KEBAKARAN yang sering berlaku di kawasan Pt Raja dan Ayer Hitam seringkali memusnahkan segalanya, disebabkan Balai Bomba terdekat jaraknya hampir 20km di Batu Pahat dan Yong Peng. Keprihatinan pemimpin UMNO dalam memperjuangkan pembinaan Balai Bomba di sekitar kawasan PT Raja dan Ayer Hitam telah menampakan hasilnya. Di waktu ini satu projek pembinaan Balai Bomba sedang dilaksanakan di batu 19 Jalan Kluang, Ayer Hitam. Tetapi agak kurang sesuai di atas nama "Balai Bomba Pt Raja" kerana jarak dari Pt Raja sejauh 10km sedangkan jarak dari Pekan Ayer Hitam hanya 2km sahaja. Oleh itu kami cadangkan semuga tidak mengelirukan orang awam, ditukar kepada "Balai Bomba Ayer Hitam". Kami warga Dun Semarang mengucapkan terima kasih kepada UMNO yang sering memperjuangkan masalah masyarakat setempat. Tahniah dan terima kasih sekali lagi.
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment