Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim” Sebenarnya jika kita perhatikan kaum yang paling kaya di negara ini adalah orang Cina. Jadi kalau mereka mahu menolong kaum sendiri ia bukan lagi satu masalah. Malah kita sedia maklum di negara ini terdapat tiga parti utama yang memperjuangkan kaum masing-masing. Jadi bila ada kaum yang tidak berpuas hati bermakna ada masalah dalam parti itu. Namun kita tidak boleh salahkan pihak pemerintah kerana belum berlaku pemerintah mengabaikan mana-mana kaum di negara ini. Memang ada keutamaan yang diberikan kepada orang Melayu tetapi tidak bermaksud kaum-kaum lain diabaikan. Dari segi pembahagian kekayaan tidak banyak yang diperoleh orang Melayu.
MCA yang sepatutnya memainkan peranan membantu orang Cina. Parti ini bukan miskin. Tetapi masalahnya semua bergantung kepada pemerintah dan parti itu sendiri gagal memainkan peranan dalam membantu masyarakat Cina.
Jika mereka tidak memainkan peranan seperti yang sepatutnya dan asyik mengharapkan kerajaan membantu, ini akan menyukarkan keadaan. Ssemua parti komponen haruslah memainkan peranan masing-masing supaya perpecahan yang berlaku sekarang ini dapat dipulihkan. Perpecahan ini sangat menakutkan dan jika tindakan pantas tidak dilakukan ia akan memudaratkan semua pihak. Saya sebenarnya tidak faham kenapa perpecahan berlaku walaupun kita telah mendapat kemerdekaan lebih setengah abad.
Namun bagi saya semua ini kerana kegagalan sistem pendidikan kita. Apa hasil yang kita peroleh akibat dari terlalu mementingkan sains dan matematik tetapi kita terlupa tentang pentingnya SEJARAH.
Mereka hanya pandai mempergunakan keadaan yang wujud sekarang untuk mendapat keuntungan peribadi. Dari segi politik masyarakat kita jelas masih belum matang dan mudah dihasut. Apa yang berlaku dalam peristiwa 13 Mei 1969 itu adalah kerana hasutan. Begitulah bahayanya hasutan oleh sesetengah ahli politik jika tidak dikawal boleh merosakkan negara.”
Wahai rakan dan anak bangsaKu...janganlah kita mudah sasau bila Undi Cina tidak memihak pada UMNO atau BN. Jangan mudah berkata itu silap KITA.. Bahawa sesungguhnya tidak sekali, bukan Isu Arak dan Judi namun sikap dan semangat.”.KEKITAAN” dan peranan MCA Gerakan, PPP. MIC yang tidak membantu tentang semangat PATRIOTIK Sayangkan Malaysia. Bukan kerana UMNO...Syabas Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim atas penjelasan tersebut, berapa ramaikah di Tanah Melayu ini orang yang bersikap seperti itu?..
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment