan ini, pengunjung pasti terpegun melihat kawasan perkampungan yang bersih. Rumah-rumah penduduk yang dicat menggunakan pelbagai warna memberikan pandangan yang ceria serta menarik. Sekeliling kawasan rumah-rumah ini pula dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan hijau yang mengeluarkan berbagai-bagai jenis bunga yang cantik dengan pelbagai warna.Aktiviti pertanian dan kepelbagaian sumber pendapatan dapat menjadi contoh kepada kita semua disamping kerukunan hidup antara penduduk di bawah kepempinanan Adun Semarang Datuk Samsolbari Bin Jamali serta JKKK Pt Haji Ali.
Tahniah dan semuga berjaya.
(Sumber YB Datuk Samsol Bari 11.45mlm 20.07.09) By M
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
1 comments:
tahniah diatas pencalunan kg hj ali sebagai peserta pertandingan anugerah desa cemerlang 2009. Bilangan kampung rangkaian yang banyak serta saiz kawasan kampung yang besar tidak menghalang pembangunan serta permuafakatan di ikat untuk kesejahteraan masyarakat. Kepimpinan yang komited dikuatkan dengan sokongan padu anak buah yang berbagai kelayakan dan kemahiran menjadikan kampung ini sebagai kampong yang berpotensi tinggi dan layak untuk dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Desa Cemerlang 2009, sekurang kurang diperingkat daerah batu pahat.
Post a Comment