Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Wednesday, 2 December 2009

Program Nur Bestari


Program Nur Bestari.
Pada 3 Disember 2009 Khamis
8.00 hingga 2.00 ptg
Dewan UMNO Bhg Ayer Hitam.

Anjuran Majlis Pembangunan Wanita,
Keluarga & Masyarakat.
Parlimen Ayer Hitam.

Di Rasmikan oleh:
YB Datuk Samsolbari Bin Jamali
ADUN Johor
Kawasan Semarang.

Di Jemput turut serta


By S/U Program Hjh Sukimah. Publish By M69

Tuesday, 1 December 2009

BTN


Apa salahnya BTN, orang yang tidak Patriotik dan sayangkan negara sahaja yang sentiasa prajudis dan berprasangka nagatif. Kalau kita berfikiran positif tentu hasilnya positif. Adakah kerana se Ekor tikus kita sanggup membocorkan Perahu. Hadirlah dahulu ke Program BTN, jangan setakat mengubah fakta untuk kepentingan diri dan kelompok. Lihat dahulu modul BTN, baca dan teliti. Saya telah hadir Program BTN. Pada tahun 1988 Di IAB dan sekali lagi di BTN Alor Gajah pada 2005. Tiada apa yang janggal seperti yang di uar-uarkan, Kecuali orang yang tidak pernah mengalami kesukaran, tidak pernah berkiamullail,bagun awal pagi dan sebagainya. Bagi saya orang yang sering hidup dalam zaman kesukaran tiada masalah langsung. Saya masih berkesempatan membina Video klip semasa dalam Kursus BTN, balajar bagaimana menghormati orang lain sehingga hari ini...menjadi amalan saya. Dan saya persilakan sesiapa yang sudi menonton video klip saya.
Saya sebagai rakyat Tanah Melayu tetap menyokong BTN. By Ajey

APA?


Baca dan teliti adakah benar, Jika benar sanggupkah kita berubah, jika salah sanggupkah kita menyanggah?
Tun Mahathir dalam blognya Chedet. http://chedet.co.cc/chedetblog/
By
Dr. Mahathir Mohamad
on November 30, 2009 12:07 PM | Permalink | Comments (146) | TrackBacks (0)

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.
4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

Apa Kata Ku:
*****Luahan rasa Bekas Pemimpin Kanan UMNO, adakah ianya merupakan satu rasa kekecewaan terhadap dirinya,semasa di dalam UMNO dahulu, pengalaman yang dilalui dan dirasainya. Saya hargai pendapat beliau tapi, saya mohon janganlah tinggalkan UMNO yang menyayangi Bangsa, perbaiki kelemahan yang ada, sediakan formula baru dan pendapat dan luahan rasa yang diutarakan ada banyak kebenaran dan ramai yang setuju. Oleh itu wahai anak bangsaku, ingatlah genarasi mu akan dating. Kita hanya diperingkat akar Umbi sahaja, Tidak dinafikan bahawa ramai dikalangan Ketua Cawangan tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, malah mempunyai pendapatan yang tidak tetap serta boleh dikatakan berada di bawah paras kemiskinan. Apa nak buat, masa mesyuarat mereka ini mendapat undi majoriti. Mereka tidak salah. Saya juga amat bersetuju dengan perubahan syarat pendaftaran keahlian UMNO sekarang.semua yang di atas bermula dari dasarnya.saya sarankan supaya pendedahan media internet kepada ketua-ketua cawangan adalah diwajibkan with immediate effect memandangkan mereka-mereka ini kebanyakkannya tidak mempunyai access maklumat yang lengkap terhadap perkembangan politik negara.Jadi bagaimanakah UMNO akan maju sekiranya mereka-mereka ini dan pastinya ketua-ketua cawangan dan AJK yang dilantik tidak mengekplorasi arus kemajuan media zaman ini untuk berdepan dan berhujah degan pihak pembangkang dalam semua aspek.
Tahniah Tun kerana berterus terang menulis mengenai UMNO ini. Saya anggap diri saya dari kalangan yang berjaya keluar dari kemiskinan dan telah menikmati nikmat kemerdekaan kerana orang Melayu bersatu dibawah UMNO. Diawal negara mencapai kemerdekaan, semuanya miskin kecuali orang Melayu yang bekerja dengan Kerajaan. Kebanyakan yang tinggal dikampong adalah miskin. UMNO telah berjaya membawa perubahan fizikal dan minda orang Melayu melalui dasar membantu orang Melayu sebagai program resmi Kerajaan
Memilih pembangkang untuk melepaskan rasa kecewa tidak akan menyelesaikan masalah, Pemimpinnya licik memutar fakta apa sahaja pun boleh berlaku bila mereka berkuasa.UMNO, Pemimipin dan kita semua harus mencari jalan bagi mengembalikan semula kepercayaan semua terhadap UMNO dan kerajaan dan yang paling penting jaga perasaan rakyat MELAYU, JIKA tidak UMNO akan menjadi sejarah selepas PRU13 nanti.
Sayangi Agama, Sayangilah UMNO, Sayangi Bangsa.Sayangi Negara. BY Ajey M69.

Sunday, 29 November 2009

Program Ziarah Kasih 2009


Program ziarah kasih merupakan aktiviti yang paling aktif di sepanjang tahun 2009. Ia dikelolakan oleh Biro Kebajikan UMNO Bahagian Ayer Hitam dan Pengerusikan oleh Tuan Haji Ismail Khairon ( Sekarang sedang menunaikah ibadah haji di Mekah ). Menurut Sdr Abd Rashid Abd Hamid ( Setiausaha Biro Kebajikan ) orang ramai dipersilakan menyertai program ini untuk sama-sama membangunkan golongan tidak bernasib baik disamping untuk bertaqarrub kepada Allah SWT. Kepada yang berminat sila hubungi pejabat UMNO Bahagian Ayer Hitam Telefon 07 7581444 Fax 7583805. Sekian salam hormat, drpd Halid Saat S/U UMNO Bhg Ayer Hitam.ByM69

Teringat Banjir 2007 (Imbas kembali)

Pt Khalid Tg Semberong 12.12.2006
YB Datuk Mustapa Mohamed.Melawat mangsa banjir SK Sri Bandan.

Parit Raja 26 Nov - Assalamualaikum kepada semua warga DUN Semarang khususnya dan warga Parlimen Ayer Hitam amnya. Alhamdulillah dengan limpah kurnia Allah SWT kita semua dapat hidup aman dan boleh merancang masa hadapan kita dan keluarga dengan teratur.Sekarang ini musim cuti sekolah dan rasanya setiap keluarga ada merancang untuk mengisi musim cuti ini untuk berjalan-jalan atau melawat sanak saudara yang mengadakan kenduri kendara. Tetapi dalam kita bersuka ria tu pada masa yang sama kita juga perlu beringat. Pada masa musim hujan ni rancanganlah perlalanan dengan baik. Periksalah dulu kenderaan sebelum memandu. Sekiranya ada yang perlu dibaiki hantarlah dulu kereta ke bengkel untuk diperbaiki.Semasa memandu pula hendaklah berhati-hati terutama semasa memandu dikala hujan.Teringat saya pada Disember 2006 dan Jan 2007 dimana semua daerah di negeri johor dilanda hujan berterusan dan banjir.Lebih 30 pusat perpindahan banjir diwujudkan. Ramai pemimpin nasional yang hadir menjenguk kita di DUN Semarang dan di antaranya ialah YB Datuk Mustapa Mohamed. Beliau melawat Pusat Perpindahan Mangsa Banjir pada 8 Januari 2007 di SK Seri Bandan Mk 7 Batu Pahat. Disamping menyampaikan sumbangan beliau bermesra dengan rakyat dan adik-adik pelajar sekolah yang menjadi mangsa banjir.Nukilan rasa Halid Saat.(Sumber oleh sub_halid)Post By M69

Tahniah Pelajar UPSR 2009 Parlimen Ayer Hitam.


"Setinggi tinggi tahniah serta syabas saya ucapkan kpd pelajar2 cemerlang UPSR dlm DUN semarang n Par A hitam... Kejayaan anda kebanggaan kami. Tahniah serta syabas juga kpd semua ibubapa,guru serta semua pihak yg tlh menyumbang kepada kejayaan anak2 ini... 'BERSATU TENAGA BERJAYA BERSAMA' tahniah Semarang!" Dari Datuk Samsol Bari Jamali. Adun Semarang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 26 November 2009

Selamat Hari Raya QURBAN


Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada semua warga muslim UMNO Parlimen Ayer Hitam dan Dun Semarang. Semuga pengorbanan kita terhadap Agama dan Bangsa sentiasa di rahmati Allah SWT. Kami mohon ampun dan maaf sebarang kesilapan yang berlaku sepanjang mengendalikan blog ini.Dari Kumpulan Ajey Suggeh Group.

Wednesday, 25 November 2009

Terlebih NIRA jadi...


Nov 25, 2009 11:16 am PERTUBUHAN Hindraf mengadakan mogok lapar untuk mendapatkan 18 tuntutan masyarakat India daripada Perdana Menteri di pekarangan KLCC, hari ini. - (Sumber BH Foto Abdullah Yusof)BY M Suggeh Group 69
Apa lagi yang kurang pada mereka ini, hormatlah sikit perasaan orang lain. Asyik tuntut kepentingan kaum sendiri apa pula halnya kaum Lain. Kalau lah orang seperti ini menjadi wakil dan pemerintah, kita semua sudah tahu jawapannya. Cuba lah sedar diri sedikit dan pandanglah ditempat lain.Buat apa tuntut 18...tuntutlah sekali Tanah Melayu jadi Negeri sendiri lagi senang..tak payah mogok lapar..dan selama ini pun agaknya memang selalu lapar. Mengapa minta pada Perdana Menteri..mintalah pada orang yang mereka sanjung?Perhatikan lah ayat di atas...ini rakyat mana...Langsung tiada Ayat dan tulisan Bahasa Melayu...hina sangat kami orang Melayu. Dimana semangat setia pada Negara. Mana prinsip Rukun Negara.
Cuba baca artikal ini....
Di negeri mana di dalam dunia ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.

Pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.

“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.

“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka dengan mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.

Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.

“Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini......”(Berita Harian: 25.6. 19650) Siapakah yang berkata demikian...carilah sendiri jangan asyik MABUK....Dia memusuhi UMNO,semuga UMNO terus HIDUP dan UMNO itu siapa?
BY M69.

Apa ada pada MAAF?...

Pahlawan Bangsa menjadi mangsa kekejaman kOmuniS
Lihat lah..
Ke Tepi?

PUTRAJAYA 24 Nov. – “Tiada maaf bagimu Chin Peng”. Itulah jawapan kerajaan terhadap permohonan maaf bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu atas keganasan PKM kepada rakyat dan pejuang negara suatu ketika dahulu.
Malah, tegas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pendirian kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pulang ke tanah air sebelum ini adalah muktamad.
‘‘Pendirian kerajaan tidak membenarkannya pulang kekal.
‘‘Tiada maaf bagimu (Chin Peng),” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Ketujuh di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri mengulas laporan eksklusif akhbar The Star kelmarin. Muhyiddin berkata, kerajaan malah rakyat yang pernah menghadapi musibah semasa keganasan PKM dahulu pasti tidak akan melupakan kekejaman komunis.
‘‘Sebagai kerajaan yang prihatin terhadap sentimen (kemarahan) yang masih membara ini, kita putuskan tidak akan terima kepulangannya,” kata beliau.
Dalam tempoh PKM mengganas antara 1948 hinggalah mereka meletakkan senjata pada 1989, kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terkorban.(Utusan Melayu) ByM69
Tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan serta Tan Sri Muhyiddin Yassin atas ketegasan. Wahai anak anak KU..janganlah kau mudah lupa, bersatulah demi agama,bangsa dan Tanah Melayu ini. Kau lihatlah ...photo yang dipaparkan. Siapakah mereka dan bolehkah ianya menjadi rakan SEJATI, semua kita tahu dan janganlah tutp mata dan telinga, semuga UMNO terus HIDUP dan UMNO itu siapa? kita sentiasa di LUKAI oleh anak buah kOmuniS hingga saat ini. ByM69.

Manfaatkan masa di musim cuti sekolah.


Batu 8 Jalan Kluang 24 Nov -Semua ibu bapa di anjurkan memfaatkan masa dimusim cuti sekolah semaksima mungkin untuk mendedahkan anak-anak kepada ilmu pengetahuan dan menambah pengalaman di bidang pengetahuan am.Melawat ke pameran atau expo yang dianjurkan oleh agensi kerajaan merupakan satu cara menambah ilmu pengetahuan dan boleh membangkitkan dorongan dalam diri untuk lebih terus maju. Seruan demikian dilahirkan oleh Encik Mohamad Norpi Abu Hassan Pengarah LKIM Johor semasa memberikan ucapan di majlis penyampaian hadiah sukaneka 1 Malaysia di Tapak Expo Agro di Pusat Pertanian Modern Ayer Hitam.Sukaneka 1 Malaysia di anjurkan secara bersama oleh LKIM, UMNO Bahagian Ayer Hitam serta UMNO Cawangan Zon Seri Lalang. Menurut Sdr. Rashid Alias Penyelaras program, penyertaan dari ibu, bapa dan anak-anak sangat menggalakkan termasuk penyertaan dua buah tabika iaitu Tabika Seri Perwira ,Taman Seri Lalang dan Tabika Batu 8 Institut Haiwan.Turut sama menyampaikan hadiah ialah Sdr Mohd Kamal Harun Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam dan Pengarah Pertanian Modern Ayer Hitam.(Sumber oleh sub_halid) By M69

Kompang Seri Mekar Aktif Serikan Majlis Pengantin.


Pt. Haji Ali Laut 24 Nov - Sempena musim cuti sekolah kumpulan Kompang Seri Mekar tidak ketinggalan memainkan peranannya memeriahkan aktiviti masyarakat dengan melibatkan diri dalam majlis perkahwinan. Mereka diminta meraikan kehadiaran pengantin dengan paluan kompang salawat Nabi SAW di samping lagu-lagu ciptaan kumpulan mereka sendiri. Pengerak kumpulan kompang Seri Mekar, Sdr Zaid Ghazali berkata kumpulannya sedia memberikan khidmat bukan sahaja di kawasan Seri Mekar malah di kawasan-kawasan lain yang memerlukan. Beliau melahirkan terimakasih kepada YB Datuk Samsol Bari jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam yang sentiasa memberikan galakan dan bermurah hati memberikan peruntukan untuk pakaian seragam kompang Seri Mekar.(Sumber oleh sub_halid)By M69

Tuesday, 24 November 2009

Selamat Hari Raya Qurban


"selamat hari raya korban kepada semua umat Islam" Hjh Sukimah. UMNO BHG Ayer HItam.

Monday, 23 November 2009

Tahniah Wartawan MELAYU.


Apabila senario politik di Negeri Cik Siti Wan Kembang menjadi kacau bilau dengan ura-ura Exco Kelantan, Dato' Husam Musa akan meletakkan jawatan dan meninggalkan parti, Menteri Besar Kelantan pantas mengeluarkan kenyataan menafikannya. Seperti biasa, untuk dijadikan kambing hitam, media massa yang selalu menjadi sasarannya. Kali ini umpan kambing hitam agak pelik. Beliau secara terbuka menyalahkan wartawan-wartawan Melayu dan memuji wartawan-wartawan berbangsa lain. Beliau ketika diwawancara oleh Haprakdaily dipetik berkata:

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan. Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita. Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita.”

Kelu lidah saya apabila Menteri Besar Kelantan berkata, wartawan Cina lebih pandai dari wartawan Melayu. Saya dapat merasakan betapa sebak tokoh-tokoh wartawan Melayu seperti Dato' A Kadir Jasin dan lain-lain apabila mendengar komen Menteri Besar Kelantan ini.(Sumber http://khairulryezal.blogspot.com//Cucu Tok SelampiT)

Itulah kata-kata seorang Menteri Besar Kelantan, seorang Tuk Guru, termasuk di dalam orang-orang yang maksum. Kalau dah sesama Bangsa dan agama boleh berkata sedemikian rupa..APATAH lagi orang lain terutama yang ingin membawa pulang Pejuang Komunis @Pejuang Kemerdekaan (kononnya). Tidak hairanlah suatu hari nanti akan ada yang memperkatakan Pejuang Kemerdekaan Melayu/UMNO tidak pandai..tidak seperti****88$$88$$8 yang lebih pandai. Apa sahaja kesilapan dan masalah semuanya wajib dituju, dihunus, dituding, dijolok pada UMNO dan siapa UMNO tu...
Apa nak buat kita kena akui sajalah?????.. kalau banjir besar yang melanda JOHOR tahun 2006/07 dikatakan Bala dari Allah SWT sebab majoritinya UMNO, apahal pulak bila banjir melanda tempat sendiri..oh! itu cubaan dan dugaan dari Allah SWT.
Wahai anak bangsa Ku...HUBAYA hubayalah masa depan NegaraMu...Tahniah Wartwan Melayu pejuang BangsaKU.
(Nukilan Lombok By M69)

Friday, 20 November 2009

SK Sri Bandan Capai keputusan Cemerlang.

Gambar : Wakil rasmi YB ADUN Semarang menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang SK Seri bandan ( Adik Nur Ezzaty Elyeany Mohd Yasin, pencapaian 5A dan cemerlang dalam kelima-lima subjek yang di ambil peperiksaan)

Kg Hj Talib 19 November - Kejayaan lapan orang murid Sk Seri Bandan meraih keputusan 5A dan enam orang meraih 4 B menjadikan sekolah ini antara sekolah luar bandar yang cemerlang di daerah Batu Pahat. Guru Besarnya Tuan Hj Saadan Bin Tarmin berkata kejayaan ini adalah hasil adunan kerjasama semua pihak iaitu ibu bapa, guru dan pemimpin masyarakat di kawasan Kg Hj Talib yang memberikan komitmen secara berterusan di sepanjang tahun 2009. Katanya lagi, pencapaian sk seri Bandan meningkat tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2007 sebanyak 67%, tahun 2008 sebanyak 81.4 % dan tada 2009 sebanyak 90%. Lebih membanggakan lagi katanya ialah pencapaian subjek bahasa Inggeris iaitu dengan pencapaian 99%.Sementara itu YDP SK Seri Bandan Sdr Othman Kosni berkata pihaknya akan sentiasa memberikan kerjasama erat kepada guru untuk menwujudkan satu suasana yang kondusif supaya kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.Kejayaan sekolah ini diterjemahkan dalam satu majlis Hari Kualiti SK Seri Bandan yang disempurnakan perasmiannya oleh Sdr Abdull Halid Saat Setiausaha UMNO Bahagian Ayer Hitam mewakili YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang yang juga Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam.
(Oleh sub_halid)By M69

SYABAS DAN TAHNIAH UPSR , DSBJ


"Setinggi tinggi tahniah serta syabas saya ucapkan kpd pelajar2 cemerlang UPSR dlm DUN semarang n Par A hitam... Kejayaan anda kebanggaan kami. Tahniah serta syabas juga kpd semua ibubapa,guru serta semua pihak yg tlh menyumbang kepada kejayaan anak2 ini... 'BERSATU TENAGA BERJAYA BERSAMA' tahniah Semarang!" Dari Datuk Samsol Bari Jamali. Adun Semarang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.