Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Thursday 16 June 2011

Operasi Monyet dan Babi?


SEMERIK...Kuari, Lapis Semarang, Semarang dan PT Hj Abd Hamid.
AJK penduduk dan Warganya akan melaksanakan satu program membentras monyet dan babi hutan yang sering mangganggu dan memusnahkan tanaman penduduk kampung. Menurut sumber, penduduk kampung telah cuba bertahan terhadap karenah haiwan ini dan telah bermacam langkah di lakukan namun hasilnya kurang memuaskan. Antaranya membuat perangkap dan memindahkan ke habitat lain. Program ini akan di bantu dengan kerjasama RELA dan Pasukan Pemburu Babi Hutan. Operasi menembak akan dilaksanakan pada 19.06.11 hari Ahad dan penduduk kampung disarankan agar menjauhi kawasan operasi tersebut.
Namun ada juga pendapat yang kurang setuju terhadap langkah menembak monyet, mereka mencadangkan agar di bina perangkap monyet yang lebih aktif dan dipindahkan ke kawasan hutan seperti Endau Rompin. Adalah lebih baik derma dari penduduk di gunakan untuk membeli peluru di gantikan sebagai kos pengangkutan membawa Penghijrahan Monyet ke Habitat baru yang kebih sesuai.
Fenomena ini sebenarnya kita tidak boleh salahkan Monyet atau pun Manusia. Namun manusia lebih matang dan boleh berfikir, oleh itu gunakanlah fikiran, akal anugerah Allah untuk bertindak dengan lebih baik. Fikirkan lah.

0 comments: