Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Saturday 4 December 2010

Kg Haji Mean,,,,mohon Balai Raya.

KAMPUNG HAJI MEAN – Penduduk Kampung Haji Mean, Sungai Bekok, Yong Peng mengharapkan pihak yang berkenaan membantu mereka mendirikan sebuah balai raya bagi memudahkan lebih kurang 200 penduduk untuk mengadakan sebarang aktiviti.Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang juga anak kepada pengasas kampung berkenaan, Mokhtar Mean, berkata sekarang ini penduduk kampung terpaksa menggunakan sebuah warung yang ada untuk dijadikan tempat mereka berkumpul.

Menurutnya, kerana ketiadaan tempat khusus untuk mereka berkumpul dan berbincang bersama mereka menggunakan warung yang selalunya dikenali sebagai tempat penduduk kampung minum.
pembinaan balai raya berkenaan yang bakal di- gunakan sebagai pusat aktiviti kami yang sebelum ini kami terpaksa melakukan aktiviti berkenaan dengan tidak sempurna kerana tiada tempat yang khusus.
Mokhtar berkata, ada juga aktiviti yang terpaksa dibatalkan kerana tempat yang sesuai dengan apa yang dirancang tidak ada di kampung ini seperti apa juga pertandingan di peringkat kampung atau pun kursus serta ceramah.


“Hendak menggunakan dewan orang ramai pihak majlis terlalu jauh yang berada di pekan Yong Peng dan sudah tentu ramai yang tidak dapat menyertainya serta ia agak tidak sesuai.

Menurutnya, tempat untuk didirikan balai raya berkenaan sudah ada dan hanya untuk menunggu pihak yang berkaitan sahaja mahu membinanya atau pun tidak.(Sumber Berita SINAR dan Fcebook Nuriyati/Subah)

Berdasarkan maklumat di atas Saya telah ke Kg Haji Mean dan bertanyakan berkaitan berita tersebut, namun En Mokhtar tiada saya berjumpa salah seorang penduduk yang enggan namanya di siarkan, memang benar penduduk Kg Haji Mean memerlukan Dewan Orang Ramai untuk pelbagai aktiviti. Majoriti kami adalah ahli akar UMBI UMNO yang di bawah Dun Yong Peng. Setakat ini kami hanya memohon secara lisan sahaja Tapak cadangan Balai Raya Kg Hj Mean.
Saya mencadangkan agar beliau membuat permohonan secara hitam putih serta kertas cadangan dan saya sudi untuk membantu sebagai warga UMNO akar UMBI yang prihatin. Perkara ini akan dimaklumkan kepada YB Datuk Samsolbari dan Saudara Halid Saat (S/U Bhg)ByM69

0 comments: