Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Monday 6 December 2010

Salam Maal Hijrah 1432 " CG Malaysia CG Ummah"


“1Malaysia 1Ummah"Kami Ahli UMNO Dun Semarang Bersama YB Datuk Samsolbari Bin Jamali mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah 1432, serta menyambut Tahun Baru 2011 kepada, semua warga Malaysia, Johor, UMNO Bhg Ayer Hitam, UMNO Dun Yong Peng, khususnya DUN Semarang . Semoga pada tahun ini kita mendapat keberkatan hidup dari Allah SWT.Mari lah kita bersama-sama mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita serta mengembeling tenaga bagi kemajuan masyarakat setempat. Apa yang belum terlaksana dari tahun 2010, kita sama-sama dapat berusaha melaksanakannya dengan segera demi kemajuan serta keharmonian kita bersama dan masyarakat keseluruhannya. Marilah kita bersama berkhidmat di posisi masing-masing dengan lebih berkesan lagi. bagi kemajuan diri. Agama. UMNO dan masyarakat kita.Sekali lagi kami mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432 serta selamat Tahun Baru 2011. Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. Ia merupakan satu permulaan untuk ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah nabi kita yang kita sayangi Nabi Muhammad SAW. Amin. By M69

0 comments: