

sumbangan kepada peserta jambore budaya serumpun ke 11 di bumi perkemahan kabupaten sambas kalimantan barat indonesia.
2 orang ahli pengakap, muhamad Ammar fitry bin Abdul Rahman dan Mohamad Amir bin Md Hairol terpilih ke jambore budaya serumpun ke 11 di bumi perkemahan kabupaten sambas kalimantan barat indonesia dari 14-18 Disember 2010. pada 12 Disember lalu, pihak Umno Ayer Hitam menyumbang RM 200.00 seorang sebagai tanda sokongan kepada duta-duta kecil ini. Tahniah dan syabas kami ucapakan kepada mereka berdua kerana terpilih untuk turut serta, semuga pengalaman di Sambas Kalimantan akan menjadi pendorong sebgai anak Melayu yang sejati dan bertanggungjawab terhadap Bangsa, Agama dan Tanah Melayu ini.(Sumber Berita dan Foto dari Pejabat UMNO Ayer Hitam) By M69.
MARI SYAHADAH
KEPERCAYAAN KEPADA tuhan.
KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T.
Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka.
MARI MENGUCAP. ByM69
Friday, 17 December 2010
Sokongan UMNO Ayer Hitam ke Jambore Budaya Serumpun
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Friday, December 17, 2010
1 comments
Labels: Umum
Perkemahan Budaya Serumpun 2010, Indonesia, Malaysia, dan Brunei Darussalam

Jambore Perkemahan Budaya Serumpun 2010, di Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat. Para pesrta dari Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam bermula 14 hingga 18 Desimber 2010.Upacara Pembukaan Kemah Budaya Serumpun Indonesia-Malaysia-Brunei 2010 , pada Hari Rabu, 15 Disember 2010.
Upacara Pembukaan dihadiri oleh Menkokesra Agung Laksono. Turut serta Ybhg Dato’ Kaharuddin Bin Momin, Ketua Pesuruh Jaya Pengakap Malaysia, Ybhg Datuk Haji Awang Zaini.
Bupati Kabupaten Sambas, Burhanuddin A. Rasyid, mengharapkan masyarakat menyokong dan bekerjasama untuk terlibat aktif menjayakan Perkemahan Budaya Serumpun tiga negara Asean, Indonesia, Malayusia dan Brunei Darussalam.

Sementara itu, berdasarkan data, jumlah peserta seramai 1750 orang.
Peserta dari Malaysia 500 orang dan Brunei Darussalam 100 orang.(Sumber Berita dan Foto dari http://www.kaskus.us/showthread.php?p=329742396) By M69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Friday, December 17, 2010
0
comments
Labels: Umum
Wednesday, 15 December 2010
10 Muharram dan Bubur Asyura.
Adalah disunatkan bagi kita untuk berpuasa pada dua hari iaitu samada 10 & 11 Muharram atau 9 & 10 Muharram .Pada tahun 2010, 10 Muharram adalah pada hari Khamis, 16 Disember 2010. Disunatkan berpuasa selama dua hari? Ini kerana orang yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram bagi memperingati atau meraikan kemenangan Nabi Musa a.s ke atas Firaun. Rasulullah s.a.w menyatakan kita (umat Islam) lebih layak meraikannya. Maka berpuasa dua hari membezakan kita dengan amalan yang dilakukan oleh golongan yahudi, tetapi tidak di larang jika berpuasa pada 10 Muharram sahaja, yang paling utama niat kita berpuasa kerana Allah SWT.
Para ulama memberikan pelbagai pandangan dalam hal ini. Kita ringkaskan di sini, puasa 'Asyura boleh dilakukan:
- pada 9,10 dan 11 haribulan (tiga hari)
- pada 9 dan 10 haribulan (dua hari)
- pada 10 dan 11 haribulan (dua hari)
- pada 10 haribulan sahaja (sehari)
Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya berpuasa pada 10 Muharram boleh mengkaffarahkan dosa setahun sebelumnya. MasyaAllah, banyak tu. Dikaffarahkan dosa kita setahun yang lalu. Jadi adalah sebaiknya kita cuba merebut peluang ini untuk sama-sama berpuasa. Alhamdulillah, penduduk Taman Intan, Pt Raja. akan menganjurkan majlis berbuka dan membuat juadah Bubur Asyura secara bergotong royong. Asal bubur Asyura, ceritanya kurang pasti akan kebenaran kisah di zaman Nabi Nuh a.s yang diceritakan dari turun-temurun,Ini kerana Asyura bermaksud “Hari ke 10″ jadi kalau bubur Asyura maksudnya” bubur pada hari yang ke 10″. Tapi tidaklah menjadi salah sekiranya nak dibuat bubur ini kerana dapat mengeratkan silaturrahim sesama umat Islam serta menggalakkan kita untuk bersedekah. Boleh mengacau bubur tetapi yang penting adalah puasanya…
Jangan dilupa juga untuk melambatkan sahur dan mencepatkan berbuka. Orang yahudi berpuasa dengan mempercepatkan sahur (bersahur awal) dan melambatkan berbuka kerana ingin menunjuk-nunjuk bahawa diri mereka hebat dan mampu menahan lapar pada masa yang lama. Ini bukan fitrah manusia dan kerana itulah Islam tidak menganjurkannya. Malahan makhruh untuk bersolat sekiranya makanan sudah terhidang. By m69.
(Rujukan sebaikbaikcahaya.wordpress.com/)
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Wednesday, December 15, 2010
0
comments
Tuesday, 14 December 2010
Projek..Pondok...Meng Aib Kan.. UMNO Lapis Semarang
14 Dec 2010 Lapis Semarang.
Projek membina Pondok Bas di kampung lapis Semarang. telah mendapat kelulusan, peruntukan telah di keluarkan oleh UMNO Dun Semarang. Namun sehingga kini hampir 3 tahun masa berlalu, pondok ini hanya setakat tiang sahaja dan belum dapat di manfaatkan oleh penduduk kampung, khas anak-anak sekolah yang sering menunggu bas. Pondok Bas yang lama telah di robohkan dan anak-anak terpaksa berpanas menanti bas. Penduduk kampung sering merungut dan menyalahkan UMNO. Seorang penduduk Lapis Semarang Mantan Ketua UMNO Cawangan Lapis Semarang En Shariff Bin Hashim, memberitahu, "projek ini SEPATUTNYA sudah siap lama, waktu saya menjadi Ketua Cawangan banyak kemudahan saya dapat, tiada satu pun yang terbengkalai seperti ini. Perbuatan tidak bertanggung jawab seperti ini memalukan dan menjatuhkan Martabat UMNO, peruntukan datang dari UMNO, tetapi pelaksana yang tidak prihatin dan memalukan UMNO. UMNO tidak salah, yang salah AJK UMNO Cawangan yang kurang peka dan tidak memantau. Projek seperti ini pun terbengkalai apatah lagi projek juta-juta.Saya tidak mahu ianya menjadi isu besar,saya sayangkan UMNO, saya rasa terpanggil untuk menyuarakan pendapat, telah beberapa kali yang suarakan dalam beberapa perjumpaan dengan AJK UMNO dan JKKK namum tiada tindakan. jangan fikir kami semua ini tidak berpelajaran, bukalah mata wahai Ketua Cawangan, Ketua Pemuda jangan memalukan Parti dan orang kampung"
ujarnya lagi " Kita tidak boleh salahkan UMNO Bhg,YB Datuk Samsol, kerana mereka telah melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin..saya temui saudara Blogger untuk membuat aduan ini...dan menantikan tindakan selanjutnya..ingat projek ini telah hampir 3 tahun tidak siap..kontraktor yang mendapat projek ini sila ambil perhatian..jangan membuta mata dan mem pekak telinga..saya sebagai penduduk yang prihatin akan sentiasa memantau demi kemajuan kampung dan UMNO Lapis Semarang".
Di ucapkan terima kasih kepada Wak Sariff kerana sudi meluahkan perasaan dan membuat aduan, semuga mendapat perhatian pihak yang terlibat. By M69.
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Tuesday, December 14, 2010
0
comments
Labels: Aduan Masyarakat.
Monday, 13 December 2010
terima Kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Samy Vellu dilantik Duta Khas ke India, Asia Selatan.
"KUALA LUMPUR 12 Dis. - Kerajaan hari ini mengumumkan pelantikan bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu sebagai Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam bidang infrastruktur".
Wahai Chua S L dan Samy V serta rakan-rakanNYA, lihatlah KE Tuanan Melayu..KeDaulatan Melayu. Adakah kamu menjadi hamba di Tanah Melayu ini. Siapa sebenarnya Tuan...siapa yang sering membuat onar dan ugutan...seorang Hamba tidak akan meng ugut TuanNYA. Siapa Tuan sebenarnya. Buka lah MATA MU..betapa baiknya "Big Brother" Small Brother" yang kau ucapkan penuh angkuh dan biadab. Kalau UMNO ini zalim..pasti Samy Vellu tidak merasa "Duta Khas ke India". Saya dapat rasakan kalau orang lain selain Melayu dan UMNO yang memerintah..jangan haraflah Samy Vellu akan merasa semua anugerah ini. Terima kasih DSNJ. Setelah beberapa kritikan terhadap Melayu dan PemimpinNya..kau tetap juga mendapat penghormatan...boleh kau berbuat bergitu kalau Melayu...yang kau pimpin.... Wahai anak bangsaku..lihatlah kepimpinan Melayu..amat baik dan berbudi...tapi kita masih sentiasa di hina di keji..;
Lihatlah AngkuhNya mereka..Bila kalah Salahkan BN dan UMNo..bila MINANG..diri sendiri yang kononya berwibawa.. huh...">"Sapa berani lawan sama saya. Ampat puluh lima kali masuk tanding, saya juga minnang (menang)".[2] Akan tetapi selepas keputusan pilihan raya diumumkan, beliau dikatakan berkata pula: "Rakyat marah sama BN, bukan sama saya".[2] Dilihatkan daripada segi yang lain, komen itu membayangkan pengakuan bahawa kemenangannya dalam pilihan raya disebabkan oleh Barisan Nasional dan bukan kerananya, iaitu "rakyat pilih BN, bukannya".
oleh itu kita perhatilah sesama kita apa yang YAB Tun Dr Mahathir telah perkatakan.ByM69.
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Monday, December 13, 2010
0
comments
Labels: Umum
Thursday, 9 December 2010
Buktikan..bukan sekadar CAKAP patriotisme..

Ahmad Zahid nafi pertikai patriotisme bukan bumiputera.
Ahmad Zahid sewaktu sesi menjawab soalan lisan Datuk Mohd. Jidin Shafee (BN-Setiu) pada 9 November lalu mengenai pecahan anggota tentera mengikut kaum berkata pihaknya mendapati penyertaan kaum bukan bumiputera terutama di kalangan orang-orang Cina dan India masih berkurangan berkemungkinan disumbangkan atas faktor-faktor kerana kekhuatiran terhadap disiplin yang ketat dalam ATM.
"Atau berkemungkinan kerana ganjaran yang kurang menarik berbanding dengan tawaran yang diberikan oleh sektor swasta atau berkemungkinan kerana masalah tiada galakan daripada ahli keluarga ataupun berkemungkinan kerana semangat patriotisme belum cukup tinggi atau mungkin kerana masyarakat di kelompok etnik berkenaan kurang menggalakkan penyertaan dalam ATM kerana pelbagai prasangka yang negatif," kata Ahmad Zahid.
Sehari selepas itu, akhbar The Star dan Guang Ming Daily memetik kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Ahli Parlimen DAP M. Kulasegaran yang menuduh Zahid mempertikai kesetiaan dan integriti kaum bukan Melayu ketika menjawab soalan itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid menyeru semua pemimpin parti politik walaupun berbeza fahaman, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpina masyarakat, dan persatuan belia supaya berganding bahu meningkatkan penyertaan bukan Bumiputera dalam ATM.
"Ini untuk kita menjayakan gagasan 1Malaysia sebagaimana yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya
rtikai patriotisme bukan bumiputera.
Dun Semarang Akar UMBI UMNO..DS Dr Ahnmad Zahid..jangan MOHON MAAF..teruskan pendirian kita..
Saya menyokong penuh apa yang dikatakan oleh Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Kalau bukti, fakta dan statistik lengkap, (Beliau mendedahkan rekruit berbangsa Cina dan India masing-masing hanya berjumlah 1.2 peratus daripada jumlah yang diterima sepanjang tahun 2008 dan 2009).
apa lagi yang perlu di persoalkan lagi. Siapa sebenarnya MEMANG tidak PATRIOTIK...mengapa CSL dan M. Kulasegaran bernada seimbang. Itulah hakikatnya kalau sesuatu perkara menyentuh berkaitan kaum dan di sebut oleh Melayu...wah wah mereka akan melenting menjadi JAGUH..untuk membela kaumnya. Apa Peranan MCA CSL dan DAP M k Ulasegaran buat selama ini untuk mengatasi masalah ini..anda setakat Naga yang tidur dan labi labi yang hanyut. Mana MODUL amda, mana kertas kerja anda..mana mana..Kamu hanya tahu mempertikai Melayu dan Kedaulatan Melayu dan dungu untuk perkara membina Negara Bangsa yang maju bersama.Siapa yang sebanarnya PENGECUT wahai M k Ulasegran.
Sampai bila perkara seperti ini akan berlanjutan.Ingatlah waktu ini kamu tidur LENA kerana negara ini AMAN....adakah anda dan kumpulan anda ingin 13 Mei berulang kembali, justru itu CSL dan M K ulasegran akan bergabung menentang Melayu..oh! Oh! silakan. Ingatlah wahai anak Bangsaku..kita tidak akan rugi,kalau mereka inginkan semula 13 Mei... bersatulah..bacalah..ingatlah surah Al-Asr.(By Ajey..Siapa lebih BIADAB)
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Thursday, December 09, 2010
0
comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO, Umum
Wednesday, 8 December 2010
Daulat Tuanku...Kedaulatan Melayu. Hamba Ahli Akar Umbi UMNO Dun Semarang, menjunjung perintah ke bawah Duli.SETUJU, yang menderhaka sila BERAMBUS...

Ketuanan Melayu lebih sesuai disebut “kedaulatan Melayu” kerana ia mencakupi kedudukan Raja-raja Melayu dan rakyatnya dan bukannya soal antara “tuan” dan “hamba”, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Menurut baginda apabila British memberikan kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.
Ini kerana, awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya, titah baginda.
“Sejak dulu lagi, ketika negeri-negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagi tetamu dan memberikan mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Tanah Melayu. Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum lain terus juga dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan,” titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah sistem raja dan kerajaan Melayu yang telah wujud ratusan tahun dahulu tidak pernah putus malah kekal sehingga ke hari ini serta termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut baginda, konsep kedaulatan Melayu yang merangkumi kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan hak-hak lain juga tidak pernah melihat orang lain sebagai orang luar di negara ini.(Ihsan Berita dari GAP.
http://malaysianewsnetwork.net/portal/2010/12/istilah-ketuanan-wajar-ditukar-kepada-kedaulatan-melayu/)
Wahai anak-anak BangsaKu..ingatlah..seruan Tuanku. Bersatulah kita semua dibawah satu payung yang menjamin masa depan kita dengan restu Allah SWT. Semuga kita menjadi Melayu yang Berdaulat. bukan Melayu yang Berkulat. ByM69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Wednesday, December 08, 2010
0
comments
Labels: Umum
Tuesday, 7 December 2010
Buka MINDA...
byM69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Tuesday, December 07, 2010
1 comments
Labels: i-Tube
Samy berundur pada 1431 H selepas 31 TH...

Berundur selepas 31 tahun di tahun Hijrah 1431..bermakana MIC berHijrah Ke pimpinan..semuga yang datang LEBIH baik dari yang PERGI.
SAPA SAMY...
Samy Vellu Sangalimuthu (Lahir 8 Mac 1936), lebih dikenali sebagai Samy Vellu, dikenali sebagai Semi Value (Nilai Separa) di kalangan musuh politiknya[perlu rujukan] adalah seorang ahli politik Malaysia berketurunan India (Tamil) dan seorang ahli arkitek berdaftar. Beliau merupakan Presiden MIC dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979. Beliau merupakan bekas Menteri Kerja Raya Malaysia.
Kedua ibu bapanya merupakan seorang penoreh getah di Kluang, Johor, bersama-sama imigran India yang lain yang dibawa oleh penjajah British bekerja di ladang-ladang getah. Semasa remajanya, beliau pernah menjadi konduktor bas di GTC Bus Company, syarikat pengangkutan tempatan pada 1950. Kemudian beliau menjadi budak pejabat di sebuah firma arkitek. Dengan tidak putus asa beliau belajar sambil masa sehingga berjaya menjadi seorang arkitek yang bertauliah.
Samy Vellu mempunyai seorang anak lelaki, Vell Paari dan seorang anak perempuan. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Indrani, isteri kedua beliau yang merupakan seorang pemilik restoran.
Menantunya, Shaila Nair merupakan penyanyi terkenal yang selalu mengadakan persembahan di Malaysia dan Singapura. Shaila Nair dikatakan terlibat dengan skandal aksi berahi. Samy Vellu dikatakan tidak tinggal bersama Datin Seri Indrani.
ISU Hindraf, Samy Vellu telah pergi ke India untuk menerangkan perkara sebenar kepada Ketua Menteri Tamil Nadu, M.Karunanidhi tetapi Ketua Menteri tersebut enggan berjumpa dengannya kerana menyokong Hindraf(Samy Vell).[perlu rujukan]
Beliau juga pernah memecat beberapa pemimpin parti tersebut. Antaranya termasuklah bekas Naib Presiden, Tan Sri M. G. Pandithan kerana dikatakan telah menggunakan perkataan perkauman
Kekalahan Samy Vellu di Parlimen Sungai Siput telah dijangkakan oleh ramai pihak. Ada yang mengatakan bahawa ini berpunca daripada peristiwa Hindraf.[perlu rujukan] Bagaimanapun, sebelum pilihan raya diadakan, Samy Vellu dikatakan berkata: "Sapa berani lawan sama saya. Ampat puluh lima kali masuk tanding, saya juga minnang (menang)".[2] Akan tetapi selepas keputusan pilihan raya diumumkan, beliau dikatakan berkata pula: "Rakyat marah sama BN, bukan sama saya".[2] Dilihatkan daripada segi yang lain, komen itu membayangkan pengakuan bahawa kemenangannya dalam pilihan raya disebabkan oleh Barisan Nasional dan bukan kerananya, iaitu "rakyat pilih BN, bukannya".
oleh itu kita perhatilah sesama kita apa yang YAB Tun Dr Mahathir telah perkatakan.(Sumber Wikipedia)ByM69.
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Tuesday, December 07, 2010
0
comments
Labels: Umum
Monday, 6 December 2010
Salam Maal Hijrah 1432 " CG Malaysia CG Ummah"

“1Malaysia 1Ummah"Kami Ahli UMNO Dun Semarang Bersama YB Datuk Samsolbari Bin Jamali mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah 1432, serta menyambut Tahun Baru 2011 kepada, semua warga Malaysia, Johor, UMNO Bhg Ayer Hitam, UMNO Dun Yong Peng, khususnya DUN Semarang . Semoga pada tahun ini kita mendapat keberkatan hidup dari Allah SWT.Mari lah kita bersama-sama mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita serta mengembeling tenaga bagi kemajuan masyarakat setempat. Apa yang belum terlaksana dari tahun 2010, kita sama-sama dapat berusaha melaksanakannya dengan segera demi kemajuan serta keharmonian kita bersama dan masyarakat keseluruhannya. Marilah kita bersama berkhidmat di posisi masing-masing dengan lebih berkesan lagi. bagi kemajuan diri. Agama. UMNO dan masyarakat kita.Sekali lagi kami mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432 serta selamat Tahun Baru 2011. Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. Ia merupakan satu permulaan untuk ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah nabi kita yang kita sayangi Nabi Muhammad SAW. Amin. By M69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Monday, December 06, 2010
0
comments
Saturday, 4 December 2010
Kg Haji Mean,,,,mohon Balai Raya.
KAMPUNG HAJI MEAN – Penduduk Kampung Haji Mean, Sungai Bekok, Yong Peng mengharapkan pihak yang berkenaan membantu mereka mendirikan sebuah balai raya bagi memudahkan lebih kurang 200 penduduk untuk mengadakan sebarang aktiviti.Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang juga anak kepada pengasas kampung berkenaan, Mokhtar Mean, berkata sekarang ini penduduk kampung terpaksa menggunakan sebuah warung yang ada untuk dijadikan tempat mereka berkumpul.Menurutnya, kerana ketiadaan tempat khusus untuk mereka berkumpul dan berbincang bersama mereka menggunakan warung yang selalunya dikenali sebagai tempat penduduk kampung minum.
pembinaan balai raya berkenaan yang bakal di- gunakan sebagai pusat aktiviti kami yang sebelum ini kami terpaksa melakukan aktiviti berkenaan dengan tidak sempurna kerana tiada tempat yang khusus.
Mokhtar berkata, ada juga aktiviti yang terpaksa dibatalkan kerana tempat yang sesuai dengan apa yang dirancang tidak ada di kampung ini seperti apa juga pertandingan di peringkat kampung atau pun kursus serta ceramah.“Hendak menggunakan dewan orang ramai pihak majlis terlalu jauh yang berada di pekan Yong Peng dan sudah tentu ramai yang tidak dapat menyertainya serta ia agak tidak sesuai.

Menurutnya, tempat untuk didirikan balai raya berkenaan sudah ada dan hanya untuk menunggu pihak yang berkaitan sahaja mahu membinanya atau pun tidak.(Sumber Berita SINAR dan Fcebook Nuriyati/Subah) Berdasarkan maklumat di atas Saya telah ke Kg Haji Mean dan bertanyakan berkaitan berita tersebut, namun En Mokhtar tiada saya berjumpa salah seorang penduduk yang enggan namanya di siarkan, memang benar penduduk Kg Haji Mean memerlukan Dewan Orang Ramai untuk pelbagai aktiviti. Majoriti kami adalah ahli akar UMBI UMNO yang di bawah Dun Yong Peng. Setakat ini kami hanya memohon secara lisan sahaja
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Saturday, December 04, 2010
0
comments
Labels: Aduan Masyarakat.
Thursday, 2 December 2010
Balai BOMBA PT RAJA atau AYER HITAM


KEBAKARAN yang sering berlaku di kawasan Pt Raja dan Ayer Hitam seringkali memusnahkan segalanya, disebabkan Balai Bomba terdekat jaraknya hampir 20km di Batu Pahat dan Yong Peng. Keprihatinan pemimpin UMNO dalam memperjuangkan pembinaan Balai Bomba di sekitar kawasan PT Raja dan Ayer Hitam telah menampakan hasilnya. Di waktu ini satu projek pembinaan Balai Bomba sedang dilaksanakan di batu 19 Jalan Kluang, Ayer Hitam. Tetapi agak kurang sesuai di atas nama "Balai Bomba Pt Raja" kerana jarak dari Pt Raja sejauh 10km sedangkan jarak dari Pekan Ayer Hitam hanya 2km sahaja. Oleh itu kami cadangkan semuga tidak mengelirukan orang awam, ditukar kepada "Balai Bomba Ayer Hitam". Kami warga Dun Semarang mengucapkan terima kasih kepada UMNO yang sering memperjuangkan masalah masyarakat setempat. Tahniah dan terima kasih sekali lagi.
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Thursday, December 02, 2010
0
comments
Labels: Umum
Tahniah BOMBA SUKARELA Ayer Hitam.

Kemusnahan besar harta benda atau kehilangan nyawa akibat kebakaran dapat dielakkan melalui tindakan segera ahli masyarakat yang memiliki kemahiran mengawal bencana itu daripada merebak, sementara menanti kehadiran anggota bomba.
meningkatkan pengetahuan ahli masyarakat untuk mengawal kebakaran, usaha harus dilaksanakan bagi menubuhkan pasukan bomba sukarela terutama di kawasan perumahan atau kampung kerana pasukan seperti itu dapat memberi bantuan segera sebelum kehadiran anggota bomba.
Menyedari perlunya tindakan awal ketika kebakaran dan bantuan segera kepada mangsa, sekumpulan penduduk Ayer Hitam di sini, menubuhkan pasukan bomba sukarela sendiri yang bertindak sebagai pasukan pertama untuk memberi bantuan jika berlaku sebarang kejadian kerana ketiadaan balai bomba di pekan berkenaan.
Pasukan itu yang ditubuhkan pada 1989 dengan keahlian seramai 34 orang, mendapat latihan keselamatan kebakaran daripada anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat serta Yong Peng.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Ithnin Osman, berkata, penubuhan Persatuan Bomba Sukarela Ayer Hitam oleh penduduk itu, satu langkah tepat kerana peningkatan jumlah penduduk di sekitar pekan berkenaan
Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela Ayer Hitam, Ong See Tiam, pula berkata pada awal penubuhannya 20 tahun lalu, pasukan itu hanya menggunakan sebuah kenderaan pick-up untuk melakukan tugas menyelamat.
Kini, pasukan itu yang memiliki ahli lebih 70 orang sudah memiliki sebuah kenderaan yang dilengkapi peralatan memadam kebakaran terkini yang disumbangkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
"Kami sudah bergerak selama 20 tahun dan dalam tempoh itu, kami sudah berjaya membantu meringankan tugas anggota bomba.
"Dengan adanya lebih banyak pasukan bomba sukarela, saya percaya banyak kebakaran dapat dikawal daripada merebak, sebelum kehadiran anggota bomba," katanya
BY M69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Thursday, December 02, 2010
0
comments
Labels: Umum
Kebakaran Tragis di Kg Sri Paya Darat.

BATU PAHAT: Seorang ibu tunggal dan anaknya berusia tiga tahun, rentung dalam keadaan berpelukan dalam kebakaran di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, Lenny Mariyana Daud, 29, serta anak tunggalnya, Nur Sabihah Qasreena Mohd Nizam, dipercayai hanya sempat menjerit meminta bantuan ketika cuba menyelamatkan diri, sebelum maut dalam kebakaran berkenaan.
Lebih menyayat hati, anggota keluarga termasuk ibunya, Saringatin Jalal, 65 serta adik-beradiknya yang lain hanya mampu menangis melihat tragedi itu tanpa mampu berbuat apa-apa, berikutan api terlalu marak. Mayat Lenny Mariyana ditemui dalam keadaan membongkok seperti bersujud sambil memeluk erat anaknya untuk memberi perlindungan daripada api, di sudut tepi katil kira-kira jam 3 pagi, selepas anggota bomba berjaya memadam kebakaran. Menurut cerita kakak mangsa, Arwah baru pulang dari menghantar ibu berurut "Arwah terus membasuh baju dan bersolat sebelum tidur di biliknya kira-kira jam 1 pagi dan saya pula melakukan kerja di dapur sehingga kira-kira jam 1.30 pagi, sebelum berehat di ruang tamu. "Ketika berehat, saya terdengar bunyi hentakan lantai dari bilik arwah tetapi tidak mengendahkannya kerana mungkin arwah atau anaknya mengigau, tetapi bunyi lantai itu semakin kuat diikuti jeritan Lenny Mariyana meminta tolong serta tangisan anaknya, membuatkan saya tersentak dan terkejut. "Saya dan ibu bergegas ke biliknya dan membuka pintu, tetapi api marak menyebabkan kami tidak mampu mengeluarkan mereka dari situ," katanya.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor, Dr Robia Kosai, yang turut melawat keluarga mangsa bagi menghulurkan bantuan kecemasan iaitu wang, pakaian serta makanan.
Jenazah dua beranak itu dikafankan bersama dan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Parit Seri Paya dekat sini, selepas solat Zuhur, semalam. (Sumber Berita Harian Oleh Mohamed Farid Noh)Foto ihsan dari Pejabat UMNO UBAH ByM69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Thursday, December 02, 2010
0
comments
Labels: Umum
Kunjungan Kasih Pejabat UMNO Ayer HItam
Pak Cik Mohd Ali dihadapan rumahnya yang telah usang.
Kami telah menerima aduan dari penduduk setempat(26.11.2010) berkaitan masalah tempat tinggal keluarga warga emas. Butiran yang kami telah terima dan kami dari Pejabat UMNO Ayer Hitam telah berkunjung ketempat tersebut.
Penama : 1- Mohd Ali Bin Bachik
2- Petom Binti Jaffar
lokasi : Bt. 19½ Jln Batu Pahat, Ayer Hitam
Masalah : Rumah & penghuninya uzur
Tindakan Awal : Melawat tempat aduan pada 29.11.2010.
Tindakan susulan : Tindakan yang lebih konkrit pada masa akan datang.
Sdr. Fauzani bin Salubin bagi pihak UMNO Ayer Hitam dan Pemuda UMNO menyampaikan sedikit sumbangan kepada Pak Cik Mohd Ali yang uzur bersam isterinya Puan Petom.
(Berita dari Pejabat UMNO Ayer Hitam)ByM69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Thursday, December 02, 2010
0
comments
Labels: Aduan Masyarakat.























