Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 18 April 2010

Perujian Al Quran Mukim 8 Seri Gading

TAHNIAH. Ustaz Sapuan Bin Haji Surat. JOHAN Qariah.









Ayer Hitam 17 April
Ustaz Sapuan bin Surat diistiharkan sebagai johan perujian Al Quran dan johan bacaan berzanzi tahun 2010 bagi Mukim 8 Seri Gading. Bagi kategori wanita, Hajjah Ngasipah binti Ithnin menyandang johan perujian Al Quran dan sekali gus juga johan bagi bacaan berzanzi. Penyertaan pada kali ini melebihi tiga puluh orang dan perasmian penutupnya disempurnakan oleh Encik Shafiei Ahmad Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat yang menjadi wakil rasmi YB Datuk Samsol bari Jamali ADUN Kawasan Semarang. Menurut Encik Mohamed Salleh Pandak Penghulu Mukim 8, pada tahun 2011 pihak jawatankuasa perujian Al Quran akan menambah kategori perujian untuk melibatkan lebih ramai golongan muda menyertai aktiviti ini. Beliau juga mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada pihak pengurusan masjid Sultan Ibrahim Ayer Hitam kerana memberikan kerjasama penyediaan tempat dan kemudahan sepenuhnya bagi memastikan pelaksanaan perujian pada kali ini berjaya.(S/U UBAH Halid Saat)ByM69

0 comments: