Adakah kerana JOM ianya jadi "Jelajah One Malaysia', mengapa? "Satu" dalam Bahasa Malaysia/Melayu hendak di pinggirkan.Malukah atau tiada nilai komersial menggunakan "Jelajah Satu Malaysia". Elok bunyinya "JOM Jelajah Satu Malaysia". Kalau susah sangat tulislah no 1. Mengapa harus ada Bahasa yang macam Bubur Cha Cha. Adakah ianya ingin menghormati komponen BN maka harus menggunakan "ONE". DSN sering menyebut Satu Malaysia dalam urutan dan situasi berbicara, tetapi ini agak bertentangan...adakah ini hanya sekadar GIMIK, atau telah dirancang sejak awal. Walaupun makna dan tujuan nya sama, jangan orang diluar sana senyum sinis. Mungkin ada yang tersirat antara "Satu Malaysia" DSN dan "Jelajah ONE Malaysia" Saudara KJ. jika Aktiviti Anjuran TV3 "Sure Heboh" boleh dengan rasa ikhlas dan kebertanggungjawab di tukar kepada "Jom Heboh" oleh pihak pengurusan..bagaimana aktiviti seGAH ini boleh menular seJauh Negeri Johor, cadangan saya kalau sudi tukarlah ke Bahasa Kebangsaan..kalau tidak kita siapa lagi...kalau tidak UMNO siapa lagi..jangan tunggu PAS dan PKR menambahkan kebejatan..
HUBAYA-HUBAYA LAH...ByM69
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment