Bekas timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan berkata perhimpunan Gerakan Anti Samy (GAS) di Pusat Konvensyen Mines di Serdang hari ini adalah berjaya walaupun mendakwa ada "taktik samseng" digunakan untuk menggagalkannya.
Bercakap kepada media kemudiannya, Mugilan berkata beliau memberi tempoh seminggu kepada Samy untuk berfikir secara mendalam, sama ada mahu meletak jawatan atau sebaliknya.Apa Jawatan Kanan Tun?
Mugilan juga berkata, beliau berharap kerajaan akan menimbang memberi jawatan kanan kepada Samy Vellu sekiranya presiden MIC itu melepaskan jawatannya.Apakah Jawatan Kanan Pak Lah?
KP Samy, berucap, mendesak kerajaan BN supaya berhenti "melindungi" Samy Vellu atau berdepan dengan risiko hilangan sokongan masyarakat India.
NADA yang masih sama. Mengapa mesti ada syarat dan keistimewaan untuk Samy Vellu yang di cadangkan oleh Mugilan GAS, untuk Jawatan Kanan. Sepatutnya anda tidak terus berkata demikian. Siapa Samy Vellu setelah kamu sendiri menolaknya. Jangan jadikan DURI dalam DAGING dan mencadangkan satu idea yang muflis dan bejat. Kami dari Ahli akar Umbi UMNO tidak pernah pun meminta agar Tun Dr Nahathir dan Pak Lah di lantik kejawatan kanan dalam kerajaan. Malahan JASA mereka ini jauh lebih tinggi darjatnya, dari Samy Vellu. Apa motif Mugilan di sebalik cadangan tersebut.Jawatan KANAN APA?
UNTUK kP Samy. MENGAPA kerajaan BN di Bawah UMNO masih dituduh..." kerajaan BN supaya berhenti "melindungi" Samy Vellu atau berdepan dengan risiko hilangan sokongan masyarakat India". Sedarkah apa yang anda kata. Siapa sebenarnya yang melindungi Samy V. Suara anda menyerupai t Mohan dan v Paari. Jangan jadikan objek lain sebagai Kambing Hitam untuk Helah Bela Diri anda, di atas ketempangandan kecacatan yang di cipta sendiri.
Wahai anak BangsaKu, lihatlah..bagaimana manusia seperti di atas akan sentiasa memutar apa yang dikata. Ingatlah..Bersatulah kita di Bawah Payung Keramat UMNO dengan izin ALLAH SWT. Semuga Pemimpin UMNO tidak mengAnakTirikan kita yang di akar UMBI .ByM69.
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment