1.2 juta komputer riba diagih percuma
Kerajaan akan mengagihkan sebanyak 1.2 juta komputer riba secara percuma kepada rakyat berpendapatan rendah dan juga pelajar sekiranya mereka melanggani pakej perkhidmatan jalur lebar dengan Telekom Malaysia Berhad (TM).
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata,
''Inisiatif pengagihan komputer berkenaan akan dijalankan secara berfasa iaitu bagi fasa pertama sebanyak 200,000 unit bakal diagihkan dan disasarkan selesai pada hujung tahun ini".
''Bagi fasa kedua pula, sebanyak 1 juta unit komputer berkenaan akan diagihkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya pada sidang akhbar majlis Pelancaran Pakej Jalur Lebar dan NetBook Kos Rendah Terkini Untuk Isi Rumah Berpendapatan Rendah anjuran TM di sini hari ini.
Katanya, antara syarat dan golongan yang layak untuk mendapat pakej itu adalah mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Jelasnya, setiap individu yang layak diwajibkan melanggan perkhidmatan jalur lebar dengan TM secara kontrak selama 24 bulan bagi memiliki komputer riba berkenaan.
''Sekiranya permohonan memiliki komputer itu berjaya, mereka diwajibkan membayar yuran langganan sebanyak RM38 sebulan selama dua tahun kepada TM.
''Lebih menarik, bagi pelajar sekolah, mereka hanya dikenakan yuran langganan sebanyak RM20 berbanding pakej yang ditawarkan kepada isi rumah iaitu sebanyak RM38." katanya
Demikianlah...betapa prihatinnya Kerajaan di bawah teraju UMNO kepada penduduknya rakyat Marhean. Untuk mensamaratakan jurang digital antara penduduknya. Rebutlah peluang ini, memang bagi mereka yang mampu akan MeNCEBIK program murni ini. Ayuh..sama sama kita dapatkan demi anak anak bangsa kita.
JKKK UMNO jangan tutup mata dan minda anda, sama samalah meyebarkan berita ini, bantulah penduduk di bawah jagaan Tuan dan sama sama memohon untuk mendapatkanny jangan salahkan UMNO jika kita tidak dapat menikmati peluang ini.
DUN SEMARANG blogger sedia membantu anda, hubungi saya insaALLah akan di bantu. demi Agamaku,anak bangsaKu dan generasi Melayu kesayanganku, tapi orang kampungKu tidak mewngiktiraf aku... ByM69.
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment