Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Saturday, 24 April 2010

JOHOR MUFLIS 2012......"Siapa Kata.."


Rakyat diingatkan jangan mempercayai dakwaan pembangkang bahawa Kerajaan Negeri akan muflis pada 2012 akibat menanggung beban hutang yang besar.

Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman, berkata tuduhan berkenaan dijaja pembangkang pada jelajah mereka bagi mempengaruhi dan menghilangkan keyakinan rakyat negeri ini terhadap kerajaan."Saya menafikan tuduhan berkenaan dan berharap rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan itu. Kedudukan kewangan kerajaan negeri tidaklah seperti yang didakwa.

"Kerajaan Negeri mempunyai sumber kewangan mencukupi menerusi aset seperti rizab dan hasil tahunan yang boleh digunakan sebagai perbelanjaan mengurus negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa lawatan kerjanya ke Parlimen Ayer Hitam.

Hanya mereka yang berfikiran MUFLIS sahaja akan mempunyai daya kreativiti dan inovasi untuk senantiasa membuat fitnah dan thomahan. cuba kita renungkan beberpa isu yang telah dijelaskan oleh YB Datuk Samsolbari Bin Jamali. Adun Semarang dalam sesi ceramahnya berkaitan "ISU JOHOR MUFLIS.."

Isu yang dibangkitkan adalah nisbah kecairan tunai
"Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, Kecairan Tunai Semasa (Liquidity Ratio) kerajaan Negeri Johor adalah rendah iaitu hanyalah RM 201.53 juta (Tunai RM36.37 juta & Pelaburan RM165.16 juta) berbanding dengan Tanggungan Semasa berjumlah RM 943.54 juta. Dengan kata lain jumlah Aset Semasa (tunai dan pelaburan) tidak dapat menampung jumlah Tanggungan Semasa. Sebagai perbandingan jumlah Aset Semasa (tunai dan pelaburan) Negeri Selangor adalah RM 1,424.66 juta manakala Pulau Pinang adalah RM 1,025.89 juta. Jumlah ini jauh lebih banyak dari Negeri Johor. Keadaan ini menunjukkan bahawa urus tadbir kewangan Negeri Johor sangat lemah berbanding dengan negeri-negeri yang sebanding daripada segi ekonomi dan pembangunannya iaitu Selangor dan Pulau Pinang yang kebetulan ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR)"(http://johor.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=378:kenyataan-balas-terhadap-kenyataan-yab-menteri-besar-johor-berkaitan-isu-johor-muflis-2012&catid=35:berita-terkini)

UNTUK Makluman,aset semasa yang dilaporkan dalam laporan audit 2008 tersebut tidak mengambil kira Pelaburan Kerajaan Johor melalui Tabung Amanah Warisan Negeri Johor, yang berjumlah RM326.62 juta. Manakala kerajaan Selangor mengambil kira pelaburan dalam Tabng Warisan untuk menentukan Nisabah semasa tersebut. Sekiranya, pelaburan dalam Tabung Amanah Warisan Negeri Johor di ambil kira, maka aset semasa senarai Kerajaan Johor akan meningkat kepada RM528.1 juta. Seperti maklumat berikut.

a. Wang Tunai RM036.37 juta
b. Simpanan tetap RM165.16 juta
c. Tabung Amanah Warisan Johor RM326.62 juta
JUMLAH RM528.15 juta

Adalah jelas beberpa kekeliruan cuba dicipta untuk mengaibkan Kerajaan Negeri terutama UMNO.
Untuk lebih lanjut baca risalah penerangan dari DUN SEMARANG.
Sila Klik pada artikel untuk lebih jelas dan mudah dibaca.Sila Klik pada artikel untuk lebih jelas dan mudah dibaca
Sila Klik pada artikel untuk lebih jelas dan mudah dibaca
Sila Klik pada artikel untuk lebih jelas dan mudah dibaca
Sila Klik pada artikel untuk lebih jelas dan mudah dibaca
Sila Klik pada artikel untuk lebih jelas dan mudah dibaca
Sila Klik pada artikel untuk lebih jelas dan mudah dibaca
Wahai anak BangsaKu..jadikanlah iktibar pada diri mu, bersatulah kita demi Agama, Bangsa dan Tanah Air. By M69.

Tuesday, 20 April 2010

Terima Kasih...insan yang mulia..DSBJ.

Kg Seri Paya. 8.April 2010. Lawatan kerja Menteri Besar Johor. Datuk Abdul Ghani Othman telah menyempurnakan majlis penyerahan pembinaan masjid baru dan meluluskan peruntukan 1.3 juta untuk pembinaan semula Masjid Kg Seri Paya. Masjid yang telah di bina sejak awal tahun 60an hasil dari kemaufakatan penduduk kampung dan gotong royong. Terima kasih kepada insan yang telah bermurah hati meWAKAFkan tanah untuk pembinaan masjid tersebut. Beliau ialah Puan Hjh Siti Alimah Bte Ihsan dan Tuan Haji Ahmad Munawir. Semuga jasa mereka berdua akan senantiasa mendapat kerahmatan dari Allah S.W.t.
Beberapa peristiwa majlis Penyerahan Masjid Baru Kg Seri Paya.Semuga perpaduan dikalangan penduduk dan masyarakat terus kukuh bersama UMNO. ByM69.

Sunday, 18 April 2010

Perujian Al Quran Mukim 8 Seri Gading

TAHNIAH. Ustaz Sapuan Bin Haji Surat. JOHAN Qariah.









Ayer Hitam 17 April –
Ustaz Sapuan bin Surat diistiharkan sebagai johan perujian Al Quran dan johan bacaan berzanzi tahun 2010 bagi Mukim 8 Seri Gading. Bagi kategori wanita, Hajjah Ngasipah binti Ithnin menyandang johan perujian Al Quran dan sekali gus juga johan bagi bacaan berzanzi. Penyertaan pada kali ini melebihi tiga puluh orang dan perasmian penutupnya disempurnakan oleh Encik Shafiei Ahmad Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat yang menjadi wakil rasmi YB Datuk Samsol bari Jamali ADUN Kawasan Semarang. Menurut Encik Mohamed Salleh Pandak Penghulu Mukim 8, pada tahun 2011 pihak jawatankuasa perujian Al Quran akan menambah kategori perujian untuk melibatkan lebih ramai golongan muda menyertai aktiviti ini. Beliau juga mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada pihak pengurusan masjid Sultan Ibrahim Ayer Hitam kerana memberikan kerjasama penyediaan tempat dan kemudahan sepenuhnya bagi memastikan pelaksanaan perujian pada kali ini berjaya.(S/U UBAH Halid Saat)ByM69

Tuesday, 13 April 2010

...Musuh utama Kami UMNO.....



Seorang pemimpin MIC Tun V.TSambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata "Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta".
BENAR..BENAR...BENAR..
Amalan ini terus di amalkan oleh orang UMNO dan Melayu, Bagaimana tentang orang lain. MIC. MCA adakah masih berirama sedemikian.
Hulu Selangor, walaupun majoriti Melayu, UMNO tetap bermurah hati memberi QUOTA pada MIC. Lihat....
Ketika UMNO di Maki hamun di fitnah oleh HINDRAF...mana mereka ini pergi, Mana Wakil Hulu Selangor..adakah turun padang menbatu UMNO mempertahankan diri ke seorangan. adakah mereka ada yang tampil secara terbuka membela UMNO.
Sejak awal kewujudannya lagi Hindraf menabur fitnah yang cukup besar bukan sahaja kepada kerajaan malah orang Melayu. Dalam memorandum kepada kerajaan British, mereka membuat beberapa dakwaan yang tidak masuk akal antaranya;
* Berlaku pembunuhan beramai-ramai ke atas kaum India.
* Sebanyak 10,000 kuil Hindu dirobohkan sejak merdeka.
* Kaum India menjadi mangsa diskriminasi kaum, agama, ekonomi dan sosial
Uthayakumar secara terus terang menyatakan musuh utama Hindraf bukannya orang Melayu tetapi UMNO. Kenyataan itu sekali gus boleh memacu kemarahan orang Melayu kerana UMNO adalah parti orang Melayu , Saya cabar beliau kalau berani dan bukan dayus katakanlah ”Musuh utama kami ialah MELAYU’ hari ini kata musuh utama UMNO esok bila sudah mendapat sokongan kaum lain sudah pasti ”Musuh utama kami Melayu”. jangan berselindung seperti ular.Kemerdekakan negara ini dengan kesepakatan bersama-sama kaum Cina dan India serta oramg Melayulah yang menjadi mangsa utama dengan penuh toleransi beralah memberi laluan kepada kaum lain menjadi warganegara dan mengaut kek ekonomi.
Hakikatnya, segala tuduhan yang dilemparkan oleh Hindraf adalah fitnah, palsu dan penuh dengan pembohongan. Sejak merdeka lagi, kaum India tidak pernah ditindas oleh kerajaan yang sudah tentu Perdana Menterinya seorang Melayu, bagaimana keadaanya kalau Perdana Menterinya bukan Melayu, fikirlah sendiri, rujuklah negara lain. RUJUK Sahaja Kg Buah Pala..apa yang ada, hanya tinggal Buah dan Kepala saja.Kalau Hindraf hendak menuduh UMNO mengamalkan diskriminasi, bukankah melalui kerjasama dalam BN, UMNO (parti orang Melayu) membenarkan MIC yang mewakili kaum India bertanding di kawasan yang majoriti pengundi Melayu?. Ada pemgundi Melayu diletakan di kawasan INDIA atau MIC..sudah pasti KECOH satu Malaya. Justeru, dakwaan-dakwaan yang dilakukan Hindraf hanya akibat daripada sikap ekstrem puak berkenaan. Jangan mengabaikan orang Melayu ini dungu seperti lembu!., kita tidak mahu ada mana-mana parti komponen BN cuba mengamalkan sikap lidah bercabang dalam isu Hindraf. Jangan hari ini menyokong tindakan tegas kerajaan tetapi esok melahirkan pula perasaan simpati kepada kumpulan itu dan cuba ingin berdamai, kononnya ingin mengetahui apa masalah mereka.(INGAT Siapa yang berkata demikian....) Kalau mereka adalah pemimpin dan parti komponen BN maka mereka perlu menghormati apa yang diputuskan oleh kerajaan bukannya mengamalkan sikap di depan bercakap lain, di belakang cakap lain. Pasti pembaca mengetahui itulah sikap Samy Vellu ,MIC dan PPP (Gerakan dan lainnya anda faham sendiri, siapa yang sokong Melayu di Tanah Melayu ini).
INGAT..
BIADAB!BIADAB!BIADAB! Peter Sukumaran(Seleeper Sukumaran) yang mencadangkan supaya diletakkan 'kalungan selipar' kepada gambar Tun Dr. Mahathir .jamgan lukakan hati bangsa Melayu, Begitu juga dengan beberapa perwakilan MIC yang mengkritik Dr. Mahathir, mereka harus sedar di mana bumi mereka pijak.
SAYA INGIN BERTANYA..pada waktu itu adakah sesiapa pemimin dari MIC berani membela UMNO, MAHATHIR dan memecat SUKUMARAN dan mengkritik HINDRAF. Malah ada yang bernada Ala Pembangkang dan ALA HINDRAF malah menyindir UMNO.
Kalau MUSUH UTAMA HINDRAF ADALAH UMNO..mengapa MIC membisu..tetapi bab calon kenapa KECoh.).
INGATLAH Wahai anak bangsaKU. Apakah Kita harus minta MAAF ...
Ya..MAAFKAN Kami kerana tidak menjemput kamu datang ke Tanah Melayu. By M69.

Sunday, 11 April 2010

Program Juara Rakyat (Umno Bhg Ayer Hitam)

RELA Zon Yong Peng giat aktiviti Bantu masyarakat
Kg Jalan Lama Yong Peng 11 April – Ikatan Relawan Rakyat Malaysia ( RELA ) Zon Yong Peng sentiasa peka dengan keadaan masyarakat sekeliling. Mereka sentiasa menjiwai hasrat masyarakat dan bersedia memberikan pertolongan atas dasar kemanusiaan dan tanggung jawab sebagai warga negara Malaysia. Pada 11 April 2010 seramai dua puluh anggota RELA Zon Yong Peng telah menjalin kerjasama dengan JKK Kg. Jalan Lama Yong Peng serta UMNO Bahagian Ayer Hitam menganjurkan Program Gotong Royong Juara Rakyat di Kg jalan Lama Yong Peng. Program tersebut ialah projek membaiki rumah pak cik Saad bin Katimin yang rosak teruk akibat ribut yang melanda pada 3 April 2010 yang lalu.Pak Cik Saad Katimin yang baru seminggu ditinggalkan isterinya ( meninggal dunia ) telah dilanda ribut yang mengakibatkan bumbung rumahnya tercabut dan rosak teruk kerana pukulan angin kencang. Menurut Encik Rashid Hidayat Ali Ketua Kampung Kawasan Kg Melayu Yong Peng, pihaknya amat berbangga dengan komitmen pasukan RELA kerana telah bersungguh-sungguh untuk menjayakan gotong royong tersebut. Menurut beliau lagi, pihaknya juga sangat terhutang budi kepada UMNO Bahagian Ayer Hitam kerana membantu mempercepatkan program bantuan ini dan sekali gus memudahkan pihak JKK dan UMNO cawangan menyalurkan khidmat kepada mangsa. Pada 3 April 2010 yang lalu sebanyak 8 buah rumah di kawasan Kg Melayu Yong Peng telah rosak kerana dilanda ribut dan angin kencang.(Oleh S/U Halid Saat) ByM69

MAAF..MAAF..MAAF

MAAF..MAAF.. MOHON MAAF..Apakah Melayu mudah mohon maaf dan MUDAH di suruh memohon MAAF.. Akibat dari ini orang lain terus pandang HINA pada Melayu..
Pada dasarnya memohon MAAF adalah perkara yang mulia...itu adalah sesuai kepada orang yang BERBUDI BAHASA dan TAHU MENGENANG BUDI. Tetapi pada mereka yang ANGKUH, Sombong. BIADAB tiada nilai MURNI dan kesopanan MELAYU, sesiapa yang mudah mohon maaf adalah kelompok yang HINA, BODOH dan tidak perlu di hormati.
LIHAT..LIHAT..LIHAT..wahai anak-anakKU dan bangsaKu...

******Datuk Noh membuat permohonan maaf itu dalam satu sidang akhbar khusus untuk akhbar Cina di kafeteria Parlimen petang ini.
Noh berkata beliau mengadakan sidang akhbar itu untuk media berbahasa Cina sahaja kerana mereka sahaja yang menyiarkan petikan tersebut.“Saya telah membaca petikan ucapan daripada mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun Sambanthan,” kata Noh yang juga menteri pertanian dan asas tani.
Dalam ucapannya, Noh memetik ucapan Tan dan Sambathan pada 1960-an yang memuji orang Melayu kerana memberi kerakyatan kepada bukan Melayu.
SALAH KAH Datuk Noh Omar berkata demikian...Tapi kerana Datuk Noh seorang yang waras dan tidak EGO..beliau sedia momohon maaf..
Siapakah yang yang BUTA Sejarah dan SIAPA YANG AMAT RASIS.

KENAPA mereka tidak mohon maaf..ANGKUH.
LIHAT..
Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Teng Hock Nam dan Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June enggan tunduk kepada desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar memohon maaf secara terbuka kerana melabelkan pertubuhan itu sebagai rasis.


Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nan tanpa segan silu, malah dengan bangganya mengusulkan idea MEMBAWA CHIN PENG **KOMUNIS Pulang ke Tanah MELAYU walaupun mengetahui bahawa tindakannya itu amat memilukan hati rakyat Malaysia khususnya para pejuang dan pahlawan negara yang berkorban mendaulatkan kemerdekaan negara Malaysia. Adakah sesiapa antara kita memaksa thnAN memohon maaf..adakah hingga saat ini ada peristiharaan MAAF dari bELIAU.
Mengapa..
INGAT PARTI Mana yang membuat ONAR seperti ini dan Siapa rakan mereka..dan DEWASA Ini kita pasti tahu siapa Rakan Mereka...jika pendapat dan sokongan serupa.
INI APA..RAKANKAH..
Low Chew June, Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, menyifatkan tindakan menghunus dan mencium keris dalam majlis PERKASA merupakan gelagat rasisme yang ekstrim. Malah Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA ini juga menyifatkan PERKASA dan Datuk Ahmad Ismail, bekas Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera yang kembali ke kancah politik selepas digantung oleh pentadbiran Dollah Badawi, sebagai penghalang utama kepada persefahaman dan permuafakatan kaum di negara ini.Low Chew June turut menyifatkan Tun Dr. Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri yang tidak memahami aspirasi sebenar rakyat negara ini apabila terbabit secara langsung dengan PERKASA.
Apa sebenarnya agenda Low Chew June dan sebahagian besar pemimpin dari kaum Cina ini? Setiap kali pemimpin Melayu mengingatkan orang Melayu agar lebih bekerja keras untuk menyaingi kelompok pendatang yang memboloti kekayaan negara, mereka pasti akan sepakat dan duduk di dalam satu selimut untuk menyerang kembali dengan alasan perpaduan kaum?Apakah selama ini Melayu di negara ini tidak cukup memupuk perpaduan kaum sehingga segala benda diserahkan kepada kaum pendatang? Apakah peluang tidak diberikan kepada kaum pendatang untuk memperolehi lebih banyak daripada apa yang sepatutnya mereka perolehi berbanding rakan-rakan pendatang mereka yang lain di negara selain Malaysia?
Mengapa hanya Melayu yang ditekankan tentang perpaduan dan persefahaman? Bagaimana pula dengan kaum pendatang yang diberikan kerakyatan sewaktu era pra-kemerdekaan dahulu?

Selama ini, adakah orang Melayu telah melakukan sesuatu yang mengancam kelangsungan orang Cina dan kaum pendatang lain di negara ini? Sebanyak mana harta kaum pendatang yang telah dirampas berbanding harta Melayu diserahkan kepada mereka, sama ada menerusi persefahaman parti-parti komponen mahupun tindakan orang perseorangan yang gelap mata?
DI MANA MAJLIS INI.....DI MALAYSIA KAH?
Ingatlah yang kita tidak mungkin boleh menunda tanahair ini ke Asia Timur. Jadi sila bersikap regionalistik. Ya, Cina di Thailand, Filipina, Vietnam, Cambodia, Myanmar dan Indonesia adalah Cina yang benar-benar negarawan yang layak berbangga dengan frasa ' negara dahulu, barulah bangsa'.

Di negara ini, orang Cina lebih kuat mempertahankan kebudayaan, tatabicara, kesusasteraan dan amal ibadat dan ini telah dibolehkan dengan ihsan Melayu. Jika orang Melayu bersikap ultra-nasionalis seperti negara di sekeliling Malaysia di atas, nescaya mereka mendapat padah yang serupa dengan Cina di negara-negara tersebut. Jadi apa yang membuatkan mereka lebih kemalaysiaan dari sifat kecinaan mereka?
ADAKAH AKU JUGA PERLU MOHON MAAF KELUARKAN ARTIKEL INI..byM69

Saturday, 10 April 2010

LAWATAN KERJA MBJ KE DUN SEMARANG.

Lawatan YAB Dato Menteri Besar ke Gerai MDYP Ayer HitamAyer Hitam 8 April – Lawatan kerja YAB Dato Hj Abdul Ghani Othman Menteri Besar Johor ke DUN Semarang di sambut meriah apabila YAB MBJ sudi meluangkan masa untuk melawat gerai MDYP Ayer Hitam dan seterusnya beramah mesra dengan peniaga gerai serta rakyat di Parlimen Ayer Hitam. Pada lawatan tersebut YAB MBJ sempat menjamah beberapa jenis masakan yang dijual di gerai tersebut. YAB MBJ menimbang secara serius dengan cadangan para peniaga supaya kawasan niaga tersebut dinaik taraf pada masa akan datang. Projek naik taraf ini membolehkan pekan Ayer Hitam lebih dikenali sebagai pekan pelancongan yang nyaman untuk dikunjungi dan menawarkan perkhidmatan yang tinggi mutunya. Pada lawatan kerja ke DUN Semarang, YAB MBJ meninijau lima venue utama projek pembangunan iaitu Taman UPC ( tapak pembinaan dewan terbuka ) Kg Seri Paya ( Tapak pembinaan semula masjid ) Kg Parit Bingan ( Tapak pembinaan Sekolah Agama ) Masjid Sultan Ibrahim Ayer Hitam ( Projek pembesaran masjid ) dan Bandar Baru Ayer Hitam ( Projek pulangan kepada kerajaan – Bus terminal dan 150 gerai )(SUB Halid Saat)

Friday, 2 April 2010

Siapa Penyamun....

Thursday, 1 April 2010

Ziarah Kasih Dun Semarang

(Datuk SamsolBari melawat Taman Kelesa Jaya Pt Raja).
UMNO Bhg Ayer Hitam.Padat dengan aktiviti harian, namun Datuk SamsolBari Bin Jamali, tetap meluangkan masa setiap minggu melawat, menziarahi dan berkunjung kasih pada warga emas dan penduduk di DUN Smarang.
Beliau tetap menghargai jasa dan budi mereka walaupun sudah berusia, dan sering memberi peringatan pada generasi Muda agar sentiasa menghargai, menghormati dan menghayati perjuangan mereka untuk anak bangsa dan tanah air. Kemewahan dan kemakmoran yang kita rasai pada hari ini adalah hasil pengorbanan orang terdahulu yang sentiasa memikir masa hadapan anak cucu mereka.(Melawat tapak projek gotong royong membina rumah warga Emas)
Semangat kerjasama. gotong royong adalah amalan hidup masyarakat Melayu sejak zaman dahulu. Amalan ini hendaklah dikekalkan pada generasi masa kini demi menghadapi cabaran yang lebih global semuga kejayaan dan kegemilangan terus diungguli.
By M69(Photo by s/u Halid)

Wednesday, 31 March 2010

Tahniah kerana Mengaku.. Perompak dan Penyamun di dalam ini Negeri.....

ADAKAH..Sidang Dewan Undangan Negeri..gelanggang SARKAS.Kecoh-kecoh seperti Di Taiwan, adakah budaya ini cuba diserapkan ke Tanah Melayu. Setakat ini tiada sebarang kekecohan yang di provokasi oleh ADUN BN/UMNO dalam sidang Dewan Undangan Negeri Yang di kuasai Pembangkang. Cuba kita lihat di P.Pinang,Selangor, Kedah dan lainnya..Adakah Orang UMNO/BN berperangai seperti manusia zaman batu, belum bertamaddun dan undang-undang di tangan sendiri. Itulah perangai, kelakuan mereka yang sebenar pabila mendapat kuasa kelak, langsung tiada rasa hormat pada orang lain terutama MELAYU. Janganlah jadi BONEKA mereka, wahai melayu yang bersekongkol..kamu tetap rugi..rugi dan akan menyesal kelak. Lihatlah sepanduk mereka..mengapa bila berdemo guna Bahasa Melayu, tetapi dalam lain lain hal..se baris bahasa Melayu langsung benci untuk digunakan. Sedarlah..siapa sebenarnya yang mereka hina, benci, caci dan maki. Ingatlah wahai anak bangsaKU..daftarlah mengundi dan gunakan tanganMu untuk Alif Ba Ta. ByM69.

Tuesday, 30 March 2010

Jangan Gadai Milik UMNO.....

Aku Ahli UMNO sejak muda hingga kini, tetap tidak setuju kawasan UMNO di berikan kepada yang yang lain. Adakah pernah kita jumpa kawasan MIC MCA dan yang lainnya di serahkan pada UMNO dan memenangi pilihanraya... Oleh itu aku tetap setuju dengan rakan blogger yang lain ..Hulu Selangor tetap hak UMNO.
Artikal ini aku petik dari Blog GAP..."clon pertama parlimen hulu selangor tahun 1955 adalah seorang wanita bernama Himahton Sadiah dari parti umno.menewaskan calon pas .Hlimahton Sadiah menang pada 22 hb april 1955 !

kemudiannya kerusi parlimen hulu selangor dipinjamkan kepada komponen perikatan/barisan kerana pemimpin melayu umno suka beralah walaupun pada hakikatnya komposisi pola pengundi melayu adakala melebihi 60% .ini kenyataan daripada tunku sendiri.

berikut adalah kesinambungan kemenangan calon perikatan/barisan yang menang kerana EHSAN PENGUNDI MELAYU HULU SELANGOR.

1959 ong yoke lin (BN) vs chai yoke kim (BEBAS) BN 6537 BEBAS 5121
1964 khaw khai boh (BN) vs nazar ong (FS) BN 9412 FS 4199
1969 khaw khai boh (BN) vs liong ah nai (DAP) BN 8278 DAP 6755
1974 michael cheng win su (BN) vs G davidson (DAP) BN 15323 DAP 5070
1978 michael cheng wing su (BN) vs leong ching hoe (DAP) BN 17670 DAP 4868
1982 lee kim sai (BN) vs mohd arif dato kamarudin (BEBAS) BN 14138 BEBAS 6761
1986 ss subramanian (BN) vs mohd arif dato kamarudin (BEBAS) BN 19201 BEBAS 9281
1990 palanivel (BN) vs nazar yakin (S46) BN 20839 S46 11857
1995 palanivel (BN) vs peng kim sing (DAP) BN 26829 DAP 1231
1999 palanivel (BN) vs dr halili rahmat (ADIL) BN 22143 ADIL 13548
2004 palanivel (BN) vs ismail kamus (PAS) BN 27807 PAS 13324
2008 palanivel (BN) vs dato zainal abidin ahmad (PKR) BN 22979 PKR 23177

perhatikan kepada puluhan ribu undi ehsan yang telah bangsa melayu menangkan calon komponen barisan. walaupun pernah satu ketika saingan calon barisan adalah ustaz ismail kamus, namun demi sayangkan umno rakyat hulu selangor berbangsa melayu tetap memberikan undi kepada palanivel !""1 Malaysia atau 1 Amaran"
Orang Melayu UMNO memang Baik dan berhati mulia, tapi siapakah yang mengenang JASA mereka semua. Cuba ingat apa kata Samy Vellu semasa kalah di Piliharaya dahulu...adakah kekalahannya disebabkan orang Melayu UMNO tidak mengundi beliau.
Ingatlah wahai anak BangsaKU..cukupalah di Johor ini kawasan majoriti Melayu di sedekahkan pada orang lain. Apa yang kita akan beri lagi...