Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Wednesday 1 June 2011

UMNO DunSemarang, Kasihkan Kami..Terima Kasih


Peserta Sukarelawan UMNO Ziarah Kasih DunSemarang.


Ziarah Kasih Komuniti 1 Malaysia Dun Semarang 22 hb April 2011.
Ziarah Kasih Komuniti 1 Malaysia Dun Semarang 2011 telah selamat dilaksanakan pada 22 hb April yang lalu. Aktiviti kebajikan yang menjadi sebahagian dari acara Program Komuniti 1 Malaysia ini bermula selepas selesai Solat Jumaat.

Para peserta berkumpul di Sekolah Kebangsaan Parit Bingan sebelum aktiviti bermula. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat ringkas YB Datuk Haji Samsolbari Jamali, ADUN Semarang. Seramai 120 orang peserta bermotorsikal yang terdiri dari ahli-ahli UMNO dan masyarakat setempat dibahagikan kepada 5 kumpulan bergerak ke 70 rumah sasaran yang dikenalpasti memerlukan bantuan untuk menyampaikan sumbangan.


YB.DSBJ bersama kanak-kanak kurang upaya.


YB. DSBJ Menziarahi wargatua yang uzur.
YB Datuk Haji Samsolbari mengetuai salah satu kumpulan mengunjungi rumah-rumah terpilih di Kampung Seri Paya dan Kampung Sri Londang Darat. salah satu acara istimewa adalah gotong royong meleraikan rumah En. Amat Bin Rait di Kampung Sri Londang Darat untuk membolehkan rumah baru dibina.
YB DSBJ bersama Peserta Ziarah Kasih di Rumah
En. Amat Bin Rait di Kampung Sri Londang Darat

Aktiviti kemasyarakatan berteraskan kebajikan seperti ini telah menjadi darah daging UMNO Bahagian Ayer Hitam yang sentiasa mengambil berat golongan yang memerlukan
(Terima Kasih.Sumber Berita dan Foto pej. UMNO Ayer Hitam)

0 comments: