Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Thursday 29 July 2010

Zakat Perkasa Asnaf Dibela, MAIJ dan DUN Semarang

Puan Jamilah Mohammad menerima sumbangan dari Datuk Samsolbari bin Jamali.ADUN Semarang.
28 Julai Ayer Hitam – Masyarakat dan golongan muda diseru memberikan kerjasama sepenuhnya pada mana-mana badan yang berjuang membela nasib golongan tidak bernasib baik bagi menyemarakkan lagi usaha kerajaan untuk memastikan golongan ini dapat menikmati hidup setaraf dengan rakyat biasa. Seruan demikian dibuat oleh YB Datuk Samsolbari bin Jamali ketika menutup rasmi Program Kemasyarakatan anjuran Majlis Agama Islam Johor ( MAIJ ) bersama JPMM DUN Semarang serta JKKK Kawasan Sagil Ayer Hitam. Bersama hadir di majlis tersebut ialah Ustaz Azlan Bin Abdullah Penolong Pengarah Unit Agihan MAIJ. Kata beliau, objektif program antara lain ialah memberi pendedahan kepada pemimpin, masyarakat dan penduduk mengenali dan memahami fungsi, peranan dan tanggung jawab MAIJ melalui sumber zakat. Sempena program kemesyarakatan ini di adakan gotong royong membaiki rumah rakyat miskin dan upcara penyampaian bantuan bulanan MAIJ kepada penerima iaitu Noor Hazuan Yusran Pt Jambol ( Bantuan Hemodialisis ) Adik Putera Muhammad Amir bin Nordin Pt Sumarto ( Kos pengangkutan sekolah ) Puan Mariah bt Rahmat No 14 Jalan Intan Taman Intan Pt. Raja ( Bantuan Mesin Jahit ) dan Puan Jaimah bt Mohamad Lorong Jamil Bt 1 Jalan Yong Peng Ayer Hitam ( Kos lampin pakai buang ).YB Datuk Samsolbari Bin Jamali bersama Kelab Ansor MAIJ. Seramai 50 orang ahli kelab ansor Jabatan Agama Johor turut serta dalam program ini untuk menyiapkan rumah encik Ismail yang dibaik pulih kerana terlalu uzur. Dengan tema “Zakat Perkasa Asnaf Dibela” kelab ansor Jabatan Agama Islam Johor menjelajah keseluruh daerah untuk mentumbangkan khidmat bakti mereka. (Terima Kasih, sumber berita Oleh Abdull Halid Saat Sub_halid@yahoo.com.my)

0 comments: