Sikap Wee yang dengan biadap memanggil Ibrahim sebagai 'utter rubbish' seolah-olah mengikut perangai DAP yang ada agenda sendiri dan tidak menghirmati perjanjian.
KUALA LUMPUR 22 Jun - "Orang biadab tidak layak berada dalam Kabinet."
Itu kenyataan keras Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong yang dianggapnya tidak memahami Perlembagaan negara.
SALAH KAH MELAYU MEMPERTAHANKAN HAK MELAYU DI BUMI TANAH MELAYU INI....
*********Ibrahim juga mendakwa Ka Siong mempunyai sentimen perkauman tebal apabila mempertikaikan hak bumiputera untuk mendapatkan biasiswa.......
***********
"Ingatlah Ka Siong, janganlah anda mencabar hak orang Melayu yang telah banyak berkorban kepada kaum lain. Sikap biadab anda pasti tersemat dalam hati orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
"Pemuda MCA Wilayah Persekutuan dan Selangor berasa tidak puas hati terhadap rencana Suara Perkasa yang melabelkan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong sebagai ekstremis," kata Cheong Wei kepada pemberita selepas membuat laporan di sini hari ini.
Pergerakan Pemuda MCA hari ini secara serentak membuat laporan polis terhadap Pengerusi Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan terbitan Suara Perkasa berhubung siaran artikel bertajuk Tahan Ka Siong di bawah ISA dalam edisi sulungnya, yang disifatkan sebagai berbaur hasutan.
Laporan polis itu dibuat Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr. Kow Cheong Wei (Selangor) dan Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, Chiew Lian Keng pada pukul 3 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.
========
Ke mana hala tujunya Rukun Negara yang diamalkan di Negara ini.
"Kesopanan dan Kesusilaan"
Siapa sepatutnya perlu dihormati dan jangan sesuka hati memberi Gelaran pada seseorang 'utter rubbish', seorang yang berpelajaran sepatutnya menjadi contoh kepada anak muridnya tentang nilai murni..bukan asyik mempertikai hak Melayu dan 1 Malaysia sahaja. Apabila diri sendiri mendapat gelaran "ekstremis"..mengapa ada perasaan MARAH dan terGURIS..adakah kami yang bernama Melayu ini tiada mempunyai PERASAAN, tiada Maruah dan Harga diri. Adakah orang seperti anda tidak boleh dikritik, di sentuh, di beri gelaran...dan harus sentiasa di PUJI dan di sanjung dan diTATANG Bagai Minyak. Inikah 1 Malaysia yang kamu inginkan... Anda sewenang-wenangnya boleh memperlekeh kami Melayu, DEB, Ketuanan Melayu, Biasiswa, Agama dan bermacam lagi, dan kami Melayu MESTI menutup Mulut, diam dan jangan mempertikai Anda, jika kami bersuara kami Melayu skan di anggap RASIS, MENGHASUT tiada semangat
1 Malaysia.INGATLAH SEJARAH TANAH MELAYU INI...
Cuba rujuk Tulisan Blog ini pada.6.12.2009..apa tindakan Kementerian Pelajaran di bawah kelolaan+++ untuk memperbaiki keadaan ini...
AKIBAT tidak suka dan tidak mahu tahu SEJARAH..MAKA segala keBELANGan terserlah.
Ramai orang Melayu di sekitar Ku..AYER HITAM..memebri pendapat seperti ku. Mereka setuju apa yang aku kata..dan bila aku bertanya "Adakah Tuan menyesal?..."
Anda jawablah sendiri.
TOLONGLAH wahai MEREKA yang berkaitan Pelajaran dan pendidikan, yang lupa sejarah..Cuba perhatikan diwaktu ini, siapakah jenis orangnya yang tidak suka belajar Sejarah. Saya cadangkan agar pihak-pihak yang selalu MEMPERTIKAI Orang Melayu.. pergi ke Sekolah-sekolah dan buat statistik berapa ramai pelajar yang tidak hadir dalam peperiksaan SPM untuk matapelajaran SEJARAH, kelompok kan mengikut RAS. (Dalam bahasa mudahnya..ikut KAUM)Siapa mereka...Buat Conclusion dan penambahbaikan. Justru genarasi yang akan datang tidak lupa SEJARAH. Malukah belajar sejarah atau Sejarah Tanah Melayu tidak menguntungkan dan tiada nilai komersial atau sengaja tidak mahu, takut memalukan diri sendiri dan cuba untuk mengubah fakta sejarah. Turun padanglah perhatikan para pelajar yang tidak sudi hadir pepriksaan SPM untuk matapelajaran sejarah. Siapa orangnya, jangan bila sesak baru sebut SATU MALAYSIA bila senang GOOD BY MALAYSIA. Catatan ikhlas M69.
(Tulisan Blog ini adalah pendapat sebahagian Ahli UMNO dan Melayu Ayer Hitam. yang berjumpa aku dan juga Ahli dan Melayu bahagian semberong.)...MAAFKAN AKU Wahai orang-orang Melayu kalau aku terkasar bahasa terhadap bangsaKU.
Perjuangan Islam Akhir Zaman (Part II)
1 year ago
0 comments:
Post a Comment